Tuesday, August 9, 2011

aku tak tahan kalau tak dapat online sehari

  Harunya aku ni bila aku dah cuba berjanji nak berhenti online untuk bulan puasa ni tapi akhirnya tidak dapat. Mungkin kerana internet dan aku telah menjadi sebati dalam kehidupan sama seperti menonton tv. Jadi aku kena updatelah kan sebab aku dah hoo-haa,hoo-haa di dunia internet. Tapi facebook aku kurang update status mengaibkan diri sendiri sebab aku malas nak aibkan diri di bulan ramadhan. Cuma aku banyak like link blog yang aku follow. Walaupun aku dah berkecimpung kembali dalam arena internet,tidak bermakna aku straight online tanpa membuat perkara-perkara yang berfaedah. Yalah,lepas puasa kan raya? Agak-agaklah nak online berabis tu. 
  
  Sekarang sudah minggu kedua puasa. Puasa kali ini agak mudah dikira sebab mula pada 1hb Ogos dan tamat pada 30hb Ogos. Aku sebenarnya tidak sedar masa berlalu dengan pantas dan aku tidak pasti kenapa aku tidak menyedari betapa cepat masa berlalu. Mungkin sebab aku pergi kerja di waktu siang,malam pun sibuk buat aktiviti memasak dan mengemas. Hujung minggu pula diisikan dengan macam-macam aktiviti sampai satu masa aku baru perasaan "dah jam empat rupanya". Nasib abang aku beli makanan untuk sungkai. Kadang-kadang aku geram juga dengan dia bila aku sudah pesan jangan beli makanan banyak sangat tapi dia masih beli juga. Membuatkan matlamat untuk menjadi kurus bulan puasa ni agak sukar direalisasikan kerana takut membazir.

   Aku nak buat kuih raya. Hehehe,aku tidak pernah buat kuih raya sebelum ni tapi memberanikan diri untuk buat juga. Aku cari resepi yang simple,sesuai untuk beginner macam aku. Iyalah baru belajar lagipun bila lagi aku nak buat kuih raya kan kalau bukan sekarang? Time masih muda dan rajin. Hahaha. Tapi bukan semua kuih raya aku buat,cuma empat jenis(lepas raya baru boleh bagitahu). Mungkin kalau kuih tunjuk,dua jenis saja beli. Itupun jika masih ada bajet. Hahaha,bajet. Tahun ni tiada baju raya,mungkin pakai baju kurung tahun lalu yang aku belum sempat pakai. Bagi aku baju tu masih dikira baru lagi (mental note to myself: cari kain and buat baju kurung bulan januari tahun depan).

  Cukuplah aku membebel setakat ini. Hehehe. Selamat berpuasa :)

No comments:

Post a Comment