Saturday, November 26, 2011

makin besar gaji,makin besar tanggungjawab

  Tadi aku baru pulang makan malam sama-sama kawan aku,jadi tadi masa makan banyak benda kami cerita. Kawan aku tu,walaupun usia kami sebaya 21 tahun, tapi fikiran dia lagi matang dari aku. Secara diam-diam aku jadikan dia sebagai idola untuk mendorong aku menjadi seorang yang berfikiran jauh dan berusaha memajukan diri.  Dia sudah 21 tahun sudah ada kereta sendiri,baru punya,sedangkan aku baru saja mahu mengumpul duit untuk membeli kereta secondhand.
 
  Walau bagaimana pun,dia mengaku dengan aku,sejak ada kereta ni,gajinya habis ke kereta sahaja. Aku pun macam terpukul dengan kebenaran yang aku baru saja tahu ni. Sedangkan tutor aku bilang best ada kereta ni,boleh plan budget,plan perjalanan dan lain-lain. Tapi kawan aku dengan ekspresi muka yang yakin,mengatakan tidak seseronok itu. Sehari mau rm70++ isi minyak,sebulan mau rm200++. Lepas tu nak bayar kereta,insurans lagi,cukai jalan pun nak bayar. Terus angan-angan indah aku seperti dihancurkan sedikit. Tidaklah banyak sebab aku memang perlukan kereta untuk pergi dan pulang kerja,terutama sekali kalau kerja lebih masa,pulang lewat malam.

  Ayat yang aku paling ingat tadi,yang keluar sendiri dari mulut kawan aku "semakin besar gaji kau,semakin besar tanggungjawab kau," lepas tu dia cakaplah sebab selera membeli semakin besar jadi memang susah sikitlah kalau dibandingkan dengan gaji di bawah seribu ringgit. Aku pun mengiyakan sebab bila gaji besar,kita fikir kita boleh beli semua barang. Dia bilang juga,rajin-rajinlah menyimpan duit,biarpun rm10,simpan saja. Sambil makan nasi goreng,sambil aku mengangguk tanda faham. Betul juga cakap dia,aku mana boleh membazir membeli barang-barang yang tak perlu. Mesti fikir untuk masa depan.

   Jadi mulai sekarang ni aku mesti rajin simpan duit supaya nanti bila aku susah,aku tak payah minta tolong orang. "kita harus survive sendiri" bak kata kawan aku masa bercerita tadi. Sekarang ni aku rasa happy sangat sebab aku sekarang ada duit sendiri dan aku tak jadi macam kawan-kawan aku yang sedang sambung belajar di universiti,meminjam duit ptptn. Lepas habis belajar dah umur 24,25 tahun. Mana nak cari kerja untuk bayar hutang ptptn sama melayan kehendak sendiri. Macam contoh,beli kereta. Aku bukannya apa,aku memang minat nak sambung belajar tapi buat masa ni aku hold dulu sebab aku sudah enjoy bekerja. Aku enjoy bekerja sebab aku boleh simpan duit awal-awal,kumpul harta jadi time umur 25,26 tahun,aku taklah terkapai-kapai mencari tapak untuk berdiri teguh dalam kehidupan ini(penggunaan hiperbola secara tiba-tiba oleh penulis blog ni menyebabkan dia sendiri bingung)

  Apa-apa pun,semoga aku berjaya simpan duit dalam account bank lebih dari rm1000. Berusaha!

No comments:

Post a Comment