Thursday, June 30, 2011

sesi membebel 30hb jun sebagai tanda bosan

  Bosan! Perkataan yang sering diucapkan tatkala tidak melakukan apa-apa. Jika sibuk pula perkataan yang paling sesuai ialah "tekanan". Kalau dalam keadaan bosan dan tekanan apakah perkataan yang sesuai? Aku pun tak tahu. Oleh itu aku meluahkan kebosanan aku dalam entry ini yang menyebabkan aku tertekan. Harus mulakan cerita dengan perkara yang berlaku pada waktu siang sampai petang dalam satu entry ini. Yeah,aku boleh bebeh! Sambil menonton Law and Order: SVU di channel 702.
 
  Pada waktu pagi ,cuaca kelihatan mendung. Aku pula kepenatan berjoging dari rumah pergi ke tempat kerja,beruntung aku jarak rumah dari tempat kerja dekat dan hanya mengambil masa sebanyak 10 minit untuk sampai dan 15 minit kalau jalan slow-slow kalah siput babi. Nasib bos aku tiada hari ni jadi tidak caught red-handed seperti selalu. Hehehe,waktu kerja aku selalu bermula pada jam 7 pagi tapi aku selalu datang pada jam 7.10 pagi. Bad worker tapi nasib juga aku sanggup stay lambat sikit dan tidak kelam-kabut untuk pulang awal walaupun dalam otak aku hanya ingat komputer rumah modem streamyx...eh,salah....mahu rehat-rehat sambil menonton tv di rumah.  Aku buat kerja aku dulu lepas tu aku buka laptop kecil yang menggunakan digi broadband untuk watch movie2 korea yang ada di youtube. Aku pun menonton satu filem ibu dan anak yang menyayat hati ni,tajuknya Wedding Dress. Memang bikin nangis ah tapi aku terpaksa tahan sebab aku malu kalau orang lain nampak aku ter'emo semacam. Sipnosis? Nanti aku buat di entri lain pasal cerita itu(tengah fokus tengok Law and order SVU sekarang)

  Tengahari aku tak pergi makan sebab aku malas nak makan tengahari dah. Nasiblah tidak lapar sangat waktu itu,syukur. Aku tak tengok cerita wedding dress tu sampai habis kerana 3gb digi broadband aku telah habis digunakan. Geramnya! Jadi aku pun membaca blog-blog orang dan mencari resepi ringkas spicy chicken feet. Nampak sedap aku tengok orang makan dalam sebuah rancangan di channel 391. Hehe,delicacy at korea boleh buat aku terliur ni. Kimchi dan kimbap nampak sedap dalm tv tak tahu pula rasanya macam mana.Mudah-mudahan aku dapat merasa hidangan dari korea ni. Sudah puas tengok resepi-resepi yang menyebabkan kelaparan aku menjadi serius tetapi tidak over sangat,aku kembali membaca blog orang. Kebanyakan blog aku baca tu pula memang dah terkenal dan mereka mengalami masalah plagiarism atau bahasa pasar entri blog mereka dicetak rompak. Hebat sangat bah entri dorang tu kali sampai kena plagiat oleh orang-orang yang suka membaca entri dorang atau dengki dan ingin menjadi hebat macam dorang.

   Petang aku lambat balik sikit. Lepas balik aku main dengan anak kucing sekejap dan baring di kerusi panjang sambil tengok tv sampai terlelap. Sampai sekarang aku belum mandi,adui masalah eh. Dalam masa aku nak terlelap,aku plan nak minta gaji dengan bos besok dan ingin membeli seluar trek yang baru memandangkan seluar trek yang lama tidak lagi muat. Padan muka aku asyik makan saja.

  Still watching Law and order now. Best pula ceritanya ni tau,hari tu aku boh layan saja. Lepas ni Fairly Legal season finale 2 hour,adui pending lar ni aktiviti mandi,rambut aku macam profesor snapes sudah ni,oily. eeww.

   P/s: Aku baru perasan bulan Jun ni entry tak sampai 10 pun,mungkin disebabkan aktiviti pura-pura sibuk aku. Haha,biarlah.
   

No comments:

Post a Comment