Saturday, July 2, 2011

boring main facebook

  Aku dah lama main facebook ni,sejak hujung tahun 2008. Mula-mula aku buat facebook ni,aku tak aktif main benda alah ni. Ye lah,masih sibuk main friendster dengan myspace. Friendster aku sampai dua profile gara-gara profile aku kena virus "menyebarkan video lucah". Tak ke tu bikin sakit hati? Facebook aku dulu walaupun dah ada profile picture dan status tapi aku tak tahu macam mana nak cari kawan. Cari kawan pun yang tak kenal-kenal tapi orang tak approve friend request aku. Terus bila aku dapat tahu kawan-kawan kelas aku ada facebook,apalagi aku pun galak menambah mereka sebagai kawan-kawan dalam profile aku.

  Ketagih betul aku main facebook ni,aku cuba macam-macam kuiz,aku cuba macam-macam game tapi aku perhatikan dari dulu sampai sekarang game Farmville yang menjadi pujaan hati terutama sekali kakak aku yang tua itu. Kalau myspace pula,aku cuma add band atau singer yang aku suka ja,aku pernah geram sebab tak dapat add Linkin Park dalam Myspace aku. Aku berhenti main myspace bila aku dihantar 1 mesej di inbox oleh lelaki yang aku tidak pernah add(aku biasanya randomly add people). Kandungannya macam ni
"anak luar nikah,muka tak cantik....etc"
Tiba-tiba ni. Aku tahulah muka aku tidaklah cantik macam supermodel di luar sana tapi anak luar nikah???? Punya sedap dia kutuk mak bapak aku yang dah meninggal,panaslah aku lalu aku maki dia dengan ayat-ayat durjana ni mengatakan bahawa dia pun anak luar nikah juga,mak pelacur,bapa pula gigolo,haramlah satu keturunan kotor,macam babi. Lepas aku maki begitu,puas hati aku. Siapalah dia tetiba panggil aku begitu,dahlah tinggal jauh di semenanjung,ada hati nak maki orang. Mungkin sebab dia tahu aku ni orang sabah(profile myspace aku dulu open) kerana nampak address aku jadi dia pun maki aku ataupun dia suka-suka nak panaskan orang. Aku pas mesej aku terus block lelaki durjana kontrol hensem nak mampus tu.
  
   Ok,back to facebook. Setelah beberapa lama aku main benda alah ni,aku mula bosan. Aku rasa macam tak best sudah facebook ni. Tambahan lagi dengan pelbagai perubahan yang diperkenalkan oleh Mark Zuckerberg,make me not psyched anymore. Terfikir gak aku untuk delete facebook tapi aku fikir susah juga mau contact family nanti especially dari jauh.So aku batalkan niat suci murni aku. Aku still guna facebook tapi tidak lagi addicted macam dulu. Kalau dulu update status macam nak gila,sekarang tak lagi gila update status. Walaupun ada macam-macam game best dari facebook tapi aku tak berapa sangat nak main sudah,tak macam dulu.
  
   Hey,aku ni membebel pula di pagi sabtu yang mulia sampai aku terlupa pesan kakak aku beli barang apa nanti. Oh~ bodohnya aku tak tulis tadi nama barang tu apa :(

No comments:

Post a Comment