Sunday, July 3, 2011

manusia dan sebatang besi

 Pada suatu malam ada dua orang lelaki ni baru pulang dari menaiki motor. Mereka baru sahaja balik dari mencari rezeki yang seperti kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Walaupun hidup mereka serba daif namun mereka pasrah dengan rentak kehidupan. Dihadapan mereka sebuah lori membawa batang-batang besi panjang untuk tujuan pembinaan. Pemandu lori tersebut walaupun dia tahu dia membawa lori,dia tetap mengambil perhatian akan keselamatan para pengguna jalan raya yang lain. Tiba-tiba ada pejalan kaki yng dipercayai mabuk melintas jalan,pemandu lori tersebut terkejut dan terus membrek keretanya secara mengejut. Dua orang lelaki ni yang menaiki motor sama-sama terkejut dan tidak sempat membrek motor mereka lantas kedua-dua mereka tertusuk besi panjang. Mereka kelihatan seperti satay dan kehilangan darah yang amat teruk,nyawa mereka seperti telur di hujung tanduk dan...

*****************************
   Cerita di atas diambil dari cerita sebenar yang pernah aku tonton dalam tv dan  berlaku di luar negara. Tapi aku bukan nak menceritakan nasib manusia satay kerana cerita di atas tidak kena-mengena dengan entry aku kali ini dan cerita di atas merupakan hiasan entry ini semata-mata.  Ya,kenapa aku membuang masa cerita itu kalau aku tulis sekadar untuk hiasan? Aku cuma teringat saja.Ok tanpa membuang masa bagus aku tulis apa kaitan manusia dengan batang besi dan bukan merujuk kepada cerita di atas.

   Aku pernah baca dalam blog hamka kereta mayat yang dalam diri manusia ni ada sebatang besi. Mula-mula aku tak faham tapi bila aku fikir balik,besi itu merupakan metafora kepada semangat. Penjelasan pakcik hamka di sini lebih kurang berbunyi kalau manusia diberi ceramah agama atau nasihat,besi di dalam diri akan menjadi panas dan menjadikan manusia lebih bersemangat. Tapi jika selepas ceramah agama,besi yang panas jika tidak dilentur maka besi itu akan kembali menjadi besi sejuk. Aku lupa sudah entry pakcik hamka ni dari bulan berapa atau tahun bila tapi aku sangat bersetuju dengan fakta dalam diri manusia ni mempunyai sebatang besi. Cuba bayangkan jika besi dipanaskan,besi itu boleh dibentuk menjadi sebuah pedang yang tajam(ok,aku sekadar bagi contoh pedang di sini). Pedang itu sendiri merupakan metafora untuk kuat dan berani seperti maksud nama Saifuddin iaitu pedang agama(betulkan aku jika salah).  

   Dulu selepas habis STPM,aku selalu inginkan untuk menyambung belajar kembali. Tapi sekarang aku rasa seperti aku taknak sambung belajar buat masa ini. Aku dapat rasakan bahawa besi yang dulunya panas menjadi sejuk dalam diri aku ini. Tak faham? Maknanya aku belum mahu sambung belajar lagilah sudah. Aku dah enjoy dengan kehidupan bekerja aku sekarang. Memang dalam diri ni masih ada semangat untuk mencari ilmu ke peringkat lebih tinggi cuma semangat tu telah menjadi "sejuk" dan digantikan dengan semangat baru seperti ingin belajar memandu dan mencari kerja baru. Mencari ilmu bukan setakat menyambung degree atau master tapi setiap hari pun kita akan belajar benda baru. Ilmu ada dimana-mana asalkan ilmu tersebut membawa kepada kebaikan. 

  Aku percaya dalam diri manusia terdapat sebatang besi yang menunggu untuk dipanaskan dan dibentuk mengikut acuan sendiri. Buatlah apa-apa pun asal membawa kebaikan di dalam diri bak kata pepatah "dimana ada kemahuan,disitu ada jalan". Peace out :)

p/s: cerita manusia satay diubah sikit-sikit kerana ingatan cerita aku hanya pada gambaran dua orang manusia tertusuk besi tajam lagi panjang.Ngeri.

No comments:

Post a Comment