Aku ada stupid guilty pleasure yang aku rasa bagi sesetengah orang agak disturbing (or maybe entertaining). Aku suka menonton rancangan The Marriage Ref di channel 720. Bagi sesiapa yang have no idea apa benda aku cakap ni,aku sebenarnya bercakap mengenai rancangan tv dimana tetamu-tetamu selebriti memberikan pendapat tentang hubungan perkahwinan orang biasa dan menyelesaikan masalah mereka. Selebriti menyelesaikan masalah perkahwinan orang lain? Woo tapi I must admit lar,not bad nasihat mereka ni walaupun ada antara mereka 2x5 saja. Maka terbuktilah teori bahawa bukan Meleis saja yang sibuk dengan hal rumahtangga orang lain tapi orang barat pun sama juga. Hahaha.
Bagaimana kalau kita convert rancangan The Marriage Ref ni kepada Malaysian style? Yalah,orang Malaysia ni pun ketagih tengok rancangan-rancangan realiti. Orang Barat pun sama juga,kalau boleh semua direalitytvkan. Mama beranak lapan pun mahu didokumentarikan. Sungguh aneh. Aku pun tengok juga rancangan-rancangan begini tapi bukan Made In Malaysia punya. Entahlah kenapa,mungkin aku lebih suka western style of television,drama cukup-cukup rasa.
Siapakah pengacara bertuah untuk rancangan mengharmoni(hancur)kan rumahtangga orang andai rancangan ni ada di Malaysia? Aku rasalah baik si Michelle wartawan Melodi tu jadi pengacara rancangan ni. Yang duduk kat stool with laptop on her desk tu (aku tak tahu apa tugasnya tapi dia bagitahu condition sebenar pasangan "bermasalah" to arguing guests) aku rasa baik kita letak nurul syuhada nurul ain sebab muka dia nampak profesional. Sebab ramai sangat artis kat Malaysia ni,kita cari ja yang sudah married,jangan yang bujang-bujang atau sudah bercerai.
Contestant mestilah muka yang tak tahu malu. Kalau malu tawarkan hadiah wang tunai supaya mereka buka rahsia dalam kain. Siapa menang bagi duit. Lepas tu tipulah konon-konon rancangan ni merapatkan hubungan suami isteri macam rancangan sehati berdansa dulu. Padahal kesan akan menjadi lebih teruk sebab one of them (suami atau isteri) akan mendabik dada bangga keputusan ditentukan oleh artis. Lepas tu salah seorang dari mereka tak tahan lalu minta cerai. Tengoklah sehati berdansa,berapa ramai pasangan suami isteri artis itu bercerai? Merapatkan hubungan konon.
Ok,aku t' Troll secara tidak sengaja. Sekarang aku dah berhenti menonton the marriage ref sebab ada rancangan realiti lebih baik dari ni. The Real Housewives of Atlanta ;)
mcm2 la manusia ni
ReplyDeleteKerana LiverpoolFC episode 1