Thursday, July 7, 2011

apabila stress...

Rekaan semata-mata. Perenggan di bawah cuma membayangkan situasi seseorang yang cuba menamatkan hidup mereka dikala mereka kecewa tak kira kecewa dengan apa-apa pun dan mereka berasa sunyi. Ini idea penulis yang sangat tulen kerana dia baru sahaja terfikir untuk menulis tentang ni semalam sedangkan dia patut ceritakan kenapa dia tak suka rambut palsu untuk entry hari ni.



  Jika aku menulis status di facebook "aku mahu mati kerana tiada siapa sayangkan aku," mungkin reaksi kawan-kawan dalam senarai facebook aku seperti ini; ada yang like,ada yang komen "jangan,masih ada banyak benda lagi menunggu kamu di sana," "kalau kau mati,siapa yang nak jaga(merujuk kepada ahli keluarga tersayang)," "ala,cakap ja tu. dasar attention whore," dan banyak lagi.  Tapi bila waktu aku susah,satupun tiada datang untuk membantu aku. Aku dibiarkan keseorangan merangkak dalam kegelapan mencari sinar bersendirian. Apabila aku hendak menamatkan riwayat hidup aku kerana aku tak mampu menghadapi ujian hidup,barulah kamu datang terhegeh-hegeh menyelamatkan aku sedangkan semua itu telah terlambat. Maafkan aku semua,aku tidak berdaya untuk menyelamatkan diri sendiri lagi.



Penulis rasa stress telah menguasai jiwa orang ini. Orang ni boleh dibantu tapi dia tak mahu dibantu kerana merasakan bahawa sudah terlambat untuk membantunya. Ingatlah bahawa Tuhan itu ada,jika keseorangan,dekatkan diri kepada-Nya. Kawan-kawan dan keluarga semuanya dunia saja,apabila mati tetap berseorangan juga. Kalau bunuh diri,padah akibatnya di akhirat kerana mereka yang bunuh diri ni akan diseksa mengikut cara bagaimana mereka membunuh diri sewaktu di dunia dahulu. Tak penat ke apabila terpaksa terjun balik-balik sampai terhempas tulang selama-lamanya? Tak bosan ke apabila terpaksa minum racun macam minum air selama-lamanya? Tak tertekan ke apabila asyik mengerat urat di tangan,lepas bersambung kembali urat tu,kerat lagi balik selama-lamanya. Apalah mereka dapat? Andai mereka dekatkan diri kepada Tuhan dan bukan ambil jalan mudah dengan membunuh diri,Tuhan akan lebih sayangkan mereka.

Apabila stress,janganlah fikir pasal bunuh diri. Sebaliknya fikirkan cara bagaimana mendekati diri dengan Tuhan. Kalau tidak pun fikirkanlah orang sakit yang tahu jangka masa hidupnya tinggal sedikit,mereka kalau boleh ingin hidup lama tapi apakan daya jika buku cerita hidup mereka sampai di situ sahaja. Tidak sempat berjasa kepada ibu bapa,tidak dapat memberikan kasih sayang secukupnya kepada orang yang mereka sayangi. Hargailah hidup anda selagi belum tiba masa cerita hidup anda ditamatkan.



  p/s: rekaan semata-mata di bahagian bukan tulisan berangkai.

No comments:

Post a Comment