Sunday, July 24, 2011

hari ni masak apa?

   Aku rasa sebelum ni aku belum lagi buat entry pasal nak masak apa untuk sekian-sekian hari. Aku sebenarnya tak nak bagitahu aku nak masak apa sebab lepas bagitahu nak masak apa mesti bagitahu resepi masakan yang aku telah masak kan? Tapi disebabkan aku tiada idea nak tulis apa tapi ada hati juga nak update maka aku tiada pilihan lain maka menulis apa aku mahu masak hari ni. Aku tahu kalau tiada idea janganlah updte entry tapi suka hati akulah nak tulis apa-apa pun. 
   
    Hari ni aku rasa macam mahu makan ikan bakar dan french fries buatan sendiri. Aku mahu masak ikan bakar bukannya apa,salah beli ikan hari itu,terbeli ikan khas untuk dibakar. Terpaksalah buat menu ikan bakar,hohoho. Terus aku melihat ubi kentang yang kelihatan sayu di sebalik bakul bawang,daripada aku membiarkan ubi kentang tu tumbuh pucuk hijau,baiklah aku buat french fries,ada juga snek aku time tengok tv. (HAHAHA!) Tapi aku tak buat banyaklah (atau banyak,tengok keadaan macam mana)

   Bila dulu aku kata aku malas masak,sekarang aku dah rajin masak. Tapi aku belum try banyak jenis masakan sebab aku malas membaca buku resipi. Aku lebih suka baca komik dari membaca buku resipi tapi jika ada masakan yang aku baru belajar dari kakak-kakak aku,aku akan salin dalam buku resipi aku sendiri untuk dirujuk ketika masak(sekarang aku belum yakin lagi untuk ingat semua bahan). Nantilah aku rajin-rajin membaca buku-buku resipi yang ada di rumah. 
  
   Okay,gotta made a preparation for my french fries,manja lagi ubi ni lepas potong mahu direndam lagi dalam air 1 jam. Ingat spa ke? hahahaha.   

No comments:

Post a Comment