Saturday, July 16, 2011

kita cerita pasal : tunang

   Aku boring lalu aku pun buat kajian. Kajian aku mengenai pertunangan. Mungkinkah tidak lama lagi aku akan berkahwin? Hmmm,kita letak tepi dulu cerita pasal aku ni (hehehe). Aku nak berkongsi apa yang aku jumpa dan faham mengenai konsep bertunang.


**********************

   Bertunang kalau ikut pemahaman aku mesti ada majlis dan juga cincin. Yalah,untuk diraikan,tapi selepas aku dapat tahu yang bertunang adalah janji antara lelaki dan wanita untuk berkahwin dalam satu tempoh yang ditentukan oleh kedua belah pihak. Tak perlu cincin dan majlis bertunang. Jadi aku pun "huh?". Blur untuk seketikalah. Lepas aku dapat menangkap maksud sebenar dalam benda ni,aku mula terfikir "jadi yang majlis2 tu apa?" lepas tu aku tersengih(memang betul pun aku tersengih masa baca pasal bab2 tunang ni) "wah,jimat dah bajet untuk buat majlis pertunangan," . Tunang dalam Islam ni simple ja,tak payah cincin pun owkay. Kalau nikah tu aku tak tahulah.
pak suu blog.

Dalam tulisan kuning kat atas tu,pertunangan adalah permulaan kepada perkahwinan. Baru aku faham. Lepas tu aku teringat pula notes aku baca di facebook bahawa jika seorang lelaki mengajak seorang perempuan untuk berkahwin(walaupun sekadar main-main) maka automatik mereka akan bertunang apabila perempuan itu setuju(walaupun main2 juga) dengan syarat perempuan itu sudah akil baligh dan berakal(bukan gila). Hehehe,bagi sesiapa yang main-main tu padan muka kamu dah bertunang kecuali kanak-kanak belum baligh.

    Hukum pakai cincin pertunangan aku baca dalam sebuah forum adalah haram. Sini aku tunjukkan buktinya kenapa.
hukum pakai cincin tunang
Walaupun dalam bahasa Indonesia tapi aku faham juga sikit-sikit(hasil rajin menonton sinetron masa muda-muda dulu). Dia kata (mengikut terjemahan aku yang comel ni) selagi belum jadi isteri,memakai cincin pertunangan adalah tidak boleh.  Bukti kedua dari blog berlainan yang menyokong jawapan dalam forum kat atas ni.
sila baca ni



Oleh itu teruskan ja pergi part bernikah,tak payah susah-susah mahu fikir pasal nak buat majlis pertunangan. Jimat budget pihak lelaki,hehehe.  Lagipun Islam sendiri menggalakkan kesederhanaan. 
Dah siap kajian sambil lewa aku,aku nak jalan-jalan dalam internet. babai.


p/s: mood entry kali ni adalah tulisan berangkai.Klik gambar-gambar tersebut untuk tumbesaran. Oh ya,aku ada 2nd blog untuk muatkan gambar-gambar. feel free to visit my second blog n_n.

No comments:

Post a Comment