Monday, July 18, 2011

apa yang aku mau update hari ni?

   Macam tiada apa-apa je nak cakap hari ni tapi tetap gatal tangan nak update. Mungkin sebab aku buat perjanjian keras dengan diri sendiri aku taknak online dibulan puasa ni,jadi aku rasa memang patut aku online puas-puas. Adoi,kenapalah aku menyeksa diri sendiri? Macam beginilah,untuk menjadi muslim yang beriman di akhir zaman,kita harus menjaga pandangan mata kita dari segala kejahatan. Internet macam-macam ada. Fitnah,mengumpat,maksiat dan macam-macam lagi. Contohnya facebook dan youtube(ok,agak sempit contoh aku bagi ni)
  
    Memandangkan aku telah terjanji untuk cuti online sepanjang bulan puasa ni jadi aku tak akan update blog aku untuk satu masa yang lama. Aku tahu bagi aku penantian satu menyeksakan tapi kesabaran aku untuk tidak online ini akan membuahkan hasil (yes!)  Aku berharap sangat aku dapat tahan online ni kerana online ni dah jadi rutin harian aku dah. Pagi,petang dan tengah malam buta(if mata tak dapat tidur) aku akan online juga sampai aku tertidur.

    Ya,aku tahu tv pun ada juga siarkan fitnah,mengumpat dan maksiat tapi kalau tak suka boleh tutup. Kalau internet,rasa ingin tahu akan semakin menebal maka digoogle berabis untuk tahu story. Yalah,dunia kan di hujung jari sudah. Semua senang didapati. Oklah daripada aku membebel terus,baik aku offline. Malam sudah ni,besok kerja.

p/s: saya tidak boleh online,saya tak dapat online :(. Tapi aku tak kisah kerana ada banyak benda lagi boleh buat. Aku boleh lakukannya,yes!

2 comments: