Tuesday, July 12, 2011

tahukah anda bahawa bulan puasa semakin menghampiri kita?

  1hb ogos 2011 bermulalah aktiviti puasa seluruh umat Islam di dunia. Cool,aku suka puasa ni,dapat menjimatkan belanja harian. Tapi ada juga orang yang membazir pada bulan puasa ni. Contohnya membeli makanan yang banyak untuk buka puasa dan membeli terlalu banyak barang untuk persiapan raya macam sofa baru,langsir baru dan semuanya baru.Itu tak termasuk kuih-kuih raya lagi. Akhirnya lepas hari raya poket kita kering. Aku tak suka poket kering sebab aku terpaksa "puasa' membeli barang kegemaran dan situasi itu tak molek. Maka aku harus memberi peringatan kepada diri sendiri untuk budget di bulan puasa ni agar aku tetap gembira selepas hari raya,oh yeah ;D
 
   Aku tahu bila tiba bulan ramadhan ni,mesti ada bazar ramadhan. Ada orang kata bulan ramadhan bulan rezeki,aku kata what the... sebab menurut pemahaman aku yang suci lagi naif ni(adoi!)  bulan ramadhan adalah bulan menambah pahala,dimana pintu syurga terbuka luas dan pintu neraka tertutup rapat. Iblis dan syaitan serta jin (rasanya jin kafir) dirantai di dalam neraka. Masa itu lawan manusia adalah nafsu sahaja. Maka ramailah yang berniaga di bulan puasa untuk tambah pendapatan. Tak salah berniaga ni tapi yang salah cara berniaga. Bagi aku patut ada syarat-syarat tertentu bagi seorang peniaga menjalankan perniagaan ketika di bulan puasa. Aku buat syarat-syarat ni sendiri kerana ni merupakan pandangan aku.
  1. Peniaga mesti mula perniagaan lambat sikit dan balik awal sebelum azan maghrib. Perkara ni membolehkan anda sempat berbuka puasa bersama keluarga dan menunaikan solat berjemaah bersama-sama.
  2. Jangan menjual makanan dengan harga yang mahal. Walaupun sewa kedai bazar ramadhan dikenakan mahal oleh majlis perbandaran tapi itu bukan tiket untuk menaikkan harga makanan bagi mengembalikan modal. Ingatlah bahawa peniaga sedang membantu orang yang tak sempat nak masak untuk buka puasa dan juga orang yang tak sempat balik rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga.
  3. Masakan yang sedap. Jangan main cincai saja masak. Aku pernah terbeli makanan sebegitu,tidak habis ni,sayang membazir. Pelanggan tidak mahu membuang duit mereka secara sia-sia. Lainlah kalau dorang ni terbarus(tamak).
  4. Jangan bagi terlalu banyak pilihan,andaikata barang jualan tidak habis,peniaga yang terpaksa menanggung kerugian. Jual sikit-sikit sahaja,anggarkan kutipan hari ni dan bajet untuk barang bisnes hari itu.
  5. Kalau nak untung ja memang tak boleh harap sangat tapi ingatlah bahawa peniaga sedang membantu orang yang tak sempat nak buka puasa bersama keluarga. Nak untung sikit? Bajetlah bisnes anda,anggar berapa keuntungan boleh dapat dalam sehari.
Ok,itu bab peniaga yang menganggap bulan ramadhan ni sebagai bulan rezeki mereka. Yalah,cari duit juga tapi jangan sampai lupa kerja kita beribadat kepada Tuhan(peringatan kepada diri sendiri).

  How about customers? Hmm,nilah menjadi major problem kerana golongan nilah yang bakal jadi golongan poket kosong selepas perayaan. Masa nilah tauke kedai perabot,jual kain,kilang buat kuih bergembira to the maximum kerana para pelanggan akan mencari mereka untuk mencari barang-barang baru sempena menyambut perayaan. Yalah,kita pun digalakkan untuk memakai baju baru sewaktu menyambut raya tapi bukanlah semuanya baru. Kita juga disuruh berjimat-cermat,jangan belanja macam tak ingat dunia. Nanti sendiri yang parah. Ni adalah tips berbelanja menurut pandangan aku.
  1. Beli barang persiapan raya sebulan sebelum puasa(macam baju dan langsir). Mengelakkan penat sewaktu berjalan di puasa. Bukan semua kedai makan akan tutup pun(bitter truth). Pedulilah kalau belum ada harga diskaun ke apa,bukannya diskaun tu berguna kalau berbelanja tak ingat dunia.
  2. Rancang nak beli apa dulu,bajetkan. Macam contoh nak beli sofa baru,anggarkan bajet dalam rm1000 dan jangan beli barang secara hutang.caps lock this words "JANGAN BELI BARANG SECARA HUTANG".
  3. Kuih raya kalau pandai buat,bajet memang murah tapi bagi yang suka main tunjuk tu,kasik limit pilihan kepada 5 jenis paling banyak dan 3 paling sikit. Jangan lebih dari 5 tapi jangan kurang dari 3. Simple maths 5>3. Kalau nak buat open house,belilah banyak-banyak tapi kalau orang macam aku yang sambut raya pada hari pertama,beli 3 jenis cukuplah.
  4. Bazar ramadhan! omg,hampir-hampir lupa part ni. Kalau pergi bazar jangan beli banyak sangat takut nanti tak habis,tambahan lagi kalau makanan tak sedap,sia-sia ja rm terbang. I caps lock this word "RM TERBANG".
  5. Kalau cuti atau tak kerja d ihujung minggu tu,rajin-rajinkanlah memasak walaupun hidup bujang belum berkeluarga(peringatan kepada diri sendiri). Kita di bulan puasa ni nak berjimat,bukan nak membuang duit.
  6. 3 hari sebelum raya adalah masa sempurna(ceh,ye ke?) untuk membeli makanan basah. Ya,pepandailah curi masa ye :D
  7. Oh,ya if ada barang lama masih bagus dan boleh pakai. Pakai sajalah,janganlah nak mengada beli yang baru pula dengan alasan "ketinggalan zaman". Tengkorak kaulah ketinggalan zaman konon nanti poket kosong tangisan sayu seminggu selepas hari raya padan muka.(see I wrote those words without any punctual because I actually says this in one breathe.)
  8. Jangan biasakan diri tu buka puasa kat kedai makan. Dahlah buang duit. Sekali-sekala pun cukuplah,tak payah selalu.Ataupun paling senang,tak perlu. Kalau sesiapa yang selalu nak buka puasa dengan member,janganlah buat begitu secara kerap unless tinggal jauh dari family. Buka puasa sama-sama keluarga dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga. Bak kata pepatah,masyarakat yang mempunyai hubungan kuat datang dari keluarga yang rapat(aku reka pepatah ni). Selain itu,dapat menjimatkan duit.
  9. Bagi orang bekerja yang tak sempat nak buka puasa dan rasa tak mampu nak membeli makanan di bazar ramadhan,sila bawa bekal tapi jangan pula pandai-pandai nak makan time puasa.
Waa,aku baru sahaja bagitahu style aku berbelanja di bulan puasa. Aku rasa seperti seorang yang sangat kedekut ni. Kuih raya pun tiga jenis tapi itu belum campur snek kekacang dan gula-gula(tu pun belum dalam kuantiti cukup-cukup). Biasalah aku bukan sambut raya sebulan,aku ni skema. Kalau bilang raya aidilfitri sehari,seharilah aku sambut. Kalau bilang raya haji 3 hari,3 harilah aku sambut makan daging korban dan tengok tv pasal orang naik haji sambil berharap mudah-mudahan ada rezeki untuk naik haji.

   Aku tinggal dekat dengan area masjid. Bila aku dengar solat terawih,aku mesti emo teringat arwah mama sama bapa aku. Dah berapa tahun dorang meninggal,selama itulah aku emo time dengar orang terawih. Mak bapa aku ni rajin pergi terawih. Jangan ceritalah kalau takbir raya,hujan bah terus. Menangis teresak-esak. Lepas tu raya pertama time pergi kubur,pandai pula aku nangis masa baca yassin. Mungkin aku sangat rindukan mak bapa aku.

  Ok,aku nak cerita pasal puasa tapi aku termasukkan cerita raya tapi it's a same thing. Maksud aku tanggapan orang ramai(even untuk bukan Islam) after puasa then raya. Bagi aku patutnya umat Islam terutama sekali di Malaysia,Indonesia dan Brunei(ambik ko 3 negara aku bagi) memeriahkan bulan puasa dan bukan sahaja hari raya. Budak-budak,suka hati engkaulah main mercun tapi jangan bagi doktor dan kakak(atau abang) nurse kerja overtime.

   Memandangkan bulan ramadhan ni bulan yang mulia maka kita digalakkan untuk bersedekah. Bersedekah lagi bagus,boleh tambah pahala,iman dan rezeki(bonus tu gink). Tapi ada syarat,bersedekah dengan nama Allah S.W.T dan bukan niat untuk menunjuk-nunjuk kerana tiada ganjaran untuk menunjuk-nunjuk. Kalau takut terbongkak,cakap ja "kesiannya dia,takpalah,aku bagi je rm5 ni,mudah-mudahan Allah ringankan penderitaan dia/mudah-mudahan Allah bagi aku murah rezeki." Jangan pula cakap "aku bagi orang susah ni duit,konfem orang cakap aku baik kan?" Sorilah,amalan baik pun kena tulis markah sedikit andai berkata begitu,huhu(peringatan kepada diri sendiri)  Weyh,jangan lupa bayar zakat ah. Sesiapa yang sudah bekerja dan lepas dari tanggungan mak bapa wajib bayar zakat oi. Kalau cukai boleh bayar,zakat pun boleh kan?

  Macam panjang pula entry kali ni. Rasanya kita stop sampai disini. Aku sebenarnya tidak sabar nak puasa,hehehe. Nanti kalau aku nak membebel pasal topik ni,aku akan sambung di tajuk lain. Sekarang aku nak jalan-jalan di internet. Bye.

1 comment: