Showing posts with label matlamat. Show all posts
Showing posts with label matlamat. Show all posts

Friday, March 30, 2012

Suami beriman.



        Tadi masa aku baca blog Hamka Kereta Mayat,aku tertarik melihat sebuah tajuk di entry ini Saya mahu suami beriman?. Entry ini sesuai untuk golongan perempuan menguji tahap keimanan boyfriend/tunang mereka. Yalah,bila kita betul-betul mahu jadikan boyfriend/tunang sebagai pasangan sehidup semati,kita juga harus memeriksa latar belakang mereka terutama sekali dalam bidang agama. Mana yang silap,kita betulkanlah tapi jangan pula bagi teguran melampau,cukup setakat bagi teguran lemah-lembut dan menjaga hati dan perasaan mereka.

   Siapa bilang lelaki sahaja boleh uji perempuan untuk dijadika bakal isteri? Perempuan pun boleh lakukannya juga. :D


Dibawah adalah petikan daripada entry blog kereta mayat :

Ok, sekarang, lepas 5 minit masuk waktu solat di lokasi pasangan anda berada, cuba telefon (atau suruh muhrim telefon) dan dengar jawapan pasangan anda.


Jawapan A: Rindu kat abang ke? Sedang buat apa tu, kitapun rindu kat awak.


Jawapan B: Saya baru nak makan, awak dah makan?


Jawapan C: Saya baru nak tidur, terima kasih telefon saya kerana nak teman saya tidur.


Jawapan D: Saya baru nak solat, awak uzur ke? Telefon lagi 15 minit, insyAllah.


Jawapan E: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS, “saya solat tadi. Kenapa?”


Jawapan F: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “Tolong jangan telefon saya selepas azan, kerana saya ada temu janji dengan Tuhan.”


Jawapan G: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “saya solat di masjid tadi, jika mahu bincang pasal kahwin saya akan call sekarang, jika tiada apa apa, baik SMS sahaja,.”


Dah selesai hunbungi tunang anda selepas 5 minit azan selama tiga hari bertutut turut?


******


Beikut adalah KEPUTUSAN kepada ujian telefon 5 minit selepas azan di atas:


Jika jawapan A:


Sah belum sempurna iman tunang kau, sebab solat lengah lengah dan tak rasa bersalah, sebaliknya ghairah nak bercakap tentang cinta dan kasih sayang, jap lagi jika di layan, akan cerita dalam kain lah tu, astarfrullahal azim..


Jika jawapan B:


Belum jelas jugak akan tahap iman tunang awak, sebab makan dulu baru solat, mungkin tunang akan cakap, saya jika tak makan, nanti solat tak khusyuk, tapi jawapan orang yang beriman, saya tak boleh nak khusyuk untuk makan sebab teringat pada solat. Woha!


Jika jawapan C.


Ni lagi sekor, dah azan pun nak tidur dulu? Memang naya dapat tunang macam ni. Putus sahaja!


Jika jawapan D:


Alhamdullilah, ada ciri ciri orang beriman. Kan sedap ‘bunyi’nya.., kan?


Jika jawapan E:


Alhamdullilah, lagi bagus dari D, sebab SMS sahaja, jaga aurat, jaga adab, jaga akhlak. Tahniah!


Jika jawapan F dan G: Markah penuh! Sangat sesuai dijadikan suami.




    Dalam blog ini,penulis memberi nasihat kepada perempuan di luar sana,kalau nak cari suami,carilah yang menjaga solat dan rajin solat berjemaah di masjid. Begitu juga kepada para lelaki,kalau nak cari isteri,janganlah fikir pasal kriteria cantik ke,pandai masak ke atau apa-apa. Carilah perempuan yang juga rajin bersolat dan solat pada awal waktunya. Macam orang cakap,tiang mestilah tiang besi campur konkrit kalau mahu buat rumah yang teguh binaannya.

   Kalau sesiapa belum solat lagi atau "terlupa" mengerjakan solat,belum terlambat lagi untuk berubah. Semoga Allah memberkati ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Amin.

p/s: kalau peminat pakcik hamka nampak entry blog ini,rasa-rasanya aku akan dituduh sebagai tukang copy+paste je ke? jangan marah ye,saya cuma nak berkongsi sedikit tentang apa yang saya baca di blog-blog lain. ;)

Monday, March 5, 2012

masa berlalu dengan pantas.

   Tak sedar aku dah masuk bulan mac rupanya. Janji kepada diri sendiri nak tulis cerpen dalam blog ni dalam februari tapi dah expired perjanjian aku. Nampaknya aku tak perlu buat perjanjian kepada diri sendiri lagi,aku kena buat semuanya spontan agar aku terkejut dengan diri sendiri. Aisehmen,angan-angan pula aku ni. Macamlah aku ni berbakat besar dalam dunia penulisan,hahahaha *ketawa sendiri*.

  Banyak perkara yang telah berlaku dan ini baru sahaja di permulaan tahun. Walau bagaimanapun,aku tak perlu cerita mengenai perkara-perkara yang telah berlaku kerana aku takut tangan aku  yang lenguh menaip. Sekarang ni aku makin kuat berkhayal dan bukan khayal pasal dadah. Aku khayal fikir pasal benda lain ketika buat kerja dan aku tak tahu apa puncanya. Mungkin aku stress sangat sampai berkhayal ja kerja aku sedangkan aku sepatutnya serius dalam melaksanakan tugas aku.Sebenarnya aku khayal kerana memikirkan jalan cerita aku yang aku bakal terbitkan dalam blog ini agar tidak terlalu merepek jalan ceritanya.

 
  Bulan Mac pastu bulan April. Tak lama lagi aku berusia 22 tahun dan aku rasa perangai aku masih tak matang. Tak kisahlah,matang ke tak matang fikiran aku,yang penting aku puas hati dan gembira dengan diri sendiri. Aku akan berusaha lebih kuat untuk memperbaiki kehidupan aku agar aku menjadi individu yang lebih baik. Aiseh,macam ayat esei skema weyh. Aku sebenarnya ada idea untuk cerita yang aku bakal terbitkan dalam blog ini tapi disebabkan aku takut mempunyai writer's block sebelum sempat menghabiskan hasil karya aku,aku terpaksa pendam. Tapi sekarang aku dah tak tahan,aku nak luahkan juga.

 
   Pada suatu hari nanti,aku nak jadi penulis online yang dikenali ramai. Hahaha,angan-angan sahaja aku ni. Oklah,aku sign out dulu. Will write more later.

Monday, November 28, 2011

losen yang tidak pandai habis sampai bila-bila.

  Sebagai seorang perempuan,losen merupakan bahan penting untuk dipakai selepas mandi. Tujuannya adalah untuk melembutkan kulit. Bukan aku cakap "mesti" pakai selepas mandi,maksud aku bila-bila masa,masa kulit tengah kering dan tidak sibuk melakukan apa-apa. Ok,aku telah mengelirukan pembaca. Mari aku buat ayat tu semula.

  Losen selalu dipakai oleh perempuan yang rajin menjaga kecantikan diri. Losen selalunya dipakai selepas mandi,bila kulit terasa kering atau ketika tidak melakukan apa-apa. Terdapat pelbagai jenis losen yang ada di pasaran. Antaranya ialah losen mencerahkan kulit,melembutkan kulit,menenangkan diri,melembapkan kulit,pelindung matahari dan banyak lagi. Pelbagai jenama dijual di pasaran tapi jenama paling terkenal ialah johnson's,vaseline dan nivea.

   Oii,lebih-lebih pula intro aku ni. Macam ayat intro esei. Tapi boleh dapat markah juga ba ni kan kalau ada? hehehe.

   Aku mempunyai satu ketagihan. Ketagihan aku adalah membeli losen. Losen sebotol belum habis,dah aku pergi beli losen baru. Akhirnya berbotol-botol losen di atas almari,ada yang sudah pakai,ada yang belum pakai. Punya membazir tapi sudah tahu membazir,aku tetap akan beli juga. There is something about lotion that makes you keeps buying and buying and then next thing you know,you already had 5 bottles of lotion and planning to buy a bottle again. Aku sekarang ada tiga botol losen yang belum habis pakai tau,pening kepala nak kasik habis.

  Jangan cakap akulah,aku tahu ada juga perempuan-perempuan spesis aku ni,tak sengaja jadikan aktiviti membeli berbotol-botol losen sebagai hobi masa lapang. Pakai kurang tapi beli tak henti-henti. Hahaha.

  Maka aku pun sekarang gigih menghabiskan tiga botol losen di rumah(tidak termasuk losen menguruskan badan) supaya dapat beli losen baru. Hahaha,semakin lembutlah kulit I lepas ni yuuu.

Friday, September 9, 2011

terjumpa benda yang boleh menyebabkan orang sanggup berkata "aku takkan kahwin sampai bila-bila!"

   Aku kaki facebook dan seperti biasa aku tengok homepage dulu. Membaca status facebook like evening news la aku ni. Lepas tu aku terjumpa something yang aku rasa tidak interesting dan mustahil untuk mencapai cita-cita itu walaupun benda ni memang diharuskan dan dapat pahala jika melakukannya.

    Mari kita semua tengok gambar yang menggerunkan dan mampu menggugat emosi.
Klik gambar ni jika tak nampak dan tak percaya.

   Ya boys...hantaran kahwin sangat mahal dan nampaknya terpaksalah bercinta sampai tua. Macam menjual anak saja. Harap-harap nanti aku kahwin hantaran aku sekitar bawah rm1000 sahaja. Aku tidak mahu menyusahkan bakal laki aku lagipun lepas kahwin lebih banyak lagi perbelanjaan. Hantaran kat dalam gambar atas ini bukan lagi kahwin,ni macam menjual sudah. Bisnes-bisnes.

   Ok so what I want in my wedding? Nikah,makan-makan,berkenalan dengan keluarga,sanak-saudara baru dan masa bersendirian suami isteri. Hantaran? Bawah RM1000 dan yang penting aku boleh pakai sampai bila-bila. Simple saja permintaan aku lagipun malaslah nak grand. I just want the memorable,lovely,quiet wedding yang aku akan ingat sampai bila-bila.

   Dah enough about wedding. Nanti berangan jauh pula aku. Hahaha.

Tuesday, July 12, 2011

tahukah anda bahawa bulan puasa semakin menghampiri kita?

  1hb ogos 2011 bermulalah aktiviti puasa seluruh umat Islam di dunia. Cool,aku suka puasa ni,dapat menjimatkan belanja harian. Tapi ada juga orang yang membazir pada bulan puasa ni. Contohnya membeli makanan yang banyak untuk buka puasa dan membeli terlalu banyak barang untuk persiapan raya macam sofa baru,langsir baru dan semuanya baru.Itu tak termasuk kuih-kuih raya lagi. Akhirnya lepas hari raya poket kita kering. Aku tak suka poket kering sebab aku terpaksa "puasa' membeli barang kegemaran dan situasi itu tak molek. Maka aku harus memberi peringatan kepada diri sendiri untuk budget di bulan puasa ni agar aku tetap gembira selepas hari raya,oh yeah ;D
 
   Aku tahu bila tiba bulan ramadhan ni,mesti ada bazar ramadhan. Ada orang kata bulan ramadhan bulan rezeki,aku kata what the... sebab menurut pemahaman aku yang suci lagi naif ni(adoi!)  bulan ramadhan adalah bulan menambah pahala,dimana pintu syurga terbuka luas dan pintu neraka tertutup rapat. Iblis dan syaitan serta jin (rasanya jin kafir) dirantai di dalam neraka. Masa itu lawan manusia adalah nafsu sahaja. Maka ramailah yang berniaga di bulan puasa untuk tambah pendapatan. Tak salah berniaga ni tapi yang salah cara berniaga. Bagi aku patut ada syarat-syarat tertentu bagi seorang peniaga menjalankan perniagaan ketika di bulan puasa. Aku buat syarat-syarat ni sendiri kerana ni merupakan pandangan aku.
  1. Peniaga mesti mula perniagaan lambat sikit dan balik awal sebelum azan maghrib. Perkara ni membolehkan anda sempat berbuka puasa bersama keluarga dan menunaikan solat berjemaah bersama-sama.
  2. Jangan menjual makanan dengan harga yang mahal. Walaupun sewa kedai bazar ramadhan dikenakan mahal oleh majlis perbandaran tapi itu bukan tiket untuk menaikkan harga makanan bagi mengembalikan modal. Ingatlah bahawa peniaga sedang membantu orang yang tak sempat nak masak untuk buka puasa dan juga orang yang tak sempat balik rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga.
  3. Masakan yang sedap. Jangan main cincai saja masak. Aku pernah terbeli makanan sebegitu,tidak habis ni,sayang membazir. Pelanggan tidak mahu membuang duit mereka secara sia-sia. Lainlah kalau dorang ni terbarus(tamak).
  4. Jangan bagi terlalu banyak pilihan,andaikata barang jualan tidak habis,peniaga yang terpaksa menanggung kerugian. Jual sikit-sikit sahaja,anggarkan kutipan hari ni dan bajet untuk barang bisnes hari itu.
  5. Kalau nak untung ja memang tak boleh harap sangat tapi ingatlah bahawa peniaga sedang membantu orang yang tak sempat nak buka puasa bersama keluarga. Nak untung sikit? Bajetlah bisnes anda,anggar berapa keuntungan boleh dapat dalam sehari.
Ok,itu bab peniaga yang menganggap bulan ramadhan ni sebagai bulan rezeki mereka. Yalah,cari duit juga tapi jangan sampai lupa kerja kita beribadat kepada Tuhan(peringatan kepada diri sendiri).

  How about customers? Hmm,nilah menjadi major problem kerana golongan nilah yang bakal jadi golongan poket kosong selepas perayaan. Masa nilah tauke kedai perabot,jual kain,kilang buat kuih bergembira to the maximum kerana para pelanggan akan mencari mereka untuk mencari barang-barang baru sempena menyambut perayaan. Yalah,kita pun digalakkan untuk memakai baju baru sewaktu menyambut raya tapi bukanlah semuanya baru. Kita juga disuruh berjimat-cermat,jangan belanja macam tak ingat dunia. Nanti sendiri yang parah. Ni adalah tips berbelanja menurut pandangan aku.
  1. Beli barang persiapan raya sebulan sebelum puasa(macam baju dan langsir). Mengelakkan penat sewaktu berjalan di puasa. Bukan semua kedai makan akan tutup pun(bitter truth). Pedulilah kalau belum ada harga diskaun ke apa,bukannya diskaun tu berguna kalau berbelanja tak ingat dunia.
  2. Rancang nak beli apa dulu,bajetkan. Macam contoh nak beli sofa baru,anggarkan bajet dalam rm1000 dan jangan beli barang secara hutang.caps lock this words "JANGAN BELI BARANG SECARA HUTANG".
  3. Kuih raya kalau pandai buat,bajet memang murah tapi bagi yang suka main tunjuk tu,kasik limit pilihan kepada 5 jenis paling banyak dan 3 paling sikit. Jangan lebih dari 5 tapi jangan kurang dari 3. Simple maths 5>3. Kalau nak buat open house,belilah banyak-banyak tapi kalau orang macam aku yang sambut raya pada hari pertama,beli 3 jenis cukuplah.
  4. Bazar ramadhan! omg,hampir-hampir lupa part ni. Kalau pergi bazar jangan beli banyak sangat takut nanti tak habis,tambahan lagi kalau makanan tak sedap,sia-sia ja rm terbang. I caps lock this word "RM TERBANG".
  5. Kalau cuti atau tak kerja d ihujung minggu tu,rajin-rajinkanlah memasak walaupun hidup bujang belum berkeluarga(peringatan kepada diri sendiri). Kita di bulan puasa ni nak berjimat,bukan nak membuang duit.
  6. 3 hari sebelum raya adalah masa sempurna(ceh,ye ke?) untuk membeli makanan basah. Ya,pepandailah curi masa ye :D
  7. Oh,ya if ada barang lama masih bagus dan boleh pakai. Pakai sajalah,janganlah nak mengada beli yang baru pula dengan alasan "ketinggalan zaman". Tengkorak kaulah ketinggalan zaman konon nanti poket kosong tangisan sayu seminggu selepas hari raya padan muka.(see I wrote those words without any punctual because I actually says this in one breathe.)
  8. Jangan biasakan diri tu buka puasa kat kedai makan. Dahlah buang duit. Sekali-sekala pun cukuplah,tak payah selalu.Ataupun paling senang,tak perlu. Kalau sesiapa yang selalu nak buka puasa dengan member,janganlah buat begitu secara kerap unless tinggal jauh dari family. Buka puasa sama-sama keluarga dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga. Bak kata pepatah,masyarakat yang mempunyai hubungan kuat datang dari keluarga yang rapat(aku reka pepatah ni). Selain itu,dapat menjimatkan duit.
  9. Bagi orang bekerja yang tak sempat nak buka puasa dan rasa tak mampu nak membeli makanan di bazar ramadhan,sila bawa bekal tapi jangan pula pandai-pandai nak makan time puasa.
Waa,aku baru sahaja bagitahu style aku berbelanja di bulan puasa. Aku rasa seperti seorang yang sangat kedekut ni. Kuih raya pun tiga jenis tapi itu belum campur snek kekacang dan gula-gula(tu pun belum dalam kuantiti cukup-cukup). Biasalah aku bukan sambut raya sebulan,aku ni skema. Kalau bilang raya aidilfitri sehari,seharilah aku sambut. Kalau bilang raya haji 3 hari,3 harilah aku sambut makan daging korban dan tengok tv pasal orang naik haji sambil berharap mudah-mudahan ada rezeki untuk naik haji.

   Aku tinggal dekat dengan area masjid. Bila aku dengar solat terawih,aku mesti emo teringat arwah mama sama bapa aku. Dah berapa tahun dorang meninggal,selama itulah aku emo time dengar orang terawih. Mak bapa aku ni rajin pergi terawih. Jangan ceritalah kalau takbir raya,hujan bah terus. Menangis teresak-esak. Lepas tu raya pertama time pergi kubur,pandai pula aku nangis masa baca yassin. Mungkin aku sangat rindukan mak bapa aku.

  Ok,aku nak cerita pasal puasa tapi aku termasukkan cerita raya tapi it's a same thing. Maksud aku tanggapan orang ramai(even untuk bukan Islam) after puasa then raya. Bagi aku patutnya umat Islam terutama sekali di Malaysia,Indonesia dan Brunei(ambik ko 3 negara aku bagi) memeriahkan bulan puasa dan bukan sahaja hari raya. Budak-budak,suka hati engkaulah main mercun tapi jangan bagi doktor dan kakak(atau abang) nurse kerja overtime.

   Memandangkan bulan ramadhan ni bulan yang mulia maka kita digalakkan untuk bersedekah. Bersedekah lagi bagus,boleh tambah pahala,iman dan rezeki(bonus tu gink). Tapi ada syarat,bersedekah dengan nama Allah S.W.T dan bukan niat untuk menunjuk-nunjuk kerana tiada ganjaran untuk menunjuk-nunjuk. Kalau takut terbongkak,cakap ja "kesiannya dia,takpalah,aku bagi je rm5 ni,mudah-mudahan Allah ringankan penderitaan dia/mudah-mudahan Allah bagi aku murah rezeki." Jangan pula cakap "aku bagi orang susah ni duit,konfem orang cakap aku baik kan?" Sorilah,amalan baik pun kena tulis markah sedikit andai berkata begitu,huhu(peringatan kepada diri sendiri)  Weyh,jangan lupa bayar zakat ah. Sesiapa yang sudah bekerja dan lepas dari tanggungan mak bapa wajib bayar zakat oi. Kalau cukai boleh bayar,zakat pun boleh kan?

  Macam panjang pula entry kali ni. Rasanya kita stop sampai disini. Aku sebenarnya tidak sabar nak puasa,hehehe. Nanti kalau aku nak membebel pasal topik ni,aku akan sambung di tajuk lain. Sekarang aku nak jalan-jalan di internet. Bye.

Sunday, July 10, 2011

Bitter truth : women loves wedding than marriage.

   Hmmm,wedding maksudnya majlis perkahwinan manakala marriage adalah perkahwinan. Jadi apalah perbezaannya? Wedding tu majlis orang berkahwin tapi marriage adalah (how to put it in proper words?)-pasangan sepanjang hayat. Aku rasa otak aku malam ni slow kerana terlalu penat enjoy siang tadi,berkaraoke sampai sakit anak tekak. Tapi aku tetap berdegil nak tulis entry ini kerana aku rasa nak separuh gila kalau tidak meluahkannya. Ok,sikit lagi melencong baik aku teruskan tujuan sebenar aku.
 
   Aku pernah menonton movie 49 dresses(oh,ngam ke title movie ni?) alahhh yang pelakonnya Katherine Heigl berlakon dalam siri Grey's Anatomy dan pelakon lelaki utamanya jadi cyclops dalam filem x-men. Watak Katherine Heigl ni suka jadi pengapit pengantin perempuan. Watak lelaki ni pula tak suka akan benda-benda kahwin ni tapi dia merupakan writer untuk kolum majlis perkahwinan. Aku teringat quote yang dicakap oleh lelaki ni "...women like weddings,not marriage," seingat akulah,aku malas nak cari dvd tengok part mereka bergaduh berabis tu. So sebab aku terasa macam betul juga quote tu lalu aku pun membuat kajian sambil lewa aku.

  Kajian sambil lewa aku tu merupakan pandangan kasar aku dan juga mengutuk diri sendiri. Yalah,aku hari tu tengok majlis perkahwinan Prince William dan Kate Middleton(sekarang Duchess of Cambridge tak silap aku) aku pun terangan-angan juga nak majlis perkahwinan yang grand giler tapi aku sebenarnya nak majlis perkahwinan yang sederhana. Ok,sini aku senaraikan kajian sambil lewa aku.

  1. Perempuan suka majlis perkahwinan grand
  2. Perempuan lebih sibuk merancang majlis perkahwinan mereka daripada merancang kehidupan selepas berkahwin.
  3. Suka tengok celebrity's wedding event.
Mestilah ada sebab for every factor right? Well,aku tidak mempunyai apa-apa penjelasan bagus untuk faktor-faktor di atas. Mungkin memang perempuan perangai begitu kot(termasuk aku) . Tapi lebih baik aku explain kerana aku bertanggungjawab membangkitkan isu sensitif yang manja-manja ni.

   Sebab untuk faktor number 1 di atas adalah perempuan ni suka kalau kena puji majlis perkahwinannya paling grand. Baju kahwin yang cantik,tempat melangsungkan perkahwinan yang high class dan kek kahwin yang tinggi macam bangunan 10 tingkat. Dia nak majlis perkahwinan ni kekal di memori orang sampai bila-bila tambahan lagi jika dia berkahwin dengan mat salleh(kaukasia,tinggi 6 kaki).Maka pihak lelaki akan sesak nafas,sakit kepala mencari duit untuk majlis perkahwinan yang cuma berlangsung selama 2,3 hari sedangkan lepas majlis ada lagi perbelanjaan-perbelanjaan yang patut difikirkan. Have a mercy la to future husband k? Walaupun perempuan ada tolong sikit-sikit but in the end men have to tanggung sindrom poket nipis unless dorang kaya-raya macam tauke gula malaysia(oppss).

   Number 2 ni aku taknak cakap lebih-lebih karang aku pula yang terkena sumpahan kutukan sendiri tapi aku cuma nak cakap yang menguruskan majlis perkahwinan ni adalah teamwork dari bakal suami isteri. Perempuan don't have to tanggung semua but if lelaki lepas tangan,dipersilakan karate dia laju-laju. Terima kasih. Haha. The team should urus 3 perkara; sebelum majlis,semasa majlis dan selepas majlis iaitu permulaan hidup baru mereka. Paling penting selepas majlis. Aku tahu semua orang mahukan memori-memori indah dari majlis perkahwinan mereka sebab aku pun nak juga tapi jangan pula sampai terlupa tanggungjawab-tanggungjawab baru. Aku mengingatkan diri sendiri sebenarnya ni.

   Tak baik tengok perkahwinan yang dicanang-canangkan oleh media hiburan sebagai "wedding of the year" nanti masalah. Gadis-gadis belum kahwin tentu berangan-angan hendakkan majlis sebegitu,manakala yang sudah kahwin tentu dengki dan akan tercakap "kan bagus wedding aku dulu begitu,ini nda....etc," kasihan effort husband. Baik tengok rancangan-rancangan berunsurkan dakwah atau kartun atau apa-apa ja lah. Aku pun tak minat juga tengok celebrity's wedding kecuali prince william kahwin sebab aku akan automatik mengutuk. prince william tu pengecualian kerana aku pun tidak pasti kenapa. Hahaha.

   Ok,aku dah bagi reason for every factor dan ini merupakan peringatan kepada diri sendiri. Tiada sesiapa berkaitan dalam entry ini. Aku perasan last paragraph ni aku mula rhyming jadi aku pun nak pergi mandi dan makan nasi. 

Wednesday, April 13, 2011

Bosannya!!! patutkah aku buat blog lagi satu?

  Aku menyedari bahawa kehidupan aku sekarang ni membosankan. Pergi kerja,duduk rumah. Tiada unsur adventure macam mendaki gunung kinabalu,memandu satu negeri sabah,pergi ke fun fair(asyik men game kat arked,sakit mata tengok skrin tekken). Kawan lagilah...kurang,boleh dibilang pakai jari (campur jari kaki dan jari tangan). Aku rasa yang aku ni sebenarnya ingin sangat jadi Dora the Explorer tapi tiada Swiper(musang pencuri itu). Aik? Macam mana pula termasuk rancangan katun prasekolah ni? Sori ler,aku menonton Dora the Explorer juga,rancangan Timmy Time si anak kambing biri-biri masuk tadika pun aku tengok. Weyh,don't judge me okay? Hahaha.
  Tiba-tiba aku dapat idea dalam kepala aku. Waaa,memahami betul otak aku ni akan emosi aku yang betul-betul bosan sekarang ni. Idea aku kata,aku kena buat blog lagi satu. What???? Nak tulis entry ni pun perlukan daya dan skill memerah otak yang tinggi,nak buat kerja gila tambah blog lagi? Tapi aku fikir mengikut logik akal,macam okay jua cadangan gila ni tapi nak cerita pasal apa? Sedangkan dalam blog ini,aku buat variety. Macam-macam aku cerita. Aku fikir lagi mungkin aku patut buat blog macam dalam movie Julie and Julia. Watak Julie memasak satu hidangan sehari mengikut buku resepi Julia. Google lah kalau have no idea apa aku yang cakap ni. Aku pun nda tau nak explain bagaimana.
  Bergeliga juga otak aku,nampaknya kena cari aktiviti yang aku harus cuba dan tulis pengalaman dalam blog aku lagi satu. Mungkin patut dinamakan blog baru aku "tiada kerja lain" hahahah. Tapi masih dalam proses perancanganlah,buat masa sekarang ni aku masih belum sedia nak buat aktiviti lain,yang mencabar kreativiti aku sebagai seorang manusia(chewah,drama yaw).dalam masa yang sama aku dapat mengisi masa lapang aku. good luck to me ;)

Sunday, March 27, 2011

matlamat yang dah tercapai : beli handphone baru

  As I go thorough entries in my blog,I found out that I had already accomplished my goal to buy a new mobile phone (chewah,bahasa inggeris konon ah intro aku tapi aku sebenarnya nda tau nak translate pergi ke bahasa malaysia =p). Tak sedar bah pula tau matlamat jangka pendek aku ni dah tercapai. Kalau tertanya-tanya sila baca post mengenai matlamat aku. Tajuknya ialah matlamat hidup. Hanpon apa aku beli,carilah entry yang ada tajuk sony ericcson greenheart. Membuatkan aku makin bersemangat ni untuk meneruskan matlamat jangka pendek aku ni.
  Matlamat yang aku perlu capai ialah mencari kerja yang bagus dan bukannya gaji dibawah rm500. Selepas itu aku nak belajar memandu dan membeli kereta aku sendiri. Walaupun cita-cita aku ni amat besar (bagi akulah) tapi kalau aku sudah dapat handphone,aku mesti yakin untuk dapat kerja baru,lesen memandu dan mempunyai kereta sendiri. Mudah-mudahan jua tercapai matlamat aku ni tau :)
  Apa aku nak buat setelah tercapai matlamat jangka pendek ni? Maka aku teruskanlah mencapai matlamat jangka panjang aku. Walaupun ada banyak masalah dan cabaran yang melanda tapi aku tak ingin patah semangat. Aku mesti teruskan jua. Aku masih muda untuk mengaku kalah dan tua sudah untuk menghadapi cabaran hidup. Setiap peluang yang ada harus dirembat tapi kena pandai-pandai fikirlah yang mana satu paling terbaik untuk aku.

hanya aku sahaja yang boleh mengubah nasib hidup aku namun aku juga perlukan bantuan bukan sahaja daripada orang lain tapi juga daripada Allah Taala.

arah tujuan hidup yang terpesong

  Aku sebenarnya mempunyai cita-cita untuk menjadi penulis tapi bila aku rasa yang aku ni tak cukup hebat untuk menjadi penulis aku pun tukarlah kerjaya impian aku menjadi ahli farmasi. Aku pun tak tahu kenapa aku nak terlibat dalam bidang farmasi. Mungkin sebab aku suka tengok ubat-ubatan dan sains adalah subjek kegemaran aku (sori maths,I really hate you). Tapi suka ja tak cukup bila keputusan PMR aku menghumban aku ke kelas akaun. Aduh,pedihnya hati ini bila dapat kelas akaun. Banyak kira-kira betul,aku tak sukalah. Nasiblah subjek perdagangan dan ekonomi asas yang buat aku suka kepada akaun (sikit jalah,nda banyak).
  Sebab aku suka belajar (ya,aku suka belajar. selama ni aku tipu ja aku nda suka belajar tapi cuma subjek tertentu ja) namun keputusan aku bukanlah boleh dibanggakan langsung. Sama ada aku ni sebenarnya memang lembab tahap siput babi atau aku rasa aku tiada bakat untuk menjadi pelajar cemerlang impian para cikgu. Hahaha,aku sebenarnya pegang kata-kata "belajar ja,pandai atau nda belakang kira janji pegang buku". Gila betul falsafah aku ni. Orang kalau belajar mesti pandai,yang aku pula bukan kisah sangat,janji ada pegang buku dan tulis nota.
  Selepas aku developing rasa cinta aku kepada subjek berniaga dan kewangan ni,aku menyimpan cita-cita untuk belajar dalam bidang perbankan. Tinggi juga cita-cita aku untuk budak perempuan yang berusia 16 tahun. Walau bagaimanapun kecundang juga sebab aku tak tahulah kenapa. Memang bukan rezeki aku kali ni tau untuk mengorbankan diri jadi hamba kepada bank. Jadi aku pun bercita-cita masuk ke tingkatan enam. Okay selepas SPM aku memang tak tahu arah tujuan hidup aku. Eh,salah!!! sebenarnya selepas PMR aku tak tahu mana arah tujuan hidup aku. Aku akui dari aku sekolah rendah lagi asyik bertukar cita-cita saja. Sekejap nak jadi itulah,inilah macam tak tentu bah.
  Masa aku tingkatan enam,mood aku belajar hilang lepas bapa aku meninggal. Jumpa lagi dengan kawan-kawan yang bakal menyusahkan aku kelak membuatkan aku terfikir. Apa tujuan sebenar hidup aku? Apa matlamat hidup aku sebenarnya? Apa dah jadi dengan aku ni? Banyak persoalan yang bermain dalam fikiran aku namun aku tak mampu nak menjawab semuanya. Aku tahu aku hidup susah sejak bapa aku meninggal. Aku tak mahu belajar,aku tak mahu buat apa-apa masa itu. Aku cuma mahu bersedih ja lagipun masa tu baru ja bapa aku meninggal dan aku perlukan masa untuk adjust hidup tanpa bapa setelah baru ja aku adjust hidup tanpa mama.
  Jadi selepas STPM,aku tidak menerima lamaran dari mana-mana universiti untuk sambung belajar jadi aku bekerjalah. Dengkilah tengok kawan-kawan sambung study tapi setiap kali aku fikir begitu,aku terpaksa mengingatkan yang aku ni yatim piatu,tiada siapa yang dapat tanggung aku belajar. Sebab itu aku marah kalau nampak status kat facebook orang yang dapat sambung belajar ni komplen ja pasal study. Mereka dibagi peluang untuk belajar jadi teruskan ja la,bodohlah mereka ni mensia-siakan peluang. Hehe,tetiba ja emosi ni.
  Aku rasa inilah perjalanan hidup aku walaupun dah banyak kali menyimpang dari laluan sebenar. Dalam hati aku berharap agar aku dapat sambung belajar juga. Biarlah lambat asal aku dapat pegang ijazah akhirnya nanti walaupun aku dah ada ramai cucu. Takpa bha,masih muda lagi,perjalanan hidup masih jauh. cuma aku kena rajin berusaha sajalah.

Saturday, March 19, 2011

memandu tanpa lesen

  Aku ni boleh dikategorikan sebagai orang yang agak gila juga. Bukan gila yang layak masuk ke hospital mental tapi berani yang gila-gila,tidak bertempat langsung keberanian aku tu sebenarnya. Aku rasa sebab aku masih muda dan mahukan something yang boleh memberi aku adrenalin rush. Walaupun aku penakut juga sikit-sikit tapi aku tetap perlukan cabaran untuk mencabar diri aku. Entah kenapa aku suka cabar diri aku ni,mungkin sebab masa aku kecil dulu,aku agak...macam mana ya mau cakap terkurung,terkawal. Aku ni dahlah perempuan,anak bongsu lagi jadi mestilah kena jaga betul-betul.
  
   Pada suatu malam,aku dan abang aku jalan pergi membeli makan malam kami bertiga (aku,kakak aku dan abang aku). Aku ni malas ba mau turun sebenarnya tapi disebabkan kakak aku tiada mood mau memasak dan perut aku pula semakin lapar jadi aku terpaksa menggagahkan diri pergi membeli makanan sambil ditemani oleh abang aku yang menjadi driver. Time dalam kereta,aku tanya satu soalan bonus dengan abang aku. Oklah ni skrip aku dan abang aku (perubahan sedikit dilakukan bagi menambah efek drama)

Aku : abang ngah,boleh aku bawa kereta kau ni?
abang ngah : Kau ada belajar meh?
Aku : tiada
abang ngah : ko nda pernah bawa jangan ko pandai-pandai sana mau bawa
aku: okai~~~

Nasib abang aku tu tak sporting. Lagipun dia sayang sangat dengan keretanya tue,mana mungkin dia mau bagi orang lain drive termasuk adiknya yang comel ni. Hehehe. Tapi pada suatu hari aku akan bawa juga cuma time tu aku ada lesen sudah. Sabar menanti ja aku sekarang ni untuk belajar drive keta.

Friday, March 18, 2011

Memiliki tubuh badan seperti Megan Fox

  Sebenarnya aku tak minat Megan Fox tapi setelah menonton trailer Jennifer's Body,tiba-tiba ja Megan Fox jadi idol aku. Mungkin kerana keseksiannya dan kecantikannya yang menjadi pujaan aku. Rambut dia yang panjang amat cantik (aku straight arr,jangan fikir lain-lain). Andai aku memiliki kecantikan dan keseksian Megan Fox mesti aku dapat jadi model. Hahaha,angan-angan ja ni. Takkan aku nak modelling betul-betul pula? Buang masa aku ja. Aku cuma inginkan bentuk badan macam dia ja. Benar kata mereka "men love her,women want to be her".

Cantikkan dia? Suka tengok rambutnya yang panjang itu.

Nak body macam dia ni,killer body tu.

    Walaupun dia dah kahwin dengan Brian Austin Green pada tahun 20100,tapi dia tetap nampak sexy juga. Agaknya memang DNA dia "sexy".  Hehehe. Aku telah menetapkan visi untuk mempunyai badan seperti dia pada hujung tahun ni. Harap-harap ja dapat,risau pula aku kalau matlamat aku nda tercapai huhu.

   Sampai sini sahaja blog aku kali ni. Sekian hehehe...


Wednesday, February 23, 2011

matlamat hidup

  Apakah itu matlamat? Maksudnya apa? Makanan ke? Atau sejenis senaman? Oh,salah jika matlamat itu dianggap sebagai senaman ataupun makanan. Hahaha,aku acah ja tu,sahaja bagi statement yang minta pelempang walaupun aku tak inginkannya. Hehe,mari kita teruskan blog ini.

 Matlamat ini mempunyai dua. Satu matlamat jangka panjang,satu lagi matlamat jangka pendek. Matlamat jangka panjang melibatkan perancangan yang teliti dan proses yang perlahan untuk memastikan sesuatu matlamat yang ingin dicapai berjaya serta halangan-halangan sepanjang matlamat ini dapat dilalui dan diselesaikan. Contoh matlamat jangka panjang ialah beli rumah. Mula-mula simpan duit pastu pilih rumah,kena sedia kertas kerja untuk beli rumah dan voila! rumah jadi milik sendiri setelah perancangan dan proses-proses yang menyakitkan jiwa tetapi berbaloi dihujungnya. Itupun kalau tiada isu ditipu pemaju lagi atau kawasan perumahan yang bakal diduduki atau sedang diduduki tidak selamat, bla bla bla(ngamlah aku jadi pemusnah impian orang,ayat aku akan membuatkan ramai orang berfikir lebih dari dua kali untuk beli rumah lepas ini hahaha) . Matlamat jangka pendek pula simple,contoh lepas balik kerja nak mandi awal. kalau mandi awal,ertinya matlamat dah tercapai tapi kalau masih lagi duduk tengok tv,update blog,main facebook(macam aku ja ni) ertinya tersasar dari matlamat ingin mandi awal.

  Setiap orang dalam dunia ni mempunyai matlamat hidup mereka sendiri tak kira matlamat jangka pendek atau jangka panjang asalkan namanya matlamat. Tipulah bilang "aku mana ada matlamat hidup" sebenarnya dia tipu ja tue,siapa yang tak terfikir kan cuma dia taknak fikir mungkin sebab dia rasa terlalu awal dan belum puas enjoy life atau dia malu,kurang selesa nak cerita. Aku pun ada matlamat juga,mungkin tak jauh beza dari orang lain macam ingin sambung belajar,kahwin,beli kereta audi(uina,jauhnya cita-cita ini). Maka aku pun senaraikan matlamat jangka pendek aku dulu lepas itu baru matlamat jangka panjang

MATLAMAT JANGKA PENDEK
-tukar kerja kepada kerja yang lebih baik.
-mesti ada lesen memandu.
-beli handphone baru.

MATLAMAT JANGKA PANJANG
-sambung belajar sampai peringkat master.
-beli kereta.
-kahwin sebelum umur 30 tahun.

  Matlamat jangka pendek ni boleh dicapai dalam masa 3 tahun tapi matlamat jangka panjang boleh menjangkau sehingga 10 tahun bergantung kepada pelaksanaan dan prosesnya.

  Kenapa aku letak kahwin sebelum umur 30 tahun sedangkan kalau sudah jodoh,boleh kahwin bila-bila masa sahaja? Sebab aku nak fokuskan dulu kepada aktiviti cari duit. Kahwin umur 25,26 okey ja bha asal tidak melebihi 30 tahun sebab aku nak mulakan keluarga pada umur 30 (syukur aku nda taruh nama sebenar dalam blog ini,aku perlukan keberanian untuk meluahkan perkara ini). Hehe,awal lagi aku plan masa depan aku. Tapi aku berserah ja lah,manusia hanya mampu merancang,Tuhan yang menentukan.

  Sementara aku berusaha mencapai enam matlamat ini,aku telah memulakan perancangan sepanjang hayat. Menyimpan duit. Gerun bukan? Terpaksa menahan hati nak shopping baju mahal dan make-up hanya untuk simpan duit demi masa depan. Tapi kesusahan masa sekarang adalah kesenangan masa depan. Fikir positif. Boleh shopping tapi kena kawal nafsu,boleh dapat pahala kawal nafsu beli-belah ni,percayalah. hahaha. Walaupun sikit tapi bak kata peribahasa simpan sikit-sikit,lama-lama jadi bukit. Ada gunanya nanti duit yang disimpan ni.

  Berbalik kepada matlamat,aku berdoa agar semua ini dapat dilaksanakan. Aku tak mahu ada tekanan ketika menjalankan matlamat ini,kalau boleh biarlah perancangan yang dijalankan ini lancar seperti sungai mengalir. Tapi semestinya sungai yang mengalir tenang datang daripada air terjun yang melalui batu-batu dan mengalir deras ke bawah. aisehmen,berbunga-bunga bahasa aku ni namun apa yang aku cakap ni betul,mesti ada halangan Tuhan bagi,ujian yang diuji ketika kita dalam keadaan tidak sedar.

  Tujuan aku menulis entry ini sebab aku bakal berusia 21 tahun jadi aku akan melalui satu lagi peringkat dalam hidup. Muhasabah diri amat diperlukan bagi membantu memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik tapi tentunya tidaklah sempurna kerana kita ni manusia. Manusia pasti akan melakukan khilaf dalam kehidupan (aiseh,ni semua jasa cikgu bahasa malaysia aku walaupun aku dapat B ja dalam subjek ni). Oklah,sampai sini sahaja entry aku. Semoga matlamat-matlamat aku dapat dilaksanakan. amin :)