Tadi masa aku baca blog Hamka Kereta Mayat,aku tertarik melihat sebuah tajuk di entry ini Saya mahu suami beriman?. Entry ini sesuai untuk golongan perempuan menguji tahap keimanan boyfriend/tunang mereka. Yalah,bila kita betul-betul mahu jadikan boyfriend/tunang sebagai pasangan sehidup semati,kita juga harus memeriksa latar belakang mereka terutama sekali dalam bidang agama. Mana yang silap,kita betulkanlah tapi jangan pula bagi teguran melampau,cukup setakat bagi teguran lemah-lembut dan menjaga hati dan perasaan mereka.
Siapa bilang lelaki sahaja boleh uji perempuan untuk dijadika bakal isteri? Perempuan pun boleh lakukannya juga. :D
Dibawah adalah petikan daripada entry blog kereta mayat :
Ok, sekarang, lepas 5 minit masuk waktu solat di lokasi pasangan anda berada, cuba telefon (atau suruh muhrim telefon) dan dengar jawapan pasangan anda.
Jawapan A: Rindu kat abang ke? Sedang buat apa tu, kitapun rindu kat awak.
Jawapan B: Saya baru nak makan, awak dah makan?
Jawapan C: Saya baru nak tidur, terima kasih telefon saya kerana nak teman saya tidur.
Jawapan D: Saya baru nak solat, awak uzur ke? Telefon lagi 15 minit, insyAllah.
Jawapan E: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS, “saya solat tadi. Kenapa?”
Jawapan F: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “Tolong jangan telefon saya selepas azan, kerana saya ada temu janji dengan Tuhan.”
Jawapan G: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “saya solat di masjid tadi, jika mahu bincang pasal kahwin saya akan call sekarang, jika tiada apa apa, baik SMS sahaja,.”
Dah selesai hunbungi tunang anda selepas 5 minit azan selama tiga hari bertutut turut?
******
Beikut adalah KEPUTUSAN kepada ujian telefon 5 minit selepas azan di atas:
Jika jawapan A:
Sah belum sempurna iman tunang kau, sebab solat lengah lengah dan tak rasa bersalah, sebaliknya ghairah nak bercakap tentang cinta dan kasih sayang, jap lagi jika di layan, akan cerita dalam kain lah tu, astarfrullahal azim..
Jika jawapan B:
Belum jelas jugak akan tahap iman tunang awak, sebab makan dulu baru solat, mungkin tunang akan cakap, saya jika tak makan, nanti solat tak khusyuk, tapi jawapan orang yang beriman, saya tak boleh nak khusyuk untuk makan sebab teringat pada solat. Woha!
Jika jawapan C.
Ni lagi sekor, dah azan pun nak tidur dulu? Memang naya dapat tunang macam ni. Putus sahaja!
Jika jawapan D:
Alhamdullilah, ada ciri ciri orang beriman. Kan sedap ‘bunyi’nya.., kan?
Jika jawapan E:
Alhamdullilah, lagi bagus dari D, sebab SMS sahaja, jaga aurat, jaga adab, jaga akhlak. Tahniah!
Jika jawapan F dan G: Markah penuh! Sangat sesuai dijadikan suami.
Dalam blog ini,penulis memberi nasihat kepada perempuan di luar sana,kalau nak cari suami,carilah yang menjaga solat dan rajin solat berjemaah di masjid. Begitu juga kepada para lelaki,kalau nak cari isteri,janganlah fikir pasal kriteria cantik ke,pandai masak ke atau apa-apa. Carilah perempuan yang juga rajin bersolat dan solat pada awal waktunya. Macam orang cakap,tiang mestilah tiang besi campur konkrit kalau mahu buat rumah yang teguh binaannya.
Kalau sesiapa belum solat lagi atau "terlupa" mengerjakan solat,belum terlambat lagi untuk berubah. Semoga Allah memberkati ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Amin.
p/s: kalau peminat pakcik hamka nampak entry blog ini,rasa-rasanya aku akan dituduh sebagai tukang copy+paste je ke? jangan marah ye,saya cuma nak berkongsi sedikit tentang apa yang saya baca di blog-blog lain. ;)
No comments:
Post a Comment