Wednesday, March 7, 2012

dia dan aku

  Semuanya bermula ketika aku baru sahaja masuk tingkatan enam di sebuah sekolah berprestij di bandar. Bagaikan kambing baru pertama kali masuk ke bandar,aku rasa janggal. Kawan-kawan pula tiada,maklumlah hanya aku seorang sahaja yang berani melangkah ke tingkatan enam. Mereka semua pergi ke kolej matriks. Nampaknya aku terpaksa mulakan dari bawah dalam bab mencari kawan. Tapi aku takut jika mereka tidak bersudi berkawan dengan aku.

    "hai,siapa nama?," seorang gadis bertudung labuh menegur aku,bertanyakan nama aku.
    "Azirah,tapi panggil Jirah saja," aku menjawab dengan senyuman,maklumlah aku nak nampak ramah mesra bila orang bawa aku bercakap. Manalah tahu gadis bertudung labuh ni boleh jadi kawan sekepala aku. Teringat pula kenangan ketika di tingkatan lima.
 
  Gadis bertudung labuh itu menjawab "eh,melayu pula awak ni. Saya ingatkan awak ni bukan melayu. Jadi saya kena cakap assalammualaikum dengan awak kan? Hehehe,nama saya Wirda tapi panggil ja Ida," dia membalas senyuman aku ketika itu. Aku pula terfikir,nampak tak melayu ke muka aku ni? Tapi aku tak kisah,mungkin first impression dia pada aku yang aku ni bukan muslim. Kalau aku bagitahu hal ini kepada mama,confirm mama cakap "aku dah kata dah,pakai tudung," dan bebelan seterusnya. Lebih baik jangan bagitahu mama.

  "Waalaikumsalam. hahaha,ye ke?," aku berkata dan tiada idea untuk menyambung perbualan seterusnya. Oh,kenapalah aku ni socially awkward? Aku dah lupa ke cara berkawan? Nasiblah Ida menyelamatkan perbualan canggung kami berdua dengan bertanya "awak dulu dari sekolah mana? saya dari sekolah menengah agama. Saya sebenarnya boleh sambung form six kat sekolah lama saya,tapi susahlah sebab ada belajar bahasa arab. Saya ni lemah dalam bahasa arab,spm pun...," banyak cakap juga Ida ni tapi aku terhibur juga mendengar. Selepas dia habis bercakap,maka aku pun menjawab soalan dia aku datang dari sekolah mana.

  "Saya datang dari sekolah perempuan tak jauh dari sekolah ni. Saya masuk form six ni pun sebab saya tak daftar pergi matriks masa saya tingkatan lima dahulu. Ramai orang kata form six ni susah tapi saya tak mahu berfikiran negatif jadi saya cuba-cubalah nak ambil STPM ni," punyalah banyak cakap aku ni. Sempat lagi tipu sunat yang aku tak sempat pergi daftar matriks. Padahal dulu masa aku tanya Papa kalau aku boleh pergi sambung belajar jauh dari rumah,dia tak bagi langsung.

  "Oh,ya?," selepas itu kami diam,tak tahu nak cerita apa. Tidak lama kemudian,senior kami tingkatan enam atas datang ke kelas kami. Nak bagi orientasilah tu. Malasnya tapi terpaksa terima juga. Kan sudah menjadi adat,apabila berada di tempat baru,orientasi harus diberikan bagi membiasakan orang baru dengan persekitaran lain. Sekolah dahulu tak sama dengan sekolah ni.

  Seorang pelajar lelaki dari tingkatan enam atas yang memakai kaca mata tidak berbingkai memberi ucapan kepada kami bersama-sama dengan geng dia di belakang,ataupun rakan-rakan sekelas mereka. "Kami ucapkan selamat datang kepada adik-adik baru kami yang baru sahaja melangkah ke dunia tingkatan enam," kemudian mereka semua termasuk orang-orang dalam kelas aku pun bertepuk tangan. Aku tak tahu apa benda mereka sorakkan. Kemudian pelajar lelaki itu memperkenalkan namanya "nama saya Zainal dan saya merupakan ketua menteri untuk parlimen sekolah,mereka semua di belakang ni adalah orang bawahan saya,iaitu menteri-menteri yang bertungkus-lumus memastikan keselesaan untuk para pelajar di sekolah ini...," dan banyak lagi dia cakap.

   Aku dan Ida duduk di belakang sekali dan di belakang tempat duduk kami ada sebuah pintu masuk juga. Ada senior-senior kami menyelit masuk dari pintu belakang kelas kami. Aku rasa seperti ada seseorang di belakang lalu aku pun pandang ke belakang. Seorang pelajar lelaki yang memakai kaca mata hitam,sama bentuk dengan Zainal,empat segi kecuali kaca mata dia mempunyai bingkai berwarna hitam dan plastik. Dia senyum kepadaku dan aku membalas senyumannya tapi bukanlah dengan senyuman gedik. Dia tidak memakai blazer berwarna merah gelap seperti Zainal pakai sekarang.

  Selepas habis sesi berkenalan dan memberitahu jadual program orientasi kami selama seminggu,di mana seorang senior perempuan bernama Nora meneruskan ucapan selama 10 minit untuk memberitahu dia merupakan ketua pembangkang dan sebagai pembangkang,dia mempunyai hak untuk menolak sebarang polisi parlimen jika didapati membebankan para pelajar di sekolah ini. Macam masuk dalam dunia politik pula. Kemudian cikgu pun masuk ke kelas dan bermulalah sesi pengajaran dan pembelajaran. Walaupun sebenarnya cuma memperkenalkan subjek-subjek tingkatan enam sahaja.

                                                 ********************************
   Waktu rehat aku pergi ke tandas bersama Ida. Semasa dalam perjalanan pergi ke tandas,kami bertembung dengan senior lelaki berkaca mata bingkai plastik warna hitam. Dia baru pulang dari kantin bersama gengnya,tiga orang perempuan dan tiga orang lelaki termasuk dia. Mereka masing-masing membawa makanan untuk dibawa ke kelas. Maklumlah,kantin di sekolah baru aku tu sempit,kurang tempat duduk. Lagipun hanya pelajar tingkatan enama sahaja yang diberikan keistimewaan untuk makan di dalam kelas. Senior lelaki yang memakai kaca mata bingkai plastik warna hitam itu melemparkan senyuman kepada kami. Aku nampak nama di name tag dia,Burhanudin Bakri. Ida mengusik aku "eh,ji? tenung lama nampak?," Aku cuma ketawa sahaja.

                                            **********************************
   "Azirah Hussain,awak masuk ke dalam group B," Seorang senior lelaki berbangsa cina menyebut nama aku mengikut senarai nama di clipboard miliknya dan menyuruh aku bergerak secepat mungkin ke group B. Aku tak sukalah aktiviti program orientasi diadakan pada waktu petang. Aku nak balik rumah dan tidur. Penat bangun pagi untuk pergi ke sekolah. Apatah lagi pergi ke sekolah baru,dengan suasana dan persekitaran baru. Nasib juga aktiviti hari ni diadakan di dalam dewan sekolah,terlindung dari panas matahari. Ida dan aku tak sama group,dia berada di group D.
 
  Ketika aku berada di group B,aku terkejut apabila melihat facie aku ialah Burhanudin. Dia senyum kepada aku dan berkata "hai," aku cuma menjawab "hello," Macam tiada jawapan lain lagi ni. Setelah selesai pembahagian group,para facie pun memperkenalkan diri. Kawan Burhanudin,seorang perempuan menjadi jurucakap memperkenalkan diri seolah-olah mereka yang lain tidak mempunyai mulut untuk berbicara "nama saya Ella dan ini kawan-kawan saya merangkap facie kamu kepada minggu ni. Sebelah saya Marlinah dan sebelah dia tu Burhan. Yang tengah berkhayal sambil tengok facebook dalam henpon,itu si Awang Mokhtar tapi panggil ja dia AWANG," ketika Ella menekankan suaranya menyebut nama "Awang" barulah mamat tu tersedar dan cuma berkata "sorry,teruskan," dan kembali melihat telefonnya. Ella menunjukkan muka tak puas hati dan menjeling. Kemudian dia menyambung semula "'hari ni aktiviti kita cuma memperkenalkan diri dalam group ini. Saya tahu,kamu semua saling tidak mengenali antara satu sama yang lain,oleh itu aktiviti ramah-mesra dijalankan bagi mengelakkan anda menjadi kera sumbang dalam masyarakat sekolah ini,"

  Punyalah pedas percakapan si Ella ni. Walaupun ada betul,tapi gunakanlah ayat yang lain macam "kurang kawan" ke,apa ke. Sungguh tak bertapis langsung percakapannya. Awang berhenti melihat henponnya dan menyimpan henpon tersebut ke dalam poket. Belum sempat Ella menghabiskan ayatnya,dia sudah mencelah "Ok,tanpa membuang masa dengan ucapan sia-sia, let's get this party started by telling us what's your name is," Mak aii,sempurna sungguh bahasa inggeris si awang ni,agaknya dia tentu pelajar terbaik dalam subjek MUET. Ella menjeling lagi si Awang,macam dia tak puas hati dengan perlakuan Awang sebentar tadi.

  Awang pun bertanya dengan seorang budak lelaki gempal yang duduk tak jauh dari aku. Agaknya dia datang dari kelas science. Sebab muka dia nampak nerd dengan tali leher yang sengaja diikat tinggi dan kaca matanya tebal. Mungkin kalau aku buka kaca matanya,tentu dia separuh buta. Jahatnya aku berfikiran sebegitu.

   "Kau,yang gemuk. Siapa nama?," si Awang ni aku perhatikan dia tidak mempunyai budi bahasa langsung. Dia mempunyai ciri lengkap charming bad boy. Ya,dia kacak tapi tak semestinya semua perempuan suka sama dia. Contohnya aku,aku tak berkenaan sangat dengan Awang Mokhtar. Manakala Burhan pula sejuk hati memandang,dia taklah kacak sangat tapi bila tengok rupanya,rasa rindu nak tengok sekali lagi. Eh,apa kena aku ni? Membandingkan Burhan dan Awang? Aku tak ada kerja lain lagi ke?

  "Eh,gadis comel yang tengah mengelamun tu. Masih di bumi atau di planet marikh dah?," mereka semua melihat aku dengan perasaan ingin tahu. Aku terkesima lalu aku cepat-cepat menjawab jawapan yang aku akan sesali seumur hidup,rasanyalah "kat bumi," terus mereka semua ketawa termasuk Ella,yang baru sahaja tarik muka masam tadi pasal Awang merampas peranan dia sebagai jurucakap facie kumpulan B. Awang senyum dan meraup mukanya sambil berkata "astaga,betul-betullah kau ni di planet marikh sudah. Ok,siapa nama kau?," Muka aku merah menahan malu menjawab soalan Awang "Azirah Hussain," Lepas tu Awang bertanya apa nama panggilan aku,aku pun menjawab "Jirah ja," Burhan yang ketika aku memandang aku masih lagi bersisa ketawanya tapi dia masih mampu tahan. Dia buat-buat muka serius ni.

                                  *********************************************

   Setelah selesai aktiviti hari pertama orientasi sekolah,aku pun duduk di bus stop sambil menunggu abang Chet mengambil aku. Haih,abang kesayangan aku tu memang selalu lambat ambil aku. Alasan utama dia "traffic jam la dik," kadang-kadang dia berkata "abang tadi jumpa kawan minum-minum," Macamlah boleh percaya sangat alasan dia. Aku nampak Awang balik menggunakan scooter berwarna hitam,dia ternampak aku dan melambai ke arahku sambil memanggil aku "alien Jirah," kurang asam betul si awang ni. Ida pula telah pulang awal. Boyfriend dia ambil dari sekolah. Wow,kejutan budaya terus ni. Belum pernah aku tengok boyfriend ambil girlfriend dari sekolah. Atau aku yang masih berada di bawah tempurung. Mental note,duduk di penjuru dinding dalam bilik dan berfikir. Macam betul ni aku nak buat begitu.

  Tiba-tiba ada seseorang duduk kat sebelah kanan aku,aku berpaling,rupa-rupanya Burhan yang duduk sebelah aku. Dia berkata kepada aku "Hai,Jirah. Balik mana?," Aku menjawab "balik ke rumah," terus aku tersedar. Bodoh benar jawapan aku tu. Kemudian dia ketawa,sambil berkata "epic answer,I like that,". Aku tersengih-sengih dan berkata "sorry,saya tak sangka jawapan sebegitu keluar dari mulut saya. Mungkin otak saya ni dah malfunction," Lagilah Burhan ketawa,aku pun ikut ketawa juga. Aku suka tengok cara dia ketawa,comel ni. Lepas tu dia berkata "oklah,saya balik dulu. awak hati-hati ya. besok jangan lupa pergi sekolah," aku mengangguk dan berkata "ok bang," dia berpaling kembali ke arahku setelah dia bangun dari tempat duduk dan berjalan selangkah,dia senyum sambil berkata "panggil ja burhan,umur kita pun bukan jauh beza juga," aku pun seperti burung belantuk mengangguk.

   Manalah abang Chet ni? Kepanasan sudah adik kesayangan dia menunggu di bus stop dekat sekolah seorang diri. Aku tersenyum sendiri apabila teringat beberapa jawapan "genius tahap kambing" aku tadi tu. Kemudian abang Chet pun datang dengan Myvi merahnya sambil berkata "sorry abang lambat...," memberikan aku 1001 alasan lapuk. Aku bagitahu mama ni karang.

akan bersambung.

No comments:

Post a Comment