Showing posts with label Kesusasteraan. Show all posts
Showing posts with label Kesusasteraan. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

dia dan aku

  Semuanya bermula ketika aku baru sahaja masuk tingkatan enam di sebuah sekolah berprestij di bandar. Bagaikan kambing baru pertama kali masuk ke bandar,aku rasa janggal. Kawan-kawan pula tiada,maklumlah hanya aku seorang sahaja yang berani melangkah ke tingkatan enam. Mereka semua pergi ke kolej matriks. Nampaknya aku terpaksa mulakan dari bawah dalam bab mencari kawan. Tapi aku takut jika mereka tidak bersudi berkawan dengan aku.

    "hai,siapa nama?," seorang gadis bertudung labuh menegur aku,bertanyakan nama aku.
    "Azirah,tapi panggil Jirah saja," aku menjawab dengan senyuman,maklumlah aku nak nampak ramah mesra bila orang bawa aku bercakap. Manalah tahu gadis bertudung labuh ni boleh jadi kawan sekepala aku. Teringat pula kenangan ketika di tingkatan lima.
 
  Gadis bertudung labuh itu menjawab "eh,melayu pula awak ni. Saya ingatkan awak ni bukan melayu. Jadi saya kena cakap assalammualaikum dengan awak kan? Hehehe,nama saya Wirda tapi panggil ja Ida," dia membalas senyuman aku ketika itu. Aku pula terfikir,nampak tak melayu ke muka aku ni? Tapi aku tak kisah,mungkin first impression dia pada aku yang aku ni bukan muslim. Kalau aku bagitahu hal ini kepada mama,confirm mama cakap "aku dah kata dah,pakai tudung," dan bebelan seterusnya. Lebih baik jangan bagitahu mama.

  "Waalaikumsalam. hahaha,ye ke?," aku berkata dan tiada idea untuk menyambung perbualan seterusnya. Oh,kenapalah aku ni socially awkward? Aku dah lupa ke cara berkawan? Nasiblah Ida menyelamatkan perbualan canggung kami berdua dengan bertanya "awak dulu dari sekolah mana? saya dari sekolah menengah agama. Saya sebenarnya boleh sambung form six kat sekolah lama saya,tapi susahlah sebab ada belajar bahasa arab. Saya ni lemah dalam bahasa arab,spm pun...," banyak cakap juga Ida ni tapi aku terhibur juga mendengar. Selepas dia habis bercakap,maka aku pun menjawab soalan dia aku datang dari sekolah mana.

  "Saya datang dari sekolah perempuan tak jauh dari sekolah ni. Saya masuk form six ni pun sebab saya tak daftar pergi matriks masa saya tingkatan lima dahulu. Ramai orang kata form six ni susah tapi saya tak mahu berfikiran negatif jadi saya cuba-cubalah nak ambil STPM ni," punyalah banyak cakap aku ni. Sempat lagi tipu sunat yang aku tak sempat pergi daftar matriks. Padahal dulu masa aku tanya Papa kalau aku boleh pergi sambung belajar jauh dari rumah,dia tak bagi langsung.

  "Oh,ya?," selepas itu kami diam,tak tahu nak cerita apa. Tidak lama kemudian,senior kami tingkatan enam atas datang ke kelas kami. Nak bagi orientasilah tu. Malasnya tapi terpaksa terima juga. Kan sudah menjadi adat,apabila berada di tempat baru,orientasi harus diberikan bagi membiasakan orang baru dengan persekitaran lain. Sekolah dahulu tak sama dengan sekolah ni.

  Seorang pelajar lelaki dari tingkatan enam atas yang memakai kaca mata tidak berbingkai memberi ucapan kepada kami bersama-sama dengan geng dia di belakang,ataupun rakan-rakan sekelas mereka. "Kami ucapkan selamat datang kepada adik-adik baru kami yang baru sahaja melangkah ke dunia tingkatan enam," kemudian mereka semua termasuk orang-orang dalam kelas aku pun bertepuk tangan. Aku tak tahu apa benda mereka sorakkan. Kemudian pelajar lelaki itu memperkenalkan namanya "nama saya Zainal dan saya merupakan ketua menteri untuk parlimen sekolah,mereka semua di belakang ni adalah orang bawahan saya,iaitu menteri-menteri yang bertungkus-lumus memastikan keselesaan untuk para pelajar di sekolah ini...," dan banyak lagi dia cakap.

   Aku dan Ida duduk di belakang sekali dan di belakang tempat duduk kami ada sebuah pintu masuk juga. Ada senior-senior kami menyelit masuk dari pintu belakang kelas kami. Aku rasa seperti ada seseorang di belakang lalu aku pun pandang ke belakang. Seorang pelajar lelaki yang memakai kaca mata hitam,sama bentuk dengan Zainal,empat segi kecuali kaca mata dia mempunyai bingkai berwarna hitam dan plastik. Dia senyum kepadaku dan aku membalas senyumannya tapi bukanlah dengan senyuman gedik. Dia tidak memakai blazer berwarna merah gelap seperti Zainal pakai sekarang.

  Selepas habis sesi berkenalan dan memberitahu jadual program orientasi kami selama seminggu,di mana seorang senior perempuan bernama Nora meneruskan ucapan selama 10 minit untuk memberitahu dia merupakan ketua pembangkang dan sebagai pembangkang,dia mempunyai hak untuk menolak sebarang polisi parlimen jika didapati membebankan para pelajar di sekolah ini. Macam masuk dalam dunia politik pula. Kemudian cikgu pun masuk ke kelas dan bermulalah sesi pengajaran dan pembelajaran. Walaupun sebenarnya cuma memperkenalkan subjek-subjek tingkatan enam sahaja.

                                                 ********************************
   Waktu rehat aku pergi ke tandas bersama Ida. Semasa dalam perjalanan pergi ke tandas,kami bertembung dengan senior lelaki berkaca mata bingkai plastik warna hitam. Dia baru pulang dari kantin bersama gengnya,tiga orang perempuan dan tiga orang lelaki termasuk dia. Mereka masing-masing membawa makanan untuk dibawa ke kelas. Maklumlah,kantin di sekolah baru aku tu sempit,kurang tempat duduk. Lagipun hanya pelajar tingkatan enama sahaja yang diberikan keistimewaan untuk makan di dalam kelas. Senior lelaki yang memakai kaca mata bingkai plastik warna hitam itu melemparkan senyuman kepada kami. Aku nampak nama di name tag dia,Burhanudin Bakri. Ida mengusik aku "eh,ji? tenung lama nampak?," Aku cuma ketawa sahaja.

                                            **********************************
   "Azirah Hussain,awak masuk ke dalam group B," Seorang senior lelaki berbangsa cina menyebut nama aku mengikut senarai nama di clipboard miliknya dan menyuruh aku bergerak secepat mungkin ke group B. Aku tak sukalah aktiviti program orientasi diadakan pada waktu petang. Aku nak balik rumah dan tidur. Penat bangun pagi untuk pergi ke sekolah. Apatah lagi pergi ke sekolah baru,dengan suasana dan persekitaran baru. Nasib juga aktiviti hari ni diadakan di dalam dewan sekolah,terlindung dari panas matahari. Ida dan aku tak sama group,dia berada di group D.
 
  Ketika aku berada di group B,aku terkejut apabila melihat facie aku ialah Burhanudin. Dia senyum kepada aku dan berkata "hai," aku cuma menjawab "hello," Macam tiada jawapan lain lagi ni. Setelah selesai pembahagian group,para facie pun memperkenalkan diri. Kawan Burhanudin,seorang perempuan menjadi jurucakap memperkenalkan diri seolah-olah mereka yang lain tidak mempunyai mulut untuk berbicara "nama saya Ella dan ini kawan-kawan saya merangkap facie kamu kepada minggu ni. Sebelah saya Marlinah dan sebelah dia tu Burhan. Yang tengah berkhayal sambil tengok facebook dalam henpon,itu si Awang Mokhtar tapi panggil ja dia AWANG," ketika Ella menekankan suaranya menyebut nama "Awang" barulah mamat tu tersedar dan cuma berkata "sorry,teruskan," dan kembali melihat telefonnya. Ella menunjukkan muka tak puas hati dan menjeling. Kemudian dia menyambung semula "'hari ni aktiviti kita cuma memperkenalkan diri dalam group ini. Saya tahu,kamu semua saling tidak mengenali antara satu sama yang lain,oleh itu aktiviti ramah-mesra dijalankan bagi mengelakkan anda menjadi kera sumbang dalam masyarakat sekolah ini,"

  Punyalah pedas percakapan si Ella ni. Walaupun ada betul,tapi gunakanlah ayat yang lain macam "kurang kawan" ke,apa ke. Sungguh tak bertapis langsung percakapannya. Awang berhenti melihat henponnya dan menyimpan henpon tersebut ke dalam poket. Belum sempat Ella menghabiskan ayatnya,dia sudah mencelah "Ok,tanpa membuang masa dengan ucapan sia-sia, let's get this party started by telling us what's your name is," Mak aii,sempurna sungguh bahasa inggeris si awang ni,agaknya dia tentu pelajar terbaik dalam subjek MUET. Ella menjeling lagi si Awang,macam dia tak puas hati dengan perlakuan Awang sebentar tadi.

  Awang pun bertanya dengan seorang budak lelaki gempal yang duduk tak jauh dari aku. Agaknya dia datang dari kelas science. Sebab muka dia nampak nerd dengan tali leher yang sengaja diikat tinggi dan kaca matanya tebal. Mungkin kalau aku buka kaca matanya,tentu dia separuh buta. Jahatnya aku berfikiran sebegitu.

   "Kau,yang gemuk. Siapa nama?," si Awang ni aku perhatikan dia tidak mempunyai budi bahasa langsung. Dia mempunyai ciri lengkap charming bad boy. Ya,dia kacak tapi tak semestinya semua perempuan suka sama dia. Contohnya aku,aku tak berkenaan sangat dengan Awang Mokhtar. Manakala Burhan pula sejuk hati memandang,dia taklah kacak sangat tapi bila tengok rupanya,rasa rindu nak tengok sekali lagi. Eh,apa kena aku ni? Membandingkan Burhan dan Awang? Aku tak ada kerja lain lagi ke?

  "Eh,gadis comel yang tengah mengelamun tu. Masih di bumi atau di planet marikh dah?," mereka semua melihat aku dengan perasaan ingin tahu. Aku terkesima lalu aku cepat-cepat menjawab jawapan yang aku akan sesali seumur hidup,rasanyalah "kat bumi," terus mereka semua ketawa termasuk Ella,yang baru sahaja tarik muka masam tadi pasal Awang merampas peranan dia sebagai jurucakap facie kumpulan B. Awang senyum dan meraup mukanya sambil berkata "astaga,betul-betullah kau ni di planet marikh sudah. Ok,siapa nama kau?," Muka aku merah menahan malu menjawab soalan Awang "Azirah Hussain," Lepas tu Awang bertanya apa nama panggilan aku,aku pun menjawab "Jirah ja," Burhan yang ketika aku memandang aku masih lagi bersisa ketawanya tapi dia masih mampu tahan. Dia buat-buat muka serius ni.

                                  *********************************************

   Setelah selesai aktiviti hari pertama orientasi sekolah,aku pun duduk di bus stop sambil menunggu abang Chet mengambil aku. Haih,abang kesayangan aku tu memang selalu lambat ambil aku. Alasan utama dia "traffic jam la dik," kadang-kadang dia berkata "abang tadi jumpa kawan minum-minum," Macamlah boleh percaya sangat alasan dia. Aku nampak Awang balik menggunakan scooter berwarna hitam,dia ternampak aku dan melambai ke arahku sambil memanggil aku "alien Jirah," kurang asam betul si awang ni. Ida pula telah pulang awal. Boyfriend dia ambil dari sekolah. Wow,kejutan budaya terus ni. Belum pernah aku tengok boyfriend ambil girlfriend dari sekolah. Atau aku yang masih berada di bawah tempurung. Mental note,duduk di penjuru dinding dalam bilik dan berfikir. Macam betul ni aku nak buat begitu.

  Tiba-tiba ada seseorang duduk kat sebelah kanan aku,aku berpaling,rupa-rupanya Burhan yang duduk sebelah aku. Dia berkata kepada aku "Hai,Jirah. Balik mana?," Aku menjawab "balik ke rumah," terus aku tersedar. Bodoh benar jawapan aku tu. Kemudian dia ketawa,sambil berkata "epic answer,I like that,". Aku tersengih-sengih dan berkata "sorry,saya tak sangka jawapan sebegitu keluar dari mulut saya. Mungkin otak saya ni dah malfunction," Lagilah Burhan ketawa,aku pun ikut ketawa juga. Aku suka tengok cara dia ketawa,comel ni. Lepas tu dia berkata "oklah,saya balik dulu. awak hati-hati ya. besok jangan lupa pergi sekolah," aku mengangguk dan berkata "ok bang," dia berpaling kembali ke arahku setelah dia bangun dari tempat duduk dan berjalan selangkah,dia senyum sambil berkata "panggil ja burhan,umur kita pun bukan jauh beza juga," aku pun seperti burung belantuk mengangguk.

   Manalah abang Chet ni? Kepanasan sudah adik kesayangan dia menunggu di bus stop dekat sekolah seorang diri. Aku tersenyum sendiri apabila teringat beberapa jawapan "genius tahap kambing" aku tadi tu. Kemudian abang Chet pun datang dengan Myvi merahnya sambil berkata "sorry abang lambat...," memberikan aku 1001 alasan lapuk. Aku bagitahu mama ni karang.

akan bersambung.

Saturday, May 14, 2011

Kamu begitu berharga

Hidup ini hanya sekali,
Jangan pilih jalan mati,
Aturlah kehidupanmu sebaik mungkin,
Tak perlulah kau menunjuk-nunjuk.

Walaupun berada dalam kesengsaraan,
Simpanlah dalam hatimu sedikit harapan,
Janganlah hampakan diri sendiri,
Tunjukkanlah sedikit belas kasihan kepada diri.

Andai hatimu memaksa untuk berputus asa,
Gunakan akal untuk berfikir sejenak,
Adakah hidup kamu terlalu sia-sia?
Sehingga permintaan hati yang kotor kamu turutkan kehendak.

Kamu begitu berharga,
Usah membuang waktu untuk menangisi nasib,
Manfaatkan akal kamu sebaik-baiknya,
Jangan membuang air mata untuk nasib,
Kerana nasib boleh berubah jika rajin berusaha.

Monday, April 25, 2011

Aku ingin menjadi teman setiamu (part 1)

  Dari pandangan mata turun ke hati,lahirlah sebuah perasaan cinta. Rasa cintaku padamu adalah sebuah rahsia yang hanya diketahui olehku.  Walaupun pada suatu hari nanti jika aku dapat meluahkan perasaan aku ini kepadamu dan kamu tidak menerima luahan hati ini,biarkanlah aku mencintai kamu senyap-senyap.
   Nazihah menutup buku diarinya. Dia menulis perenggan tersebut khas untuk seseorang yang istimewa di dalam hatinya. Seseorang yang dia suka sejak hari pertama dia melihatnya. Dia menyimpan buku diarinya dalam sebuah peti kecil yang diletakkan di bawah katilnya. Diarinyalah penyimpan setia rahsia-rahsianya. Kemudian dia bangun dari katil dan berjalan menuju ke arah suis lampu dan memadamnya,lalu pergi berjalan balik ke katilnya dan berbaring sehingga matanya terlelap.
                                         **********************************************
   "Jiha,pinjamkan aku buku maths kau,aku belum siap lagi 2 soalan terakhir ni,nanti mampus aku oleh cikgu Wong," Aryana mematikan lamunan awal pagi Nazihah. Aryana merupakan kawan baik Nazihah sejak dari tadika,tambahan lagi mereka jiran sebelah rumah jadi persahabatan mereka akrab seperti adik beradik.  Nazihah bertanya "kau nak tiru ke atau minta tolong aku tunjukkan jalan kerja?," Aryana tersengih-sengih sambil berkata "nak tiru,boleh tak?" Nazihah menggelengkan kepalanya "no way,sini aku tunjukkan kau how it is done," Aryana sengaja menyepetkan matanya "taknaklah,lambat lagi kau tunjukkan jalan kerja,nak siap cepat-cepat," Nazihah berkata "itulah semalam aku tanya kau dah siap maths kau sibuk main playstation dengan Adi,sekarang ni baru terhegeh-hegeh," Aryana memberikan alasan "ala,aku fikir aku dapatlah siapkan maths lepas main playstation tapi rupanya inspirasi pun tak ada," Nazihah ketawa kecil,Aryana menyambung lagi "lagipun si Adi tu kesian aku tengok tiada kawan main game,aku pun temankanlah," kali ni dengan wajah tersengih-sengih. Nazihah senyum sahaja lalu berkata "Ada saja alasan kau ni,aku tahu kau jeles tengok adik aku si Adi main game tembak-tembak," Aryana ketawa. 
    Tiba-tiba satu suara mengejutkan mereka dari belakang,Nazihah terkejut lepas dia menyerahkan buku latihan maths kepada Aryana. Aryana pun turut terkejut dan mereka sama-sama mengalihkan pandangan ke belakang. Rupanya Fadhil,pengawas sekolah yang merupakan rakan kelas mereka. Dia suka mengusik Aryana dari mereka tingkatan satu sehinggalah ke tingkatan empat. Kebetulan pula mereka berada di kelas yang sama dari empat tahun yang lalu sedangkan Nazihah tidak berada di kelas yang sama dengan Aryana waktu tingkatan dua dan tiga.
       "Oh,kau nak meniru ya? Bagitahu cikgu," Fadhil mengusik Aryana
       "Eleh,dengkilah tu orang nak meniru,blekk," Aryana menjelir lidah dan membuat mimik muka menyampah. Fadhil ketawa dan menjawab "buat apa nak dengki dengan orang yang malas,baik aku dengki dengan kucing," Aryana membalas "jadilah kucing kalau dengki dengan kucing," sambil menjeling. Aryana malas bercakap dengan Fadhil,ada sahaja mereka gaduhkan. "aik cik kak? tak baik menjeling,nanti juling," Fadhil tersengih-sengih. Aryana geram lalu mengejek "Cik Fadhil-la,pergilah bertugas ya,jangan nak kacau-kacau orang di pagi yang mulia ni," Fadhil membalas kembali "yalah encik aryan," kemudian Aryana mencubit lengan Fadhil. Fadhil menjerit kesakitan "ni semutkah atau ketam ni?," Aryana menjawab selamba "dua-dua,nak rasa yang kala jengking lagi?," Fadhil menolak "hey,tak payah,tak payah,ganas betul awak ni," Nazihah melihat telatah mereka dan tersenyum,dia dapat rasakan yang Aryana dan Fadhil saling menyukai tetapi mereka tidak mengaku akan perasaan mereka,masing-masing ego untuk meluahkan perasaan.
    Nazihah berkata kepada Aryana setelah Fadhil berlalu pergi "jomlah kita bersiap,nak pergi perhimpunan ni," Aryana mengeluh "nilah sebab aku tak suka pergi sekolah hari Isnin,mesti ada perhimpunan,boringlah dengar Madam Clara berucap," Nazihah memujuk "sabarlah,nanti ada satu tahun lagi persekolahan,lepas tu tiada sudah perhimpunan," Aryana ketawa,dia suka mendengar lawak Nazihah walaupun ada sesetengah orang tidak faham akan lawak Nazihah itu.
   Ketika mereka berjalan menuju ke dewan sekolah,Nazihah ternampak seorang pelajar lelaki berjalan melepasi mereka bersama teman-temannya. Hatinya berdebar-debar ketika dia nampak akan pelajar lelaki itu,secara tidak sengaja dia tersebut nama pelajar lelaki tersebut dengan perlahan tapi mampu didengari oleh Aryana.
      "Taufik,"
Aryana memandang Nazihah lalu memandang Taufik yang sudah berjalan jauh di hadapan. Nazihah terkejut dengan kelakuannya sebentar tadi sera-merta beristighfar. Dia tak sangka dia tersebut nama Taufik,lelaki yang berjaya menawan hatinya di kala dia mengatakan tidak kepada perasaan cinta sewaktu masa persekolahan. Aryana bertanya "Taufik tu boleh tahankan?," sambil dia tersenyum. Nazihah menjawab "ya,tapi dia sudah mempunyai teman wanita," Aryana berkata dengan suara yang perlahan dan berharap tiada siapa yang mendengarnya "Fatin? tolonglah Jiha,aku dengar dia tu playgirl," Nazihah memukul bahu Aryana tapi perlahan "tak baik kau kata dia begitu,dosa tau kalau tak betul," Nazihah sebenarnya tahu akan perangai Fatin,teman wanita Taufik kerana dia pernah ternampak Fatin berjalan dengan lelaki lain,tetapi Nazihah cuba bersangka baik dengan menganggap lelaki yang berjalan bersama dengan Fatin merupakan sepupu walaupun mereka berjalan berpegangan tangan.
    "yang benar sih," Aryana mengajuk bahasa indonesia yang dipelajarinya dari menonton sinetron setiap petang.
    "yana~~~," Nazihah memberi isyarat agar Aryana jangan bercakap lagi,bimbang kalau-kalau didengari oleh Fatin atau gengnya.

-akan bersambung-
      

Tuesday, April 12, 2011

Sketsa : Pergi tandas

  Aku sedang duduk-duduk menikmati hidup di tempat kerja aku. Waktu itu sudah jam 2 petang. Telefon bimbit aku yang sunyi-sepi dari tadi pagi tiba-tiba berbunyi. Nada deringan,mp3 ringtone what the hell dari avril lavigne. Aku melihat nama di skrin telefon bimbit aku,Panda (bukan nama sebenar). Aku menjawab panggilan itu.
  
Aku: Hello,tiada orang di sini. Hehehe.

Panda: Haha,yalah tu.

Aku: Kenapa panda?

Panda: Aku baru balik dari rest bah ni. Kakak tu sama makcik cleaner belum balik lagi. Huhuhu

Aku : Hehe,dekat bah tu wawasan plaza sama tempat kerja ko. Hehehe.

Panda: Aku ni sebenarnya mahu pergi tandas tapi tandas kat luar opis aku. Ada bos aku sama klien dia bah. Pintu opis aku tu susah mau buka,mahu ada security number. Kakak tu sama makcik cleaner tu tahu number security dia,aku tak tahu bah.

Aku: What?? Buduh juga dorang nda bagi kau security password. Patut ko dari 1st day kat sana kena bagi bah.

Panda : Itulah tu. Pintu kat opis aku ne lain bah,kalau mahu masuk kena ada orang dari dalam buka. Ngam-ngam bos aku sama klien dia tempat dorang tengah berbincang dekat dengan button untuk buka pintu itu. Nda kanlah klien bos aku yang duduk dekat dengan button tu bukakan pintu untuk aku? Lagipun aku segan bah dengan bos aku ni. Tapi aku betul-betul nda tahan.

Aku: Buat muka tak malulah,jangan tahan,nanti kau sakit,nda aku mau melawat kau.

Panda: Tapi ada bos aku,aku masih nda biasa.

Aku : aku nda mau melawat ko di hospital membawa bakul buah-buahan

Panda: Tak payahlah kau bawa buah-buahan,kau bawa kfc ja untuk aku hihihi.

Aku :  Pandailah kau sana,hahaha. Ui,mana ko ne?

Panda : di opis aku,dekat dapur sebelah surau. Eh,tempat untuk sembahyang ni.

Aku: Bah,apa lagi? Kau ambil cawan,kencing kat sana,dalam cawan.

Panda: Tampar ko sana buduh!! wakakakaka!!!

Aku: Hehe,betul la bah. Kan ko nda tahan sudah. Kikiki.

Panda: Buduh,aku tampiling ko sana....hahahaha!

Aku :Ko guna 3T. Tarik,tunjuk,tembak. Tapi kalau perempuan konfem target nda berapa tepat macam lelaki.

Panda: Lucah kau ni gila!! Hahahahaha

Aku: Hehehe,yang betullah. Kan ko nda tahan sudah? Dari aku melawat ko di hospital bagus lagi ko kencing di cawan.

Panda: GILA!!!! hahahahaha,buduh kau ne...hahahahaha

Maka perbualan kami berterusan selama 2 minit. Terpaksa censored sebahagian perbualan kami.Akhirnya diakhiri dengan dia pergi tandas jua akhirnya. Aku pula menyambung menikmati hidup di tempat kerja.

Sebahagian perbualan ini diubah bagi tujuan hiburan semata-mata. Karakter sebenar diubah sedikit.

Tuesday, March 22, 2011

Bersiap-siap hendak pergi berjalan

Lipstick aku patah tapi aku tak kisah
Tak payah pakai lipstick pun tak apa
Tiba-tiba teringat pula ada spare lipstick lagi satu
Dalam laci di meja solek aku.

Paling aku malas waktu pakai celak mata
Lebih-lebih lagi yang cair punya
Kalau terkena mata pedih merana sengsara
Tapi hasilnya membuatkan mata kelihatan besar dari biasa.

Mencari baju lagi susah
Ada macam-macam gaya
Tapi bukan semuanya aku suka
Mahu baju baru dalam almari,aku minta-minta.

Susahnya jadi perempuan
Banyak betul dugaan
Terutama sekali waktu hendak berjalan
Banyak yang tak kena,sangat memeningkan.

Kenapa mahu pakai baju t-shirt dan seluar
jadi masalah?
Padahal aku cuma nak pergi pasar
Ooo...susahnya jadi perempuan.

Friday, February 18, 2011

Penantian

Jangan kau buatku begini,
Menanti jawapan yang tak pasti,
Jangan biarkan ku tergantung di sini,
Tertanya-tanya sendiri,

Sampai bila aku harus menunggu?
Aku cuma ingin kau disisiku,
Tak ingin aku menanti lagi,
Cukuplah hingga saat ini,

Mindaku sudah cukup berserabut,
dengan kelakuan keanak-anakanmu,
Andai kau mengerti
Perasaan hati ini,
Tolonglah kembali,
Janganlah lari,
Kalau tidak terus-teranglah disini,
Aku tak sanggup menunggumu lagi.

Wednesday, February 16, 2011

Rutin Harian (versi berirama)

Setiap hari aku bangun jam 5 pagi,
Selalu hatiku berbelah-bahagi,
Sama ada nak bangun atau sambung tidur 5 minit lagi,
Jangan,jangan tidur lagi. Nanti,nanti kau lambat lagi.
Maka aku terpaksa menentang kehendak hati semata-mata taknak
lambat pergi kerja lagi.

Bila waktu kerja,aku harus menghadap orang,
Muka mesti senyum berseri,
jangan murung macam muka diconteng arang,
Walaupun waktu bekerja aku lama tapi kerja aku senang sahaja,
ada cuti sabtu ahad dan hujung minggu juga,

Aku balik rumah dengan perasaan ceria,
Akhirnya aku dapat berehat dirumah,
Iya,iya aku dirumah. Boleh cas telefon dan main internet dirumah.
Pada waktu malam aku menonton tv sambil menikmati
makan malam yang dimasak tadi,
Lepas itu mata mula mengantuk dan itu tandanya aku harus tidur
dan menghadap lagi hari esok.

Bila aku fikir ini benda yang sama aku buat hari-hari,
Mahu bilang bosan tapi inilah hidup,
Kalau nak senang harus bekerja,
Kalau nak susah duduklah rumah menonton telenovela.
Haih,inilah kita,semakin tua semakin lupa makna berseronok,
Tapi walau bagaimanapun janganlah risau,
Hari ini susah besok akan senang.
Teruskan berdoa,jangan putus asa.
Bila suatu hari nanti kita pencen,pasti kita akan nikmati cuti juga.