Aku sebenarnya mempunyai cita-cita untuk menjadi penulis tapi bila aku rasa yang aku ni tak cukup hebat untuk menjadi penulis aku pun tukarlah kerjaya impian aku menjadi ahli farmasi. Aku pun tak tahu kenapa aku nak terlibat dalam bidang farmasi. Mungkin sebab aku suka tengok ubat-ubatan dan sains adalah subjek kegemaran aku (sori maths,I really hate you). Tapi suka ja tak cukup bila keputusan PMR aku menghumban aku ke kelas akaun. Aduh,pedihnya hati ini bila dapat kelas akaun. Banyak kira-kira betul,aku tak sukalah. Nasiblah subjek perdagangan dan ekonomi asas yang buat aku suka kepada akaun (sikit jalah,nda banyak).
Sebab aku suka belajar (ya,aku suka belajar. selama ni aku tipu ja aku nda suka belajar tapi cuma subjek tertentu ja) namun keputusan aku bukanlah boleh dibanggakan langsung. Sama ada aku ni sebenarnya memang lembab tahap siput babi atau aku rasa aku tiada bakat untuk menjadi pelajar cemerlang impian para cikgu. Hahaha,aku sebenarnya pegang kata-kata "belajar ja,pandai atau nda belakang kira janji pegang buku". Gila betul falsafah aku ni. Orang kalau belajar mesti pandai,yang aku pula bukan kisah sangat,janji ada pegang buku dan tulis nota.
Selepas aku developing rasa cinta aku kepada subjek berniaga dan kewangan ni,aku menyimpan cita-cita untuk belajar dalam bidang perbankan. Tinggi juga cita-cita aku untuk budak perempuan yang berusia 16 tahun. Walau bagaimanapun kecundang juga sebab aku tak tahulah kenapa. Memang bukan rezeki aku kali ni tau untuk mengorbankan diri jadi hamba kepada bank. Jadi aku pun bercita-cita masuk ke tingkatan enam. Okay selepas SPM aku memang tak tahu arah tujuan hidup aku. Eh,salah!!! sebenarnya selepas PMR aku tak tahu mana arah tujuan hidup aku. Aku akui dari aku sekolah rendah lagi asyik bertukar cita-cita saja. Sekejap nak jadi itulah,inilah macam tak tentu bah.
Masa aku tingkatan enam,mood aku belajar hilang lepas bapa aku meninggal. Jumpa lagi dengan kawan-kawan yang bakal menyusahkan aku kelak membuatkan aku terfikir. Apa tujuan sebenar hidup aku? Apa matlamat hidup aku sebenarnya? Apa dah jadi dengan aku ni? Banyak persoalan yang bermain dalam fikiran aku namun aku tak mampu nak menjawab semuanya. Aku tahu aku hidup susah sejak bapa aku meninggal. Aku tak mahu belajar,aku tak mahu buat apa-apa masa itu. Aku cuma mahu bersedih ja lagipun masa tu baru ja bapa aku meninggal dan aku perlukan masa untuk adjust hidup tanpa bapa setelah baru ja aku adjust hidup tanpa mama.
Jadi selepas STPM,aku tidak menerima lamaran dari mana-mana universiti untuk sambung belajar jadi aku bekerjalah. Dengkilah tengok kawan-kawan sambung study tapi setiap kali aku fikir begitu,aku terpaksa mengingatkan yang aku ni yatim piatu,tiada siapa yang dapat tanggung aku belajar. Sebab itu aku marah kalau nampak status kat facebook orang yang dapat sambung belajar ni komplen ja pasal study. Mereka dibagi peluang untuk belajar jadi teruskan ja la,bodohlah mereka ni mensia-siakan peluang. Hehe,tetiba ja emosi ni.
Aku rasa inilah perjalanan hidup aku walaupun dah banyak kali menyimpang dari laluan sebenar. Dalam hati aku berharap agar aku dapat sambung belajar juga. Biarlah lambat asal aku dapat pegang ijazah akhirnya nanti walaupun aku dah ada ramai cucu. Takpa bha,masih muda lagi,perjalanan hidup masih jauh. cuma aku kena rajin berusaha sajalah.

No comments:
Post a Comment