Saturday, March 12, 2011

mimpi semalam (atau adakah aku patut katakan pagi tadi?)

    Saya sudah berus gigi,makan,menonton tv,buat bodoh,telefon boyfriend dan mandi. Mood saya hari ni hendak update blog banyak-banyak. Terlalu banyak sudah idea dalam kepala ni meraung-raung minta dilepaskan. Ada dua karya amatur tengah pending minta dipostkan dalam entry blog. Oleh itu bagi mengelakkan sindrom cakap sorang-sorang,lebih baiklah saya post sekarang ni.

    Ehehe,skema kan ayat aku di atas tue? Biasalah,minta puji. Hahaha. Entry ini mengisahkan aku yang tertidur akhirnya pada jam 3.30 pagi tadi (layak ke mimpi pagi digelar mimpi semalam?). Oklah tanpa aku membuang tenaga menaip banyak-banyak,aku nak berceritalah ni. Teknik tulisan berangkai digunakan bagi mengembangkan mood penceritaan.


    Kisah ni merupakan secebis dari mimpiku...
Aku bangun dari tidur. Sunyi waktu pagi ini,perabot dirumah kelihatan dalam susunan biasa. Tapi aku tak nampak abang aku tidur di kerusi panjang seperti biasa. Mungkin dia sudah pindah masuk ke dalam bilik. Aku hendak memberus gigi,rutin biasa. Setiap pagi setelah aku melangkah masuk ke dalam bilik air,aku mesti senyum tayang gigi depan cermin sebelum memberus gigi.  Aku tidak tahu kenapa aku berbuat sedemikian tapi itu dah memang tabiat aku. Gigi aku walaupun kuning tapi belum rosak lagi. Gigi kuning terjadi apabila terlalu banyak minum kafein dan merokok. Aku lebih banyak minum kopi dari merokok. Ketika aku senyum menayang gigi,aku terkejut besar. Gigi aku rosak!!! Bukan rosak yang biasa,aku kenal akan jenis kerosakan itu. Kerosakan akibat terlampau merokok. Aku sesak nafas,tak sanggup menerima kenyataan ini. Aku tak puas hati lalu melihat kembali gigi aku,betul-betul aku periksa. Iyalah,rosak dah. Kuning berabis macam gigi seorang perokok tegar (aku tahulah sebab aku dah nampak) aku tak mahu gigi aku jadi macam begini. Aku menangis ni tapi seingat aku dah beberapa bulan dah aku tak merokok,mustahil gigi aku jadi macam begini. Tiba-tiba...


    Azan subuh berkumandang. Oh,rupanya mimpi saja. Tapi menggerunkan ni. Adakah sebab aku terlalu kepingin untuk merokok kembali? Adakah aku ni sebenarnya tidak mampu melawan ketagihan gila ini? Tak apa,ini cuma nafsu semata-mata. Aku boleh tahan.


    Macam aku obses dengan diri sendiri. Memang pun aku obses dengan diri sendiri. Kalau blog aku ni dibaca,tolong jangan menyampah dengan ayat-ayat berunsur narsistik aku. Hehehe,bagaimana begitu? Aku pun nda tau. Sampai sini sahaja entry aku ini. Sekian.

No comments:

Post a Comment