Tuesday, March 15, 2011

Sesungguhnya Tuhan sayangkan kita...


Gambar ini sebenarnya dari facebook. Kawan aku cik Panda (hehehe,my sole sole) tagged aku dalam gambar ni along with her other friends. Aku suka melihat kata-kata dalam gambar ini sehingga aku menitiskan air mata apabila satu ayat kat atas ini berkata "sometimes Allah take everything away from us so we can learn the value of everything He gave us". Kehilangan mak bapa membuatkan kami adik-beradik hilang arah. Apatah lagi jarak pemergian mereka tidak lama,selang setahun. Aku belum lagi puas bermanja dengan mereka sebenarnya. Kadang-kadang aku dengki ni tengok orang lain dapat bermanja dengan mak bapa mereka tapi aku terpaksa ingatkan diri sendiri yang aku harus menerima hakikat mak bapa aku sudah tiada. Ayat-ayat kat atas ni dapat juga aku kaitkan serba-sedikit dengan hidup aku. Mungkin jika ada orang baca blog aku ni,kaitkanlah ayat ini dengan hidup kamu. Allah SWT memberi ujian kepada hamba-Nya kerana Dia sayang akan hamba2-Nya.

Sometimes Allah breaks your spirit to save your soul
Aku suka sukan taekwondo. Aku pernah angan-angan ni mahu masuk Sukma dalam pertandingan taekwondo. Aku berusaha kuat-kuat untuk menang dalam pertandingan peringkat sukan sekolah.500,600 push up? 400 sit up? 500 squat? semua sudah aku buat. sparring 5 minit tanpa henti pun aku dah rasa,sampai mau pitam ja tapi aku paksa diri ni. Jogging? 6 round keliling padang merdeka,kota kinabalu sudah. Jogging naik turun bukit pun sudah sampai macam mau putus kaki. Lutut aku sakit,aku demam tapi aku nda kisah ni,aku betul-betul mahu menang masa tu. Aku pernah dapat nama gelaran "lembu" (aku tak tahu kenapa mesti lembu) sebab masa aku sparring aku tahan sakit dan makin agresif bila diserang. Sebenarnya aku tahan sakit ja dipukul,berpegang kepada prinsip coach aku "semua orang makan nasi,tiada orang makan besi". Tapi semua usaha aku sia-sia. Aku gagal ni dapat sebarang pingat. Orang yang baru pertama kali masuk pertandingan,pangkat talipinggang rendah dari aku dapat perak. Malam lepas habis pertandingan aku menangis. Betul-betul kecewa dengan diri sendiri. Malu dengan semua orang yang mengharap aku untuk membawa pingat emas. Masa tue aku tingkatan 5,nak amik SPM. Lepas habis SPM,aku masih lagi ikut taekwondo,coach offer ikut pertandingan terbuka. Hatiku berbunga kembali,tapi apabila aku meminta izin dengan bapa aku,bapa tak bagi. Dia bilang nanti aku cedera-parah,tulang patah dan tiada siapa mau hantar ke tempat pertandingan. Harapan aku untuk masuk skuad taekwondo Sabah hancur sekali lagi. Tapi lihatlah sekarang,jika aku atlet taekwondo sabah,aku tentu tidak mempunyai masa melihat dunia kerana masa aku sering dihabiskan dengan aktiviti ini. Tentu aku mengalami tekanan yang tinggi untuk mendapatkan pingat emas dan menjadi wakil malaysia. Sedangkan taekwondo dulu merupakan minat aku. Jadi Allah patahkan semangat untuk menyelamatkan jiwa aku dari mengalami tekanan asyik ingin menang saja.

Sometimes He breaks our heart to make us whole
Patah hati bukan bermaksud cinta saja. Banyak perkara yang boleh menyebabkan kita patah hati. Patah hati aku disini adalah gagal masuk ke universiti. Sedangkan itu merupakan janji aku kepada bapa aku ketika dia masih hidup. Tapi memang salah akulah juga sebab aku terlalu terlibat dengan masalah kawan-kawan hingga aku sendiri yang sakit oleh kawan-kawan aku. Tengoklah sekarang,mereka dapat sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi tapi aku masih lagi ketinggalan. Walau bagaimanapun Allah sayangkan hamba-Nya. Tiba-tiba saja aku dapat kerja jadi tukang jaga kedai/cashier kat sebuah kedai runcit persendirian. Banyak benda aku belajar ni,bukan setakat pasal kerja tapi pasal kehidupan orang. Sejak aku bekerja ni,aku lebih memahami orang lain. Mungkin jika aku sambung belajar,aku masih lagi berperangai tidak matang (bukan keanak-anakan,besar bezanya).

Sometimes Allah allows pain so we can be stronger
Pain kat sini maksudnya sakit. Hahaha. Ndalah,hati yang sakit akibat masalah-masalah,kehilangan dan kekecewaan dalam hidup menjadikan kita lebih kuat kerana kita belajar dari pengalaman kita yang memedihkan. Apabila kita menghadapi perit kehidupan,kita akan menjadi lebih matang dan tabah dalam menjalani kehidupan. Contoh,jadi yatim-piatu. Pengalaman pedih tu.

Sometimes Allah send us failure so we can be humble
Hmm,aku setuju dengan ayat ni tapi aku tak tahu nak kaitkan dengan contoh apa. Tapi aku pernah dengar pepatah ini "gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya". oleh itu apabila kita berjaya,jangan sekali-kali bongkak sebaliknya ingatlah kegagalan dahulu dan merendah diri dengan kejayaan yang telah dikecapi.

Sometimes Allah allows illness so we can take better care to ourselves
Sakit tu rahmat. Bila kita sakit,kita harus ingat Allah. Hanya Allah sahaja yang mampu menyembuhkan kita. Sakit maknanya berehat dari aktiviti seharian kita. Sakit maksudnya kita harus memanjakan diri sendiri. Bukan pergi spa dalam konteks memanjakan diri sendiri. Oleh itu bila kita sakit,kita mesti berehat. Tapi kalau sakit tak teruk,janganlah pula mengada-ngada sana. hahaha.

Sometimes Allah takes everything away from us we can learn so we can learn the value of everything He gave us
Sudah aku jelaskan kat first paragraph. Sekarang aku lebih menghargai keluarga aku.

Make plans but understand that we live by Allah's grace
Kita hanya mampu merancang tapi hanya Allah yang menentukan :)

Oklah sampai sini sahaja entry aku. Aku perasan macam makin pendek pula perenggan aku. Hehehe.

p/s:aku baru ja dedahkan separuh daripada kisah hidup aku.

No comments:

Post a Comment