Apa khabar orang-orang Malaysia yang tinggal dan belajar di Jepun? Kenapa aku mula begini entry blog aku? (aku terpaksa menaip cepat kerana adrenalin rush) Lepas aku balik kerja,aku dengar berita Jepun gempa bumi 8.9 skala richter. Pastu ada tsunami. Kejadian ni berlaku di utara Jepun. Sebanyak 53 buah negara diberi amaran tsunami. Malaysia area Sabah dan Sarawak pun kena bagi amaran berjaga-jaga. Siapa-siapa yang tinggal di laut (akulah antara penduduk2 yang tinggal di laut) harus berjaga-jaga. Memang konfem tak tidur malam ni,jadi burung hantu berjaga dari tidur. Takut bha. Boyfriend aku dan kawan aku kol pasal kejadian gempa bumi ni. Tapi bunyi aku macam nda serius bila aku membalas telefon dorang. Sebenarnya aku takut betul,takut amat-amat. Itulah cara aku menunjukkan aku takut,nda serius. Habis klu aku panik,konfem suma akan panik.
Air laut lagi sekarang tengah pasang. Minta-mintalah tiada apa-apa jadi. Gerun rasanya pula bila menonton berita tadi pasal tsunami. Lagi gerun tengok air pasang pula sekarang ni tapi sangat menggerunkan klu tiada air pasang. Aih,nda tentu bha perasaan sekarang tapi perasaan paling utama ialah risau. Harap-harap penduduk yang tinggal di laut,hujung sekali tue silalah bungkus pakaian anda cepat-cepat. Nanti macam taufan Hagibis pula hari tu yang berlaku pada hujung tahun 2007 (keesokannya harinya aku ada paper spm perdagangan),hampir roboh jambatan kayu (tu dahulu,sekarang jambatan batu) tapi ciptaan manusia ba tue.
Harap-harap tiada apa-apa yang terjadi. Amin ya rabbal alamin. huhuhu
sekian...
No comments:
Post a Comment