Wednesday, February 23, 2011

matlamat hidup

  Apakah itu matlamat? Maksudnya apa? Makanan ke? Atau sejenis senaman? Oh,salah jika matlamat itu dianggap sebagai senaman ataupun makanan. Hahaha,aku acah ja tu,sahaja bagi statement yang minta pelempang walaupun aku tak inginkannya. Hehe,mari kita teruskan blog ini.

 Matlamat ini mempunyai dua. Satu matlamat jangka panjang,satu lagi matlamat jangka pendek. Matlamat jangka panjang melibatkan perancangan yang teliti dan proses yang perlahan untuk memastikan sesuatu matlamat yang ingin dicapai berjaya serta halangan-halangan sepanjang matlamat ini dapat dilalui dan diselesaikan. Contoh matlamat jangka panjang ialah beli rumah. Mula-mula simpan duit pastu pilih rumah,kena sedia kertas kerja untuk beli rumah dan voila! rumah jadi milik sendiri setelah perancangan dan proses-proses yang menyakitkan jiwa tetapi berbaloi dihujungnya. Itupun kalau tiada isu ditipu pemaju lagi atau kawasan perumahan yang bakal diduduki atau sedang diduduki tidak selamat, bla bla bla(ngamlah aku jadi pemusnah impian orang,ayat aku akan membuatkan ramai orang berfikir lebih dari dua kali untuk beli rumah lepas ini hahaha) . Matlamat jangka pendek pula simple,contoh lepas balik kerja nak mandi awal. kalau mandi awal,ertinya matlamat dah tercapai tapi kalau masih lagi duduk tengok tv,update blog,main facebook(macam aku ja ni) ertinya tersasar dari matlamat ingin mandi awal.

  Setiap orang dalam dunia ni mempunyai matlamat hidup mereka sendiri tak kira matlamat jangka pendek atau jangka panjang asalkan namanya matlamat. Tipulah bilang "aku mana ada matlamat hidup" sebenarnya dia tipu ja tue,siapa yang tak terfikir kan cuma dia taknak fikir mungkin sebab dia rasa terlalu awal dan belum puas enjoy life atau dia malu,kurang selesa nak cerita. Aku pun ada matlamat juga,mungkin tak jauh beza dari orang lain macam ingin sambung belajar,kahwin,beli kereta audi(uina,jauhnya cita-cita ini). Maka aku pun senaraikan matlamat jangka pendek aku dulu lepas itu baru matlamat jangka panjang

MATLAMAT JANGKA PENDEK
-tukar kerja kepada kerja yang lebih baik.
-mesti ada lesen memandu.
-beli handphone baru.

MATLAMAT JANGKA PANJANG
-sambung belajar sampai peringkat master.
-beli kereta.
-kahwin sebelum umur 30 tahun.

  Matlamat jangka pendek ni boleh dicapai dalam masa 3 tahun tapi matlamat jangka panjang boleh menjangkau sehingga 10 tahun bergantung kepada pelaksanaan dan prosesnya.

  Kenapa aku letak kahwin sebelum umur 30 tahun sedangkan kalau sudah jodoh,boleh kahwin bila-bila masa sahaja? Sebab aku nak fokuskan dulu kepada aktiviti cari duit. Kahwin umur 25,26 okey ja bha asal tidak melebihi 30 tahun sebab aku nak mulakan keluarga pada umur 30 (syukur aku nda taruh nama sebenar dalam blog ini,aku perlukan keberanian untuk meluahkan perkara ini). Hehe,awal lagi aku plan masa depan aku. Tapi aku berserah ja lah,manusia hanya mampu merancang,Tuhan yang menentukan.

  Sementara aku berusaha mencapai enam matlamat ini,aku telah memulakan perancangan sepanjang hayat. Menyimpan duit. Gerun bukan? Terpaksa menahan hati nak shopping baju mahal dan make-up hanya untuk simpan duit demi masa depan. Tapi kesusahan masa sekarang adalah kesenangan masa depan. Fikir positif. Boleh shopping tapi kena kawal nafsu,boleh dapat pahala kawal nafsu beli-belah ni,percayalah. hahaha. Walaupun sikit tapi bak kata peribahasa simpan sikit-sikit,lama-lama jadi bukit. Ada gunanya nanti duit yang disimpan ni.

  Berbalik kepada matlamat,aku berdoa agar semua ini dapat dilaksanakan. Aku tak mahu ada tekanan ketika menjalankan matlamat ini,kalau boleh biarlah perancangan yang dijalankan ini lancar seperti sungai mengalir. Tapi semestinya sungai yang mengalir tenang datang daripada air terjun yang melalui batu-batu dan mengalir deras ke bawah. aisehmen,berbunga-bunga bahasa aku ni namun apa yang aku cakap ni betul,mesti ada halangan Tuhan bagi,ujian yang diuji ketika kita dalam keadaan tidak sedar.

  Tujuan aku menulis entry ini sebab aku bakal berusia 21 tahun jadi aku akan melalui satu lagi peringkat dalam hidup. Muhasabah diri amat diperlukan bagi membantu memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik tapi tentunya tidaklah sempurna kerana kita ni manusia. Manusia pasti akan melakukan khilaf dalam kehidupan (aiseh,ni semua jasa cikgu bahasa malaysia aku walaupun aku dapat B ja dalam subjek ni). Oklah,sampai sini sahaja entry aku. Semoga matlamat-matlamat aku dapat dilaksanakan. amin :)

No comments:

Post a Comment