Monday, February 28, 2011

Kenyataan yang membuatkan aku sedih dan tekanan

  Haih~~ sudah berapa ramai kawan sekolah aku dulu jumpa aku dan bilang "ui na berisi sudah ko ne" nda pun bilang "gumuk juga kau" dan lain-lain komen yang memang aku sedar kenyataan badan aku dah tembam sikit. Ya,aku memang dah sedar sejak seluar jeans saiz 32 aku dah tak muat. Tapi silalah jangan tegur right in my face,just bilang "eh,makin hepi sudah kau ne" nda juga aku kecil hati sebab tue bahasa tersirat untuk menyatakan bahawa aku dah gemuk. at least aku ada teori2 yang boleh menyokong kenapa aku nampak "bahagia".
 
  Kenapa aku menulis entry sebegini? sedangkan selama ini kawan-kawan sekolah dahulu yang aku pernah terserempak sebelum ni bilang aku gemuk aku wat tak kisah ja. Ceritanya bermula begini (masa inilah aku menggunakan teknik penulisan berangkai untuk menaikkan mood bercerita)

 Pada waktu petang yang indah di hari ahad,aku dan kakakku berjalan-jalan di Taman Perdana di Tanjung Aru. Kami bercadang untuk pergi ke tempat itu sejak Taman itu dibuka namun belum ada kesempatan sehinggalah hari ahad itu. Kami berjalan kaki dari rumah (sebab rumah kami di Tanjung Aru) menuju ke Taman Perdana. Setelah tiba di taman itu,kami menikmati pemandangan indah di situ. Kami berjalan di atas trek oren dan melihat ramai orang awam yang berjalan kaki dan juga berjoging di trek itu. Perasaan melintasi trek oren ketika waktu acara tahunan sekolah di stadium likas dahulu kembali. Kelembutan trek dapat dirasakan di tapak kaki walaupun cuma memakai selipar jepun jenama crocs. Kami bergambar,berjalan dan melihat pancutan air yang menari. Waktu itu menyeronokkan. Tiba-tiba aku ternampak kawan aku dahulu ketika sekolah rendah dan sekolah menengah. Dia sememangnya cantik persis model dengan ketinggiannya yang memang cukup. Dia seolah-olah terpaksa bila nampak aku yang berjalan ke arahnya. Sebenarnya aku tak ingin menegur dia tetapi apabila aku nampak ada keluarganya,maka aku pun menegurnya sahaja. Apa yang dirugikan? cuma bual-bual kosong sahaja dan aku kena pastikan perbualan kami singkat kerana aku cemburu melihat bentuk badannya yang langsing. Kami pun bertanya khabar tetapi cuma dia sahaja yang bertanya apa aku buat sekarang kerana aku tahu yang dia sedang belajar di universiti,dalam kursus kejuruteraan. Dia berkata yang dia cuma berjalan-jalan sahaja di sini. Dia menjaga bentuk badannya yang sememangnya cantik itu semata-mata untuk acara dinner minggu depan. Dia berkata dia sudah beli baju,jadi dia harus menjaga bentuk badan agar muat dress yang dia beli itu. Aku pun iyakan sahaja tapi aku seperti mempunyai deria keenam yang dia akan berkata sesuatu mengenai badan aku. Aku bersedia dalam tiga saat keadaan mental aku apabila aku bakal ditanya mengenai soalan ini. Ternyata jangkaan aku betul. Dia berkata badan aku semakin berisi,aku cuma senyum dan menjawab "ya" sambil tersengih-sengih. Pada mulanya ayat "...semakin berisi" tidak meninggalkan kesan kepada aku. Biasalah aku dapat komen begini dari kakak aku juga. Namun semakin lama,beberapa minit kemudian,aku terasa pula. Apa lagi yang menegur aku ni memang cantik orangnya. Dia berkata "kau ngam joging,badan kau berisi" seperti perkataan "berisi" menekankan fakta bahawa aku memang gemuk. Ayat itu melekat di kepala aku sehingga aku berasa aku ni tidak berguna. Aku bukan triple threat(cantik,bijak,berbakat) aku cuma loser yang tahu bahawa jika "kau tidak berusaha,kau dibawah" dan usaha aku boleh dikatakan biasa atau tengah-tengah antara bagus dan tidak bagus. Terus aku terasa tertekan dengan diri sendiri.


  Begitulah perasaan aku. tekanan gila!!! dahlah tertekan,gila pula. Aku benci tengok diri-sendiri. Aku bukan cantik,pandai pun tidak apalagi berbakat. Kawan aku ada bakat melukis,terer matematik dan cantik. *mengeluh* aku rasa cukuplah komen gemuk ni,aku dah tak tahan lagi.

  Sampai sini sahajalah blog aku hari ni. Sekian :)

No comments:

Post a Comment