Nilah kali pertama aku baru buat blog. aku sebenarnya dengki tengok kakak aku buat blog tapi aku nda taw maw tulis apa dalam blog aku lagipun aku bukan terer sangat tulis blog dalam bahasa inggeris macam kakak aku tulis. Oleh sebab aku noob jadi aku kena bersabar dengan diri sendiri tem buat blog,huhu.
Sebab aku rasa teruja sekarang kerana berjaya membuat blog,aku kena mengucapkan tahniah kepada diri sendiri (tahniah cik Kee,awak berjaya buat blog) hehe,makasih kepada diri saya yang sanggup memuji saya hahaha...
Nampaknya mulai malam ni(sebab aku wat blog baru ne pada jam 8.54 mlm) aku harus rajin update blog aku,meluahkan perasaan yang aku tak boleh luahkan dalam realworld,chewah statement minta pelempang bha ne.
Klu sesiapa yang baca blog aku(harap2 ada yang sudi baca) mesti akan perasaan penggunaan perkataan "bha". hehe,aku asal dr sabah bha,orang kuat kota kinabalu(konon). aku memang tak pernah keluar dari sabah kecuali pergi ke brunei tue pun 10 tahun yang lalu. aku keturunan brunei tapi orang sabah jatilah. klu orang brunei bawa aku cakap brunei,konfem aku nda pas huhu~ nama ja brunei tapi dibawa cakap brunei,kalah terus.
Oklah,aku nak menghias blog aku ni dulu. terus-terang aku cakap,aku teruja giler buat blog aku hahahaha (kesian aku,dhlah teruja,giler lagi) bha jumpa di next entry k.
No comments:
Post a Comment