Baru ja aku buat kemunculan pertama aku tadi rasanya setengah jam yang lalu,aku buat kemunculan kedua. hahaha,ketaralah aku ne dah mula ketagih tulis blog memandangkan klu nak update status facebook aku,memang akan menjadi terlalu panjang dan boring utk d"like" dan dikomen. hahaha,sebenarnya status facebook aku bukanlah panjang sangat pun tapi ye lah,dh boring aku asyik update status ja. orang pun bosan maw like status aku. tapi aku heran dengan facebook sepupu2 aku di brunei,rjin betul orang2 di sana like status walaupun status dorang tue "duh,whatever~". kenapa begitu ar? klu aku nak tanya mungkin jawapan dorang "suka hati ku lah ku kan like status urang,knp kan kau sibuk?" (suka hati aku nak like status orang,kenapa juga aku nak sibuk). hehe,btl juga. apasal aku nak sibuk kan? baik aku sibuk buat hal sendiri.
Tadi masa aku hias blog,aku rasa susah sangat. dahlah aku noob tahap dewa,baru kenal apa itu blogspot. sori aku ada blog lain dahulu tapi tak aktif sebab aku lupa passwordnya(sangat menyedihkan,dah cantik blog tue aku hias,huhu) tapi blog lama tue bukan blogspot. sekarang tukarlah produk baru,baru ada perubahan hahaha. Ok,berbalik kepada cerita menghias blog. Aku rasa macam nak hempas ja laptop ni,aku google search layout yang cambest utk blog aku tapi nak kena download,aku malas nak download sebab aku guna broadband (digi ok hehe) tapi aku desperate nak pakai layout lain,skali aku try copy paste,aik naa teda apa2 yaw. pastu nak tukar template,google search template lain,sekali aku download ( cuma sekali download ) dan upload,nda pula dapat dibaca tue HTML. dalam hatiku berkata "lawalah,jahanam betul," pastu aku delete template yang aku download (may u RIP inside the recycle bin waiting to be empty)skalinya aku perasan blog ne dah ada sediakan template designer,aiseh~ maka aku pun gunakanlah kelebihan template designer utk menghias blog aku.
Selepas selesai hias blog aku sikit-sikit,aku lapar. hehe,biasalah cuaca sejuk,dari pagi sampai petang kk ni asyik hujan saja hari ni jadi memang patutlah aku rasa lapar. Jadi aku tutuplah laptop kecil aku ni dan pergi ke dapur mencari makanan. makan nasi dan lauk daging masak lada hitam,nyum~ punya sedap =D
Semasa aku makan nasi dan lauk kegemaran aku tue( ya,daging masak lada hitam tue peberet aku) adakah patut aku berniat nak tulis entry sekali lagi. aku cuba menenangkan diri dengan berkata kepada diri sendiri(dalam hati) "ui,sabar2 ba ko maw update blog,bisuk pun ko ble update bha" namun aku nda tertahan lagi lalu lepas makan aku pun dengan ghairahnya membuka kembali laptop (terdapat penggunaan perkataan yang agak melampau) dan menulis entry kedua ni dengan tajuk "fuiyo!!!". hahaha,aku harap lepas ni aku tak hangat-hangat tahi ayam untuk update blog aku. aku mesti rajin tulis hari-hari (itupun klu aku nda penat).
Oklah,sampai sini sahaja. selamat malam,besok aku kena bangun awal temankan kakak aku pergi pasar.
No comments:
Post a Comment