Sunday, February 20, 2011

petang indah di hari ahad

  Pada waktu petang ini,aku rasa sangat malas tambahan lagi besok dah hari Isnin. Aku tak tahu nak buat apa petang ni selain check facebook dan update blog. Tv pun tiada rancangan best petang-petang gini kecuali jam 6 petang barulah bermula rancangan best di channel Diva Universal. The Real Housewives of New Jersey,Fashion Show: Ultimate Collection dan Oprah Winfrey Show adalah rancangan yang aku tak sabar-sabar nak menonton bagi menghabiskan sisa hujung minggu ini. Aku malas nak angkat kain sekarang memandangkan aku jemur kain tadi waktu tengahari,konfemlah kain-kain tue lambat kering. Mahu main Tekken,console PS2 tak tahu mana abang aku simpan. Tapi kalau aku main pun konfemlah abang aku nak join dan membelasah aku memakai watak Lee sementara aku kalah memakai bermacam-macam watak dalam Tekken itu. Haha,buat malu ja aku ni,boleh2 noob main Tekken dengan abang aku yang baru kenal game itu 1 bulan yang lalu.
   Oh,perut ini terasa lapar yang amat pula. Tadi tengahari aku tak makan,bukannya nak diet(tipu,aku memang tengah diet) tapi aku makan mee goreng jam 12 tengahari. Memanglah tak hairan makan mee goreng jam 12 tengahari tapi mee goreng itu sarapan aku yang aku makan pada waktu tengahari. Dipendekkan cerita yang memang pendek,kami serumah lambat bangun,abang aku bangun nak dekat jam 10 pagi dan balik hampir-hampir tengahari semasa dia membelikan sarapan untuk aku dan kakak aku. Jadi aku yang waktu itu bersusah-payah menjemur kain sementara kakak aku tengah chat dengan kawannya dari Jerman,maka kami pun lambat sudah untuk menikmati sarapan kami. Aku rasa aku patut taruh ni " " pada perkataan sarapan tapi untuk apa? Ternyata aku ni sudah semakin sot.
   Selena Gomez approved friend request aku dalam facebook. Aku tak pasti adakah dia Selena Gomez yang sebenar atau bukan tapi aku tengok macam profile dia ja. Tapi bosan ni sebab dia kurang update facebook dia,biasalah artis Hollywood ni ada dua sebab ja dorang kurang update facebook dan twitter dorang. Pertama,dia tidak berapa terer dalam ilmu internet(mustahillah Selena Gomez tak tahu main internet,umur macam umur anak buah aku,belasan tahun) dan kedua amat sibuk. Aku rasa sebab kedua ni masuk akal sikit sebab masih muda lagi Selena Gomez tue jadi time ginilah dia hot giler.
  Aku rasa ini sahajalah bebelan aku pada petang ahad ini,aku nak habiskan sisa hujung minggu ini dengan keluar dari bilik dan mengambil udara segar sekejap lepas tue aku buat mana-mana aktiviti berkenaan seperti cuci piring dan menonton tv. Nampak sangat aku ni tiada life,hahaha. Ok,jumpa lagi :)

No comments:

Post a Comment