Monday, February 14, 2011

hari valentine...ooo,okay~

   Aku sebenarnya tidak menentang hari valentine ni tapi tidak juga menyokong. Boleh dikatakan aku ni atas pagar. Bagi aku valentine ni macam halloween. Ada public holiday dorang (yeke,boleh pakai ke fakta aku ni?) di U.S. Aku sememangnya tak sambut halloween pun tapi aku tak menentang gak. seronok ni tengok orang luar sambut halloween dan valentine. Okay,hampir-hampir tersimpang pergi halloween(tak hairanlah esei sejarah dunia aku boleh-boleh dapat 15 pasal terer menyimpang dari konsep asal).

 Hari ni ramai pasangan kekasih berdua-duaan,bertukar-tukar hadiah. Hadiah yang paling femes ialah teddy bear,cokelat dan bunga ros. Masa inilah juga orang-orang single akan cuba bertapuk(bersembunyi) bawah katil,tidak mahu keluar rumah. hehe,ayat melampau aku :p. Nda la bha,janganlah bha begitu wahai orang-orang single,kasik terbaliklah hari valentine ni jadi hari perjumpaan kelab bujang lelaki wanita. wahahahaha...jahatnya aku mentang-mentang aku dah ada boyfriend.

 Ya kan,walaupun aku ada boyfriend tapi aku nda sambut dengan dia bha. ada beberapa faktor kenapa aku tak sambut valentine.
 +Aku Islam jadi para ilmuwan Islam berkata tak perlulah sambut valentine.
 +Hari Valentine jatuh pada hari Isnin,hari bekerja. Malam aku perlukan rehat dan update blog.
 +Aku ada anniversary bulan march ni dengan boyfriend aku. bagi menjimatkan bajet,aku hanya sambut anniversary sahaja dengan bertukar-tukar hadiah.sambutan ala kadar sebab hari anniversary kami pun jatuh pada hari Rabu..(cis)

 Tapi aku ada sms dia petang tadi bilang "will you be my valentine?" pastu dia reply "I will". Ouuo~~ n_n hahahahaha. Kata tak sambut tapi ingin aku ulang ayat perenggan pertama "atas pagar". Tidak menyebelahi mana-mana pihak pun. Mungkin satu-satunya waktu aku menentang valentine's day adalah ketika aku berada di tingkatan enam atas di sebuah sekolah lelaki yang menerima pelajar perempuan untuk mengambil sijil STPM. Punya aku cemburu tahap kambing biri-biri tengok kawan-kawan kelas aku dengan kapel masing-masing sambil berharap dalam hati "kalaulah aku ada sidia waktu ini..." namun aku cuba mengawal diri(kesan pengaruh rakan sebaya). sedangkan di waktu sekolah menengah aku steady ja cuma waktu hantar coklat kepada teman-teman dari sekolah lain,aku agak berdebar nak hantar coklat kepada sorang budak lelaki yang aku minat dulu. Dia sekolah lelaki,aku sekolah perempuan(how irony our schools is neighbour) pastu aku batal niat nak hantar coklat. Sebab waktu tue belanja sekolah tak mengizinkan(see,this is why aku suka betul zaman bekerja) dan aku malu tahap gaban. hahahaha,cinta monyet dulu. sekarang ada boyfriend dah,memang I sayang dia so much :p (konfem kakak aku muntah tengok perenggan ni)

 Oklah sampai sini sahaja entry mengenai hari valentine. tak kisahlah siapa yang menentang atau menyokong sambutan hari valentine ini,apa yang penting hargailah orang yang disayangi. ^_^

No comments:

Post a Comment