Monday, February 7, 2011

Rutin harian

  Bila sudah sampai hari isnin,aku dah tau rutin biasa aku. Bangun pagi,pergi kerja,pulang kerja,online sekejap,mandi,tengok tv sambil makan malam lepas tu tidur. Mula-mula aku rasa macam sekolah,yalah bangun awal. Tapi lama-kelamaan persepsi aku pergi kerja macam pergi sekolah ni hilang. Takkanlah di sekolah,engkau sanggup habiskan masa 10 jam. Mestilah ada masa untuk escape,balik rumah sekejap,balik awal(sempat lagi tengok rancangan waktu petang,malam baru fikir pasal kerja sekolah). Aku rindu ni zaman sekolah aku,huhu. Tapi buat apa juga mau rindu sedangkan zaman bekerja ni zaman paling best? Boleh pegang duit sendiri,bayar bil sendiri(dalam kes aku,prepaid hanpon aku),beli macam-macam. hahaha,seronoknya.

  Namun,terus-teranglah aku cakap yang aku sebenarnya dengki tengok kawan-kawan aku yang sekarang melanjutkan pelajaran di universiti. yalah,impian dari darjah 1 nak masuk U tapi sekalinya nda dapat. Redha sajalah kan memandangkan aku ni yatim-piatu,aku manalah ada mak bapa yang nak tanggung aku belajar. Sebab itulah aku mesti cari duit sendiri untuk sambung belajar.

  Hehe,aku ni nak menceritakan pasal rutin harian aku tapi aku tercerita pasal penderitaan si yatim-piatu. Hahaha,menderita sikit ja bha ni,ada lagi orang lebih teruk nasibnya dari aku.

  Aku rasa hidup aku ni macam lesu dah. Yalah,asyik ulang rutin yang sama sahaja. Sabtu dan Ahad pula klu nda berjalan,duduk rumah berhibernasi macam beruang di musim sejuk. Padahal bukan musim sejuk pun. Aku nak sedikit adventure bha tapi aku tak tau macamana aku nak dapatkan sedikit adventure. Mungkin aku perlu tukar kerja juga,tukar suasana. Tapi buat masa ni,aku nak kerja lama sikit di tempat sekarang ni sementara mengumpul duit sikit-sikit. Iya,aku perlukan duit sangat-sangat sekarang ni sebab aku bukan lagi disara oleh mak bapa. Harus belajar berdikari sekarang ni.

 Oklah,baik aku meneruskan rutin hidup aku yang membosankan ni sekarang. hahaha...

No comments:

Post a Comment