Friday, February 18, 2011

hari meleter si tukang tulis blog-makan

  Makan. Keperluan atau kehendak? Kehendak atau keperluan? Kepala aku pening bila berfikir akan istilah "makan". Ada yang makan melampaui keperluan,oleh itu menjadi kehendak. Ada yang makan kurang daripada keperluan. Aku adalah golongan yang menjadikan "makan" sebagai kehendak. Ya,aku malu untuk mengakui kenyataan ini. Tapi aku suka akan makanan.  Dari kecil sampai sekarang,apabila aku nampak makanan sedap,aku serta-merta ingin mencubanya. Namun aku terlupa,aku sudah berusia 20-an. Dalam usia begini agak susah untuk menurunkan berat badan kecuali menjaga pemakanan sihat(blah,x best) dan bersenam(malas).

  Aku pernah mendengar istilah anorexia dan bulimia. Apakah kaitannya mengenai "makan"?  Aku pernah baca sebuah novel hasil karya dari penulis Singapura. Novelnya best,mengenai permasalahan remaja-remaja sekarang di sana. Aku baca cerita mengenai seorang gadis yang tidak gemuk,biasa,sedang-sedang saja ingin menjadi kurus. Bermacam cara dia lakukan untuk kurus seperti minum teh kurus dan bersenam separuh mati. Walau bagaimanapun dia tetap tidak puas hati dengan dirinya. Pada suatu hari dia berlapar(dia selalu berlapar untuk kurus),tetapi dia pengsan waktu kelas pendidikan jasmani dan kesihatan. Nurse di sekolahnya nampak yang badan dia sudah betul-betul kurus tapi gadis itu nampak dirinya gemuk di cermin. Itulah anorexia nervosa,dia takut makan gara-gara berat badannya bertambah dan dia akan jadi gemuk. Dia akan makan dalam kuantiti yang amat sedikit tapi jika dia terambil kuantiti yang banyak(baginya,padahal kita tengok macam besa sahaja) dia akan buat gila dengan bersenam tiba-tiba bagi membakar kalori atau memuntahkan makanan yang dimakannya dan ada istilah tersendiri bagi orang yang memuntahkan makanan kerana takut berat badan naik,Bulimia nervosa.  Ok skipping part,gadis itu akhirnya dihantar ke hospital oleh ahli keluarganya dan doktor mendapati hampir semua organ di badannya berhenti berfungsi dan terpaksa diberikan rawatan intensif. Nasib watak gadis tue tidak mati akibat anorexia dan bulimia.

 Gemuk? ermm,aku taknak cakap banyak mengenai hal ini tapi yang penting golongan ini lebih senang dipulihkan berbanding golongan yang mengalami anorexia dan bulimia. kenapa aku bilang begitu? tengoklah biggest loser,kena bagi kata-kata semangat,tekanan sedikit dan akhirnya jadi kurus padahal orang yang mengalami anorexia dan bulimia,setelah menjalani rawatan di atas katil pastu kena jalani kaunseling lagi. Aku belum pernah nampak atau tahu lagi siapa-siapa yang terdekat aku mengalami anorexia dan bulimia dan aku berharap perkara sebegini tidak akan berlaku kepada mereka.

 Apakah kaitan gemuk,anorexia dan bulimia kepada "makan"?
 Makanlah selagi ada makanan itu masih ada didepan mata tapi berhentilah sebelum kenyang.

sekian.

No comments:

Post a Comment