Tuesday, February 8, 2011

Peminat Setia Top Chef

Dulu masa Top Chef mula-mula main di tv(channel 702,diva universal) aku akui yang aku tak minat sangat nak tengok rancangan ni. Bukannya apa,rancangan ni nda menarik perhatianku langsung. Tapi entah bila aku mula berminat nak tengok Top Chef,mungkin dari season 4 dan juga kakak aku degil taknak menukar rancangan kegemarannya kepada Spongebob Squarepants di Nickelodeon,maka aku mengalah dan ikut sekali menonton rancangan pertandingan memasak itu. Sekali lepas lama-lama tengok rancangan,best pula. Hahaha,terpikat dan boleh bikin ketagih ni. Setakat ni aku dah tengok sampai season 6 Top Chef (season 1,2,3 ulangan d diva universal. season 5 ulangan d axn beyond,currently air Top Chef Season 6 axn beyond)

  Top Chef ini adalah rancangan berformat masakan. Para peserta(mereka ini merupakan chef) atau lebih dikenali sebagai cheftestant (perkataan asal,contestant) akan bertanding bagi mendapatkan  hadiah sebanyak 10 ribu dolar US untuk memulakan perniagaan restoran mereka dan gelaran sebagai Top Chef. Memang banyak dramalah dalam rancangan ni. Menyumpah,memaki,bergaduh,masakan sedap dan tidak sedap serta banyak lagi. Kakak aku bilang memang perangai chef-chef begini,kasar.

   Pengacara Top Chef season 1 ialah Katie Lee Joel. Cara dia bercakap "please pack your knife and go" agak kejam(menurut kakak akulah) berbanding Padma Lakshmi,pengacara dari season 2 sampai sekarang. dahlah hot (aku straight ar) cara dia membuang cheftestant pun nda kejam macam Katie Lee Joel. Chef Tom Colicchio adalah head judge Top Chef. aku dan kakak aku suka gelar dia "abang botak". haha tak kisahlah bukan dia dengar pun,klu dia dengar bukan dia faham bahasa melayu. hahahaha. tue antara star yang tetap dalam Top Chef. Gail Simmons pula judge ketiga dalam Top Chef tapi dia juga pengacara dalam Top Chef Just Desserts yang menampilkan chef-chef pastry. Yalah,takkan nak tampilkan ja chef-chef kulinari,chef pastry pun nak tunjuk taring juga. hahaha.

 Cheftestant? hmm,actually I don't care as long they can cook it's fine with me. Lagipun mereka membuatkan memasak kelihatan senang padahal indah khabar dari rupa (bagi orang malas memasak macam aku) untuk memasak. Lagipun semua cheftestant ini pandai memasak,cuma apa yang membuatkan mereka terkeluar adalah membuat pilihan yang salah ketika memasak. okay,souffle patut disediakan dalam 1 jam dan bukan 15 minit dan that's a very bad decision to make (Top Chef season 5,lupa episod keberapa) dan blini patut disediakan sewaktu customer inginkannya dan bukan jadi hidangan buffet( top chef season 4).

  Ini adalah senarai adik-beradik rancangan Top Chef dan semestinya Top Chef adalah abang/kakak sulung dalam adik beradik ni. Tidak disusun mengikut turutan.
  +Top Chef
  +Top Chef Masters(chef2 yang lebih berpengalaman dan mempunyai kedai makan sendiri)
  +Top Chef Just Dessert
    +Top Chef all stars(menampilkan cheftestant dari season-season dulu)
Rasanya itu sahajalah. hehe,aku kalau nak tengok Top Chef Just Dessert buka youtube ja.

  Oklah,ini sahaja ulasan daripada peminat setia Top Chef.Banyak lagi aku nak cerita tapi aku lupa yang aku harus masak nasi untuk makan malam ni,hehe. bye~ :D

No comments:

Post a Comment