Aku menyedari bahawa kehidupan aku sekarang ni membosankan. Pergi kerja,duduk rumah. Tiada unsur adventure macam mendaki gunung kinabalu,memandu satu negeri sabah,pergi ke fun fair(asyik men game kat arked,sakit mata tengok skrin tekken). Kawan lagilah...kurang,boleh dibilang pakai jari (campur jari kaki dan jari tangan). Aku rasa yang aku ni sebenarnya ingin sangat jadi Dora the Explorer tapi tiada Swiper(musang pencuri itu). Aik? Macam mana pula termasuk rancangan katun prasekolah ni? Sori ler,aku menonton Dora the Explorer juga,rancangan Timmy Time si anak kambing biri-biri masuk tadika pun aku tengok. Weyh,don't judge me okay? Hahaha.
Tiba-tiba aku dapat idea dalam kepala aku. Waaa,memahami betul otak aku ni akan emosi aku yang betul-betul bosan sekarang ni. Idea aku kata,aku kena buat blog lagi satu. What???? Nak tulis entry ni pun perlukan daya dan skill memerah otak yang tinggi,nak buat kerja gila tambah blog lagi? Tapi aku fikir mengikut logik akal,macam okay jua cadangan gila ni tapi nak cerita pasal apa? Sedangkan dalam blog ini,aku buat variety. Macam-macam aku cerita. Aku fikir lagi mungkin aku patut buat blog macam dalam movie Julie and Julia. Watak Julie memasak satu hidangan sehari mengikut buku resepi Julia. Google lah kalau have no idea apa aku yang cakap ni. Aku pun nda tau nak explain bagaimana.
Bergeliga juga otak aku,nampaknya kena cari aktiviti yang aku harus cuba dan tulis pengalaman dalam blog aku lagi satu. Mungkin patut dinamakan blog baru aku "tiada kerja lain" hahahah. Tapi masih dalam proses perancanganlah,buat masa sekarang ni aku masih belum sedia nak buat aktiviti lain,yang mencabar kreativiti aku sebagai seorang manusia(chewah,drama yaw).dalam masa yang sama aku dapat mengisi masa lapang aku. good luck to me ;)

No comments:
Post a Comment