Tuesday, April 5, 2011

Dialog iblis(alahi laknat) dengan Rasullah S.A.W -bahagian pertama-

Allah S.W.T telah memerintahkan seorang malaikat berjumpa iblis supaya dia berjumpa dengan Rasullah S.A.W untuk memberitahu segala rahsianya; sama ada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah meninggikan darjat Nabi Muhammad S.A.W dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Soalan Rasullah yang pertama
"Hai iblis! Siapa yang sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?

Jawapan iblis
Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini. Ya,Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekalian manusia,binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya,kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan,maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir,murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekalian umat Islam dari jalan yang benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba.

Soalan Rasullah yang kedua
Hai iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah?

Jawapan iblis
Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya,sesetengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang,leka dengan makan minum,berbuat durhaka,hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas,perak dan permata,rumahnya,tanahnya,ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situlah hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal,fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar,datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka,terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu,peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat,hamba akan galang mereka supaya menangguhkannya.  Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya,datanglah rasa riak,takbur,megah,sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya,mereka akan gemar berdusta,mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat.

Soalan Rasullah yang ketiga
Hai iblis! Mengapakah engkau bersusah-payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambah laknat yang besar serta siksa yang paling besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau?Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberikan kekuatan anggota badan engkau?

Jawapan iblis
Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan yang maha besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua sekelian malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah S.W.T hendak menjadikan seorang khalifah di dunia ini,maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta seorang lelaki(Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian malaikat memberi hormat kepada lelaki itu,kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri(Siti Hawa) yang memerintah sekalian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah khuldi,lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah(di padang Arafah),hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia,hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir saja ke dunia ini,maka hamba tidak dibenarkan Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik,maka malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba menjalankan tugas hasutan.

Soalan Rasullah yang keempat
Hai iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?

Jawapan iblis
Pertama sekali hamba palingkan iktikad imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan,perkataan,kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga,hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba.

Soalan Rasullah yang kelima
Hai iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah,bagaimana hal engkau?

Jawapan iblis
Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia,pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang,was-was,terlupa bilangan rakaatnya,bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya,sentiasa hendak cepat habis solat hilangkan khusyuknya-matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan,telinganya sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak sujud lama-lama,penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang,itu semua membawa kepada kurang pahala. Jika para iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu,maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman.

akan bersambung...

No comments:

Post a Comment