- Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian(malam pertama,kedua,ketiga,ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasullah di mana Rasullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan,terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan simpati yang belum dibahagikan yang berhak menurut Islam?
- Kalau hadir ke kenduri walimatul urus(kenduri kahwin) orang kerap salam berisi(hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan,maka malu nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau menziarahi orang mati,tidak segan pula salam tidak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin,tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk menambah pendapatan.
- Ketika menghadiri majlis tertentu kita berpakaian cantik,kemas dan segak tetapi apabila menghadap Allah baik di rumah mahupun masjid,pakaian lebih kurang sahaja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini satu perbuatan yang terbalik?
- Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan,kita rasa segan nak makan sampai tidak habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu sedangkn yang dituntut banyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
- Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin,tapi kalau di rumah,sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasullah untuk mengelakkan rasa riak.
- Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah tertinggi dalm setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
- Kalau nak mengerjakan haji,kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Makkah dan apabila balik dari Makkah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir,maka dibuat kenduri,bukan kerana nak bermusafir,maka dibuat kenduri. Bukankah ini amalan terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
- Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Al-Quran atau solat,tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen membaca Al-Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok guru Al-Quran nak bayar RM150 sebulan 20 kali belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca al-Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
- Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam,pagi petang,mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah(masjid) tak hujan,tak panas,tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini,rezeki Allah diminta tapi nak ke rumah-Nya segan dan malas.
- Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak bukan main lagi berhias. Tapi kalau duduk di rumah,selekeh dan tidak kemas. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya,bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Sunday, April 17, 2011
10 amalan terbalik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment