Siapa yang tidak pernah keliru dalam membuat pilihan perjalanan hidup masing-masing? Semua orang pernah begitu,masa kecil nak jadi cikgu tapi bila sudah dewasa jadi supemodel pula. Menyimpang dari apa yang mereka mahu semasa kecil atas beberapa sebab tertentu. Aku tak mahulah senaraikan sebab sesiapa yang baca blog aku ni,mereka yang lebih tahu kenapa sesetengah impian mereka tidak tercapai atau terpesong dari matlamat sebenar mereka.
Tapi aku bukanlah mahu ceritakan pasal impian aku masa budak-budak dulu sebab aku dah pernah ceritakan dalam blog yang lalu. Aku cuma nak meluahkan perasaan aku terhadap kekeliruan pilihan hidup aku ni. Aku sedar yang aku ni semakin tua tapi aku masih belum membuat keputusan apa yang aku mahu di masa hadapan. Entahlah sama ada aku ni nda suka fikir pasal masa depan atau aku ni memang tiada masa depan. Semua orang ada hak untuk menentukan perjalanan hidup mereka. Aku pula? Penakut untuk menentukan apa yang aku mahu demi kebaikan aku. Masa semakin suntuk tapi aku masih belum mempunyai keberanian untuk maju ke hadapan.
Walau bagaimanapun,aku perlahan-lahan untuk memberanikan diri. Yalah sampai bila aku nak takut kan? Aku nak yang terbaik untuk masa depan aku. Mahu ada rumah sendiri dan kereta sendiri. Mahu ada keluarga yang bahagia. Aku nda mahu bila aku sudah tua,dah pencen aku masih merungut. Bukanlah aku merungut aku tiada duit,itu buat apa? Rezeki Allah yang bagi,redha ja lah. Maksud aku merungut macam melihat orang lain lagi maju dari aku sedangkan aku masih di peringkat bawah,semua yang aku lakukan cukup-cukup makan. Itu yang aku tidak mahu. Aku kalau boleh ingin membuat sesuatu yang mampu membanggakan aku,barulah cool~~.
Sudah siap membebel,mari makan aiskrim. hehe,bye.

No comments:
Post a Comment