Sebenarnya blog aku ni nama asalnya "Keenie House Of Thought" dan sepatutnya berbahasa Inggeris. Oleh sebab aku rasa aku ni ada masalah tatabahasa bahasa inggeris dan buat malu aku ja kalau aku nda tahu sesetengah perkataan dalam bahasa inggeris jadi aku pun tukar blog ni 100%. Jauh menyimpanglah ni dari idea/konsep asal. Aku akan ceritakan kat entry selepas ni sebab agak panjang intro aku. Ok,tentu kamu tertanya-tanya kenapa aku nak tulis ni? Sebab masa aku tengok-tengok isi buku conteng aku,rupanya aku dah tulis entry pertama untuk blog sulung aku (hehe,aku ada blog baru lagi nanti). Jadi daripada membazirkan ink pen aku dan kertas buku conteng kesayangan aku(siap ada badge sekolah lagi) bagus aku tulis intro tue kat blog ini secara suka-suka. Aku tau mungkin akan ada orang kata aku ni mengada-ngada,benda ni pun mau bagitahu tapi suka hati akulah,inikan blog aku. Tak baca tak rugi pun sebab aku tak letak apa-apa iklan kat blog ni. Kalau bosan sila baca blog lain ok,jangan kutuk-kutuk aku. Pok silap sudah kau itu(kau cari pasal sudah tu).
No comments:
Post a Comment