"Iman tak dapat diwarisi,dari seorang ayah yang bertakwa..."
Teringat aku bait lirik ni dari kumpulan nasyid yang popular,kumpulan Raihan. Lagu ni dah lama dah dari zaman aku sekolah rendah lagi. Bila aku teringat bait ni,aku teringat bapa aku. Bila aku teringat bapa aku,aku teringat bait ni. Begitulah ceritanya..(keh,keh,keh bagus tak payah buat entry kalau begini simple ceritanya).
Bapa aku tu bukanlah golongan ustaz,ulama atau orang yang kuat sangat ilmu agama. Tapi bapa aku tu orang yang suka mempelajari ilmu agama dan mengamalkannya. Setiap bulan puasa sebelum tunggu waktu subuh lepas sahur,dia selalu mengaji Al-Quran. Aku pula tidur sambil menunggu sembahyang subuh,bayangkanlah dah makan begitu banyak time sahur masih mampu untuk tidur? Rasa tak selesa tapi mahu juga turutkan nafsu tidur. Dia dengan mak aku rajin sembahyang,tak macam aku ni,kalau disuruh baru nak buat. Bila sudah akil baligh,pakailah alasan "ala,datang bulan".
Masa waktu petang-petang di hujung minggu,lepas asarlah lebih tepat aku dan anak buah aku akan mengaji. Aku kadang-kadang kalau aku taknak aku nangislah. Yelah,masa budak-budak asyik nak main saja. Bila fikir balik,nyesal juga aku malas-malas mengaji(ui,aku masih pandai baca ah) tapi masa tu pun dah budak,manalah berdosa kecuali bila sudah mencapai umur akil baligh(ntah berapa banyak dosa aku dah kumpul).
Kenapa aku tulis ni? beginilah walau alim macam mana sekalipun mak bapa kita,kadang-kadang kembali kepada diri kita juga sama ada mahu mengikut atau tidak(which is membawa kepada dosa besar jika sengaja lalai). Aku tengok kat facebook aku,ramai orang like IluvIslam link(contoh) tapi aku nak tahu adakah mereka betul-betul mengamalkan amalan yang ditulis dalam link itu? Like pasal khasiat sembahyang 5 waktu tapi adakah mereka lakukannya sepenuh masa? pasti ada antara jawapan mereka "sibuklah,iman belum cukup,malaslah". Cerita pasal mati,adakah sudah siap bekalan menempuhi alam kematian? kalau banyak dosa memang malaikat munkar dan nankir kejam hantam pakai cambuk besi. Kalau baik,syukurlah,dibiarkan aman dalam kubur. Kiamat lagi,memanglah kopipes link macam-macam pasal kiamat untuk memberi kesedaran kepada rakan-rakan fb lain. Namun persoalannya disini,adakah mereka sudah sedia? Asyik bilang takut ja tapi berubah pun tidak.
Hahaha,cara aku bercakap macamlah aku ni alim. Sebenarnya aku tidak. Aku memerhatikan mereka yang menyukai link dari website khas untuk orang yang beragama Islam(muslim) dan berbicara mengenai agama. Serta-merta soalan ni terpacul dari fikiran aku "adakah benar mereka mengamalkan atau sekadar menunjuk-nunjuk?" Aku sebenarnya mengelakkan cerita mengenai hal agama bukan kerana aku tak suka. Cuma aku risau aku tak mampu mengawal diri ketika bercerita sedangkan iman diri ni amatlah rendah. Lagipun,manalah tahu kalau orang tertanya soalan level ulama,terketar-ketar menjawab nanti.
Teringat aku pesan bapa aku dulu,aku kena ringkaskanlah pesannya ni sebab terlalu banyak. Dia cakap "kena pandai menjaga diri,kalau tidak kesian mak bapa kena soal dalam kubur kenapa perangai anak-anak begini". Macam aku cakap tadi,semuanya berbalik kepada diri sendiri.
Aku sedar aku ni bangang namun kalau aku tak tahu,aku bertanya juga dan mengkaji sedikit-sedikit walaupun tak banyak. Manusia tidaklah sempurna tapi rajin-rajinlah memperbaiki diri sendiri. Aku juga banyak melakukan khilaf dan aku berharap agar aku mampu berubah. AMIN YA RABBAL ALAMIN
p/s: penulis ini merupakan muslim al-sunnah wal jamaah.

No comments:
Post a Comment