Showing posts with label kenangan lalu. Show all posts
Showing posts with label kenangan lalu. Show all posts

Monday, March 5, 2012

masa berlalu dengan pantas.

   Tak sedar aku dah masuk bulan mac rupanya. Janji kepada diri sendiri nak tulis cerpen dalam blog ni dalam februari tapi dah expired perjanjian aku. Nampaknya aku tak perlu buat perjanjian kepada diri sendiri lagi,aku kena buat semuanya spontan agar aku terkejut dengan diri sendiri. Aisehmen,angan-angan pula aku ni. Macamlah aku ni berbakat besar dalam dunia penulisan,hahahaha *ketawa sendiri*.

  Banyak perkara yang telah berlaku dan ini baru sahaja di permulaan tahun. Walau bagaimanapun,aku tak perlu cerita mengenai perkara-perkara yang telah berlaku kerana aku takut tangan aku  yang lenguh menaip. Sekarang ni aku makin kuat berkhayal dan bukan khayal pasal dadah. Aku khayal fikir pasal benda lain ketika buat kerja dan aku tak tahu apa puncanya. Mungkin aku stress sangat sampai berkhayal ja kerja aku sedangkan aku sepatutnya serius dalam melaksanakan tugas aku.Sebenarnya aku khayal kerana memikirkan jalan cerita aku yang aku bakal terbitkan dalam blog ini agar tidak terlalu merepek jalan ceritanya.

 
  Bulan Mac pastu bulan April. Tak lama lagi aku berusia 22 tahun dan aku rasa perangai aku masih tak matang. Tak kisahlah,matang ke tak matang fikiran aku,yang penting aku puas hati dan gembira dengan diri sendiri. Aku akan berusaha lebih kuat untuk memperbaiki kehidupan aku agar aku menjadi individu yang lebih baik. Aiseh,macam ayat esei skema weyh. Aku sebenarnya ada idea untuk cerita yang aku bakal terbitkan dalam blog ini tapi disebabkan aku takut mempunyai writer's block sebelum sempat menghabiskan hasil karya aku,aku terpaksa pendam. Tapi sekarang aku dah tak tahan,aku nak luahkan juga.

 
   Pada suatu hari nanti,aku nak jadi penulis online yang dikenali ramai. Hahaha,angan-angan sahaja aku ni. Oklah,aku sign out dulu. Will write more later.

Tuesday, December 27, 2011

Cermin

  Perempuan dan lelaki sama saja bila depan cermin. Habis dibelek-belek muka,periksa rambut dan praktis senyuman paling comel di muka bumi ni. Selalunya perempuan akan mengambil masa yang agak lama berbanding lelaki dan obsesi mereka terhadap cermin tidak akan berakhir selepas bersiap-siap. Bagi mereka yang terlalu suka menjaga penampilan,cermin saiz compact akan dibawa bersana-sama untuk mengagumi ciptaan tuhan. Kadangkala,cermin kereta dan cermin kedai juga dijadikan mangsa untuk memeriksa refleksi diri sama ada masih kelihatan va va voom pada pandangan mereka atau dah macam rupa nenek kebayan baru habis berkebun.

   Seperti berbunyi kutukan pula perenggan pertama tadi tapi sebenarnya itu adalah true story. Ya,aku pun antara gadis-gadis yang rajin periksa diri di mana2 tempat yang ada pantulan,termasuk meja yang dibalut dengan pembungkus plastik. Ya,aku pernah buat begitu masa sekolah. Ini semua ajaran sesat sorang classmate aku yang juga amat menyukai cermin sehingga mampu menjadikan pembalut plastik untuk meja belajar dijadikan cermin untuk memeriksa kekemasan diri.

  
   Ok,cukup. Aku sebenarnya nak cerita pasal hal lain mengenai cermin.  Obsesi diri tu biarlah blogger lain yang buat. Aku kalau kutuk-kutuk ganas memang tak pandai sangat.

   Tahukah anda cermin boleh menjadi alat yang menakutkan ketika berada di dalam bilik gelap atau lampu malap? Ya,untuk orang lemah semangat macam aku,cermin memang buat aku meremang bulu roma ketika berseorangan dalam bilik gelap/lampu malap walaupun hanya pergi mengambil barang. Aku mula terbayang ada sesuatu di belakang dan aku bakal melihatnya melalui cermin. Alah macam dalam cerita seram kita selalu tengok. Tengok kat cermin ada wajah menakutkan,sekali berpaling tak ada pula. Nah,gitu perasaan aku masa tu. Saspen tahap 140%.

  
   Sebab itu aku suka mengelak tengok cermin ketika berada dalam gelap. Lagipun mak aku dulu selalu pesan "jangan tengok cermin dalam gelap." Lagipun apa yang kita nampak kalau dalam gelap? Unless kita mahu ditakutkan dengan bayang-bayang sendiri(bercakap seperti bukan seorang penakut).

  Moralnya : kalau nak tengok cermin,sila pasang lampu.

Monday, December 12, 2011

If I could rewind the time when I was 12 to 17


  1. I will never befriend to a person who thought she know it all and always left me alone.
  2. Teenage TV show is just TV show,not a self help guru.
  3. Being confident and not sitting at the corner,thinking whatever happen,stays like that.
  4. I will love my mommy and daddy more and not mad at them when they ask me doing chores.
  5. If teachers don't like me,I ignore them. They are just teachers.
  6. Managing my pocket money wisely.
  7. Do not let people easily bully me.
  8. Bring less books to school.
  9. Eat less fried chicken
  10. We are unique,don't destroy it by joining the clique. If we do not want to try something new,making friends with new people then how will we survive in society after finishing school? Life after school before the age of 25 is the hardest time for us.
 p/s: Sweet Valley High novels lie to me about love.Love is not about gaining pain or love someone so much,until you want to jump off the cliff. Love is all about tolerance and giving people second chances. 


   Yeah,I only list it until 10. Hahaha.

Thursday, October 20, 2011

Yumminess yang cuma aku sahaja faham.

   Hahaha,yummy maksudnya sedap dan selalu dikaitkan dengan makanan. Bagi aku,yummy bukan sahaja bermaksud makanan sedap,yummy bermaksud lelaki cute dan hensem.

   Ok,agak tak logik untuk mengaitkan lelaki dengan perkataan "yummy" kerana mereka bukan makanan. Tapi suka hati akulah kan? Semua orang ada pendapat masing-masing. I'm sorry to guys because saya samakan kamu dengan makanan,but I just couldn't help it. Hahaha.

  Dari mana lagi aku dapat idea menggunakan perkataan yummy untuk menggambarkan lelaki yang menjadi eye candy? Well,aku kan peminat Jennifer's Body,aku perasan Jennifer bulatkan gambar atlet lelaki dalam majalah sekolah dan meletakkan ayat "yum". Jadi dari situlah aku dapat idea memanggil hensem and cute boys as yummies.

  Kawan-kawan aku masa form 6 yang perempuan tahu aku panggil lelaki hensem dan cute dengan nickname yummy. Dorang usik-usik akulah dengan perkataan "yummy". Aku tak terasa sebab memang aku suka cakap "yummy". Asal nampak lelaki hensem dalam majalah,dorang panggil nama aku dan cakap "naa,yummy," aku ketawa saja ni.

  Sampai sekarang aku panggil lelaki hensem dan cute sebagai yummy tapi dalam hatilah,bukan depan-depan boyfriend aku. Nanti merajuk pula dia (hehe,comel juga dia merajuk). Ok,kakak aku tahu kalau aku sebut yummy apa maksudnya. Hahaha.

   Jadi aku dengan tak malunya malam ni,aku telah berkongsi dengan kamu nickname for eye candy aka cute and handsome boys. YUMMY.

p/s: actually when the 1st time I meet my now-then boyfriend,I never called him as yummy. because I just fall in love with him.

OK,dah. Cukup-cukuplah aku malukan diri sendiri malam ni. hahaha.
 

Sunday, May 8, 2011

tak sambut hari mama

  Aku tengok kat facebook hari ni ramai wish selamat hari mama. Siapa-siapa yang ada mama dorang men fesbuk,dorang tagged nama mama dorang. Nda tahulah mau bilang cute ka atau nda tapi yang penting aku nda suka sambut hari mama. Woo????? kenapa pula aku nda suka sambut hari mama? Adakah aku ni termasuk dalam level derhaka atau aku sedih tiada mama tu pasal nda sambut hari mama? Di sini aku list 5 sebab aku tak suka hari mama;
  1. mama aku cakap tak payahlah sambut hari mama. yang penting tolong mama rajin kemas rumah,nda bikin semak.
  2. mak aku kata sambutan hari mama ni macam style orang putih,kita melayu ni nda payahlah turut style dorang sambut hari mama.
  3. tiada duit mau beli hadiah,kalau mau beli hadiah pun duit tu datang dari parents sendiri
  4. kalau betul mau sambut hari mama,mama aku cakap jangan melawan cakap orang tua.
  5. tak payahlah sambut hari mama,mama aku bilang. dia cakap hari-hari pun hari mama.
Kebanyakan sebab-sebab di atas ni datang dari mak aku sendiri bila aku tanya atau bercakap pasal mother's day(waa,bahasa orang puteh???haha) Tapi betul juga cakap dia. Tak payahlah bagi present atau kek,cukuplah sayang dan tidak melawan cakap. Sejuk hati perut mereka kalau kita sayang dan nda melawan cakap(tapi bukan untuk hari mama ja,hari-hari biasa melawan cakap.silap ajaran dah tu).
   Gaknya macamanalah aku ya bila jadi mak orang nanti? Argh!!! adakah patut aku terfikir benda sebegini???? Hahahaha,belum kahwin tapi pandai-pandai sudah terfikir. Sambung belajar dulu sama cari kerja bagus-bagus baru boleh kahwin.
   Dah siap tulis entry ni ^^, bye~~~

Wednesday, April 6, 2011

Kawan lama aku masa zaman sekolah

  Best facebook ni tau,kecil dunia ni rasanya bila dapat menghubungi semula kawan-kawan lama terutama sekali yang telah lama tidak berjumpa. Itu yang membuatkan aku bersemangat untuk bertanya khabar mereka yang lazimnya sedang sambung belajar atau dapat kerja bagus. Huhuhu...
  Semalam as I go through homepage facebook aku,aku ternampak satu nama yang agak familiar. It does ring the bell,sekalinya aku tengok profile itu (maaf nama kawan aku disembunyikan atas sebab tertentu) memang betullah kawan aku itu. Kami lama dah tak jumpa sejak dia kembali ke Indonesia(dia tinggal kat sini lama dah,pastu dia pindah pergi Indonesia). Aku pernah berjanji dengan diri sendiri akan kumpul duit banyak-banyak pastu melawat dia disana tapi masih lagi belum termakbul hajat aku. 
  Dia sangat baik dengan aku. Selalu menolong aku ketika dalam kesusahan. Macam contoh masa aku tingkatan dua,aku terlupa membawa baju PJ padahal ada latihan merentas desa petang tu,dia pinjamkan aku bajunya. Itu merupakan sedikit daripada pertolongannya. Sebenarnya banyak lagi,dia pernah tolong aku study especially subject maths..bla3. Memang banyak sangatlah pertolongan dia.
  Jujurnyalah bila kami bercerita di fb,aku nda biasa dia berbahasa indonesia dengan aku (dia ada campur2 dengan bahasa malaysia). Tapi aku tak kesah,janji aku dapat bicara dengan teman lama aku (macam ada bunyi bahasa indonesia ckit2 kan?)
   Aku harap satu hari nanti aku dapat berjumpa berdepan dengan dia. Semoga kami panjang umur dan murah rezeki. =)

Thursday, March 17, 2011

Kamar mandi,tikus dan aku

  Hahaha,aku tak tahu kenapa aku teringat akan kejadian ini. Benda ni dah lama berlaku sejak tujuh tahun yang lalu. Tapi sebab aku rasa kelakar (kepada diri aku) sebab aku rasa dalam seumur hidup aku,aku nda pernah menjerit dengan nada high pitch yang mampu memekakkan telinga orang yang mempunyai sistem pendengaran yang lemah. Nasib juga aku cuma berseorangan ketika aku menjerit dalam nada high pitch.

  Pada tahun 2005,di bulan puasa (intro cerita harus skema) aku mengalami kejadian yang membuatkan aku phobia seminggu. Waktu tue baru ja lepas exam PMR (seingat akulah) jadi kami masih lagi pergi ke sekolah sebelum raya tu. Waktu puasa,aku selalu bangun jam 6 pagi. Sebab lepas sahur jam 3 pagi,aku akan menyambung tidur sehingga jam 6 pagi. Memang berbeza dari hari biasa sebab pada hari biasa aku akan bangun jam 4 atau 4.30 pagi. Paling lambat pun jam 5.30 pagi. Ok,berbalik kepada cerita aku ni. Jadi aku pun melangkah masuk ke bilik air,tapi sebelum tue aku masak air panas cuma nda lama sebab aku takut lambat ke sekolah. Lepas air tue panas,aku pergi tuangkan air tue ke dalam baldi sambut air mandi dan campur dengan air paip supaya tidak terlalu sejuk (manjanya aku ni mandi air panas pagi-pagi).

  Aku masuk bilik air lepas aku letak kembali cerek di atas dapur. Aku memulakan rutin aku dengan mencuci muka dengan pencuci muka (waktu tue,memang teruk masalah jerawat aku). Tiba-tiba aku terdengar bunyi mencakar-cakar dari belakang dinding. Level ketakutan meningkat,aku mencuci muka aku cepat-cepat. Belum sempat aku buka baju (sila jangan fikir lain-lain bila aku tulis "buka baju") tetiba keluar tikus dari belakang dinding. Punyalah aku terkejut,tanpa disedari aku menjerit dengan nyaring sambil memanggil mama aku . Sini aku demo cara aku panggil mama bila nampak tikus
"mamaaaaaaa!!!!!! argh!!!!!!! tikusssss!!!! maaaaakkkkkk!!!!! mamaaaaaaaa!!!!! argh!!!!!!!! argh!!!!!!! mamaaaa ba!!!!!!!!!" masa tu mama aku masih hidup lagi,waktu tu dia baring-baring berehat di ruang tamu lepas solat subuh sama kakak aku. Sebagai mama yang risau kenapa anaknya menjerit sedemikian,maka dia pun cepat cepat ke dapur dan bertanya kenapa sambil memaksa aku membuka pintu kamar mandi.


   Aku mengambil masa yang agak lama (2 minit je) untuk membuka pintu. Tikus tu pun lari ke hulu,ke hilir mungkin ketakutan mendengar aku menjerit. Lepas aku buka pintu bilik air,tikus tu tak semana-mana jatuh pula dalam baldi air yang baru aku sambut campur dengan air panas.  Lagilah aku menjerit. Kali ni ada bapa,abang dan kakak aku tertanya-tanya kenapa. Waktu itu lagi puasa maka tekak aku sakit ni akibat menjerit,mana boleh minum air terpaksa tahan sajalah. Aku tak ingat dah siapa yang tumpahkan baldi sambut air tue terus tikus yang hampir lemas berlari ke dapur tapi tak tahu pergi mana. Mama aku bilang takut sudah dia dengar aku menjerit,ingatkan ada apa rupanya tikus.  Tapi tikus tue besar giler~~ mana tak aku takut berabis.

  Sekali lepas kejadian tue,mama aku membawa sebatang kayu sebesar lengan dan letak di dalam kamar mandi. Dia cakap kalau nampak tikus lagi,pukul ja pakai kayu ni. Hehehe,nasib juga tiada tikus masuk dalam bilik air lagi tapi fobia aku ne kalau terdengar bunyi mencakar-cakar dari dalam dinding bilik air. Selepas seminggu kejadian itu berlaku,kayu sebesar lengan dialihkan.

   Bila ingat balik memang lawak ni. Tak sangka gara-gara tikus,aku pergi ke sekolah hari itu dengan suara rock. Oklah sampai sini saja entry kali ni. bye =)