Tuesday, June 28, 2011

aku mau makan~ ambuyat

  Haih,lama sudah tidak makan ambuyat ni,kan siuk kalau dapat makan ambuyat ramai-ramai? Bagi siapa-siapa yang tak tahu apa tu ambuyat,ambuyat tu sejenis sagu putih. Sagu tu dalam bentuk serbuk tapi tak halus,tebal dan berat teksturnya. Cara membuat juga senang tapi bagi yang noob tu,memang tak jadi unless kalau ada orang membantu. Ambuyat ni harus ditelan dan bukan digigit bagi mengelakkan tercekik dan juga mengelakkan pandangan kurang manis seolah-olah menggigit/menelan gam putih pekat. Eeww~

  Bagaimana cara membuatnya? Hehe,aku sebenarnya minta kakak aku yang tua buatkan.. Dulu masa ada arwah mak aku,dia yang buatkan. Senang ja bah caranya ni cuma kena tabah dan kuat semangat(melampau juga penggunaan perkataan "tabah" dan "kuat semangat"). Mula-mula tuang dulu serbuk sagu putih dalam mangkuk besi(boleh juga mangkuk plastik tapi pastikan tahan panas punya) Kemudian tuang air panas dan dalam masa yang sama kacau tu serbuk sampai jadi pekat dan tak berketul-ketul. Jangan cair sangat sebab macam makan air(yeah,makan ambuyat cair) dan jangan pekat sangat(ingat kembali imej gam putih). Bila dah jadi then boleh makan sudah. Tengok,simple kan?

  Ambuyat ni sedap dicicah dengan lada padi campur kicap,tu selera akulah. Tapi paling best kalau ada sambal bambangan. Uina,gila punya sedap! Lauk-lauk sampingan macam ikan basung goreng dan sayur sawi tumis. Ambuyat ni sesuai dimakan waktu seisi keluarga atau kawan-kawan berkumpul. Hampar ja tikar hidang lauk-pauk sampingan dan ambuyat,hiduplah suasana. Sesi makan ambuyat ni boleh merapatkan silaturrahim tau. Kalau makan sorang-sorang tak best jadi nak makan ambuyat pastikan jumlah minimum tiga orang dan jumlah maksimum(aku tak tahu,ikut suka hatilah haha). Tapi pastikan sagu anda mencukupi sebelum menjemput ramai orang.

   Makan ambuyat ni bukan macam makan nasi,mahu dihidangkan dalam piring asing. Itu sudah jadi style hotel atau kedai makan(kalau mereka ada menawarkan menu ambuyat). Ambuyat ni letak ja dalam mangkuk besar,ambik candas (batang kayu khas untuk makan ambuyat,rupa macam chopstick tapi bukan chopstick sebab kaut nasi konfem jatuh sebelum sempat suap) nah,ramai-ramai kaut ambuyat dalam mangkuk besar tu. Aku tak tahu kalau orang bilang unhygiene sebab aku dah biasa makan dengan cara macam tu bersama keluarga. Tapi cuba pakai piring asing-asing,kaut ambuyat ke piring macam kaut nasi. Dahlah melekit pastu rasa macam skema pula,tak seronoklah skema sangat ni.

   Oh,ya...lepas makan ambuyat,mangkuknya rendam dengan air panas yang suam-suam untuk menanggalkan ambuyat dari mangkuk tersebut. Kalau main cuci ja,sampai besok pun tak tertanggal bekas,sisa ambuyat tu. Kalau kat KK ni susah sikit nak cari sagu berkualiti tinggi,biasalah kawasan bandar. Ada tapi susah dan mahal sikit. Kalau di Kuala Penyu cantik sagunya warna putih dan isinya banyak serta harga berpatutan,rm2 sebungkus. Wah,kena pandai driving ni kalau mahu jalan-jalan pergi ke Kuala Penyu sebab jarak dari KK jauh. Oklah,sampai sini sahaja,have a nice day. :)
 

No comments:

Post a Comment