Wednesday, June 29, 2011

the suicide club,movie yang berjaya buat aku terganggu dalam 2 hari.

  Wayang seram,siapa yang tak suka? Ok,ada yang tak suka tengok macam contoh boyfriend aku,dia memang tak layan cerita-cerita begini. Aku pula tengok cerita hantu kalau ada teman dan diajak secara baik,bukan paksaan yang boleh menyebabkan aku naik darah dan bukan ketakutan. Buruk ah time takut-takut emosi marah macam mau pecahkan saja skrin tu menguasai diri. Jadi kalau nak bawa aku tengok cerita hantu,pastikan jangan dipaksa "marilah,ah ko ni,marilahhhh...ihh,marilah tengok cerita hantu," tolong pujuk aku baik-baik k? hahahahaha.
  Minggu lalu as my bisul dalam proses pemulihan,kakak aku yang bukan penakut membawa aku tengok cerita hantu jepun. Kakak aku tu masa tengok movie khurafat arahan syamsul yusuf pun boleh ketawa-ketawa apalagi cerita hantu gini? Mesti macam biasa ja,tak macam aku,lepas tengok cerita hantu terus nda berani berseorangan. Hampeh. Dia bilang "mari kita tengok the suicide club," aku pula tertarik dengan tajuk itu lalu ikut ja. Kakak aku cari di youtube pasal cerita itu. I tell you,dia cakap sama aku cerita ni gruesome dan tidak nampak hantunya.
  Cerita seram kalau tak nampak hantunya bagaimana diklasifikasikan sebagai cerita seram pula? Mentaliti aku yang sudah diset,kalau cerita seram mesti ada hantu. Cerita ni telah mengubah perspektif aku terhadap cerita seram. Totally. Seram bukan pasal hantu tapi pasal masalah masyarakat. Huh??? Mesti kamu blur kan? Hehe,nak kena tengok movie the suicide club ni baru pandangan kamu terhadap cerita seram ni meluas sikit.
   The Suicide Club atau dalam bahasa Jepun Jisatsu Sakuru mengisahkan tentang masalah bunuh diri yang berlaku dalam masyarakat Jepun. Cerita ini menampilkan sisi gelap masyarakat apabila bunuh diri ni dijadikan budaya. Lihat sahaja contoh waktu zaman perang dunia kedua dahulu,askar mereka sanggup membunuh diri dari menyerahkan diri jadi tawanan. Samurai dulu pun bunuh diri kalau mereka kalah dalam pertarungan. Dalam cerita ini,ada yang menjadikan bunuh diri sebagai suka-suka. "Wabak bunuh diri" ini merebak cepat setelah berlakunya mass suicide di stesen keretapi dimana 54 orang budak sekolah perempuan terjun ke landasan keretapi secara serentak. Lepas itu ada beg putih berisi kulit manusia yang telah disiat dan dibentuk menjadi sebuah gulungan bulat. Mastermind belakang 'wabak bunuh diri" ini dipelopori oleh kumpulan budak-budak perempuan baru akil baligh bernama desserts. Mereka ni girl band budak-budak yang ceria tapi disebalik lagu mereka ada subliminal message. Ending cerita ni tak dapat tengok sebab uploader dia belum upload atas alasan part akhir itu telah hilang jadi aku pun tak tahu apa penghabisannya.
   Kenapa aku bilang disturbing selama dua hari(disturbing sama akulah,tak tahu pula orang lain). Sila tengok video di bawah ni.

yeah sangat disturbing kalau tengok sambil tidak menyembunyikan muka di belakang bantal. Happy song macam lagu kanak-kanak ribena saja. Oklah say no more,carilah movie ni dan nilaikan sendiri tahap keseraman atau keganasan cerita ini. adios!

No comments:

Post a Comment