Saturday, June 25, 2011

kawan bersukaria senang dicari,kawan menangis susah dicari

  Rasa-rasanya ramai yang setuju dengan tajuk di atas dan kita kutuk perangai kawan-kawan sedemikian tanpa kita sedari kita juga telah menjadi salah-seorang daripada mereka. Well,kita semua mempunyai alasan masing-masing tapi buat masa ni aku tak nak cakap pasal ni dulu. Aku nak cakap pasal status aku kelmarin di facebook,

Jangan minta tolong dengan aku kalau kamu jarang cari aku dan masa aku cari kamu,kamu pura-pura sibuk sana. Terima kasih.

Terdapat banyak kesalahan bahasa melayu dalam status aku ni(baru menyedari kesalahan tatabahasa). Patutnya bunyinya begini "jangan meminta pertolongan daripada aku kalau kamu jarang mencari aku dan waktu aku mencari kamu,kamu berpura-pura sibuk.terima kasih." tapi apa boleh buat,kelmarin aku betul-betul naik darah dan masalahnya manusia bila marah,mereka tak mampu mengawal perasaan mereka. Jadi memandangkan aku ni manusia(okay,tidak lawak) aku pun tak mampu keep cool,bak kata orang putih yang bermaksud selamba salam bahasa melayu.
  Oh,ya~ kenapa aku marah? Siapa yang tak marah kalau dulu ada kawan tapi kini keseorangan? bagitahu dulu siapa?  Aku dulu mempunyai beberapa orang kawan yang boleh dikatakan rapat tapi taklah rapat sangat.  Kami selalu berkongsi masalah tapi sejak mereka sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi dari aku,terus aku seperti dilupakan. Awal-awal tu oklah,masih berkontek,akhirnya tiada. Aku cari mereka juga tapi selalunya mereka sibuk(atau pura-pura sibuk,mana kita tau kan?) Ada juga yang hubungi aku tapi seorang ja. kawan aku ni(bagi nama ketot),walaupun dia dah sambung belajar,dia masih lagi tanya aku "bila kita mahu jalan sama-sama?" Itu boleh dimaafkan,dia buat aku rasa tidak terpinggir,aku selalu terharu apabila dapat mesej dia tau mesej aku dibalas oleh si ketot ni. Tapi ada seorang ni aku tak boleh blah. Dulu kami selalu sama-sama. Even dia dating pun dia bawa aku yang waktu tu single(sampai sekarang aku menyesal jadi tiang letrik time mereka sibuk pegang-pegang,peluk-peluk.You don't wanna know what going on with them if you sit beside them at cinema during watching movies uh-uh).
   Sekarang so-called bestfriend aku ni(bah,hampir menjadi stranger sudah kami ni,tak layak sudah jadi bestfriend) join says.my untuk mencari duit tambahan (okey,apa tu says.my? ooo,saya tak mahu tahu pula). Maka dia menyuruh aku click link iklan yang ada di facebook dia. What the what??? meminjam catchpharase dari blog yang penting rupa. Dahlah kontek jarang-jarang then engkau suruh aku tekan link bagi duit ngan kau?? Hei,mangkuk! Kalau mahu minta tolong kat aku,bawa cerita bagus-bagus,nak bawa jalan jangan time orang kerja. Asal aku cari kau,engkau mesti ada,jangan biarkan aku lugai-lugai(terabai dalam bahasa melayu baku). Dari dulu sampai sekarang kau bikin aku tekanan,dibodoh-bodohkan jadi tidak mustahil satu hari nanti aku tak peduli dengan kau sudah. Ok,fine!
   Bah,sudah aku sampaikan hajat menulis entry ini. Aku nak cari drama korea dan makan kek tiramisu. Kan bagus kalau aku pandai buat minuman neslo kan?

No comments:

Post a Comment