Tuesday, January 10, 2012

apa pendapat kau tentang saya?

  Katalah masa tu kamu tengah makan keropok sambil bercerita atau baru sahaja habis mengumpat,tiba-tiba kawan bercerita kau ni(masa tu kamu berdualah) tanya "apa pendapat kau tentang saya?" Apa kau mau jawab? Memanglah kita ni manusia,tak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan. Mesti dalam hati kita pernah mengutuk kawan-kawan kita kan? Cakap "ah,buduh ba dia ni. benda kecil pun tak pandai buat," atau "tau mengarah orang saja,macamlah dia tu mem basar sana," Tapi sebab kita mau jaga hati kawan ni,mesti jawapan kita "kau ok ba,baik ni," ataupun bertanya balik(kalau malas menjawab) "kau rasa?" sambil memberikan senyuman paling manis,padahal dalam hati berjampi serapah "jangan tanya aku soalan tu lagi," berkali-kali.

   Bagi aku,tidak salah orang nak tanya soalan begini tapi bukan semua orang mampu memberikan jawapan yang jujur. Tapi tidak semua orang ingin mendengar kebenaran yang pahit. Bak kata pepatah orang putih "comfort me with lies". Tambahan lagi kalau itu kawan baik kita. nanti kita cakap buruk-buruk,kecik hati pula dia. Kalau terlampau puji pula,nanti pandai lupa diri. Harus ada keseimbangan dalam memberitahu kebenaran agar boleh membantu mereka yang anggap kita ni "cermin" memperbaiki diri walaupun bukanlah 100%. Walau bagaimanapun, siapa yang mempunyai kelayakan untuk menjadi "cermin" kepada orang lain? Benda begini bukan main cakap,sembur-sembur air liur. Orang yang berani meluahkan pendapat dan tidak takut menegakkan kebenaran sahaja boleh berbuat begitu. Mana nak cari orang macam tu sekarang? Kalau ada pun,kena cakap "mulut sial,bikin panas,macam dia saja betul," dan banyak lagi caci maki,kata-kata hina serta sumpah-seranah.


   Sebenarnya,kenapa orang tanya "apa pendapat kau tentang saya?" Sedangkan dia cuma mau mendengar jawapan-jawapan yang positif sahaja. Bukankah itu bermakna memalukan diri sendiri kerana meminta orang bercakap tentang kelemahan diri sendiri? Yalah,orang akan cakap benda-benda baik saja. Puji-puji,bagi kembang lapan mangkuk,tapi dalam hati mana kita tahu. Bah,sudahlah saya menulis ni. Itu sahaja cerita untuk hari ini. Entry hari ni ditulis bertujuan untuk menasihati aku dan juga kepada orang yang mempunyai tahap keyakinan yang lemah. Sudah-sudahlah minta orang menilai kita,kita yang sepatutnya menilai diri sendiri. Sekian.

   

No comments:

Post a Comment