Wednesday, September 28, 2011

kesempitan sementara.

  Bagi aku setiap orang pasti akan mengalami masalah kewangan. Setiap orang mempunyai cara tersendiri bagi menyelesaikan masalah kewangan. Ada antara mereka akan berhutang,buat double job dan bisnes kecil-kecilan.  Kadang-kadang ada yang menggunakan kaedah mistik seperti memanggil duit turun dari langit. Tak logik sungguh sedangkan duit datang dari kilang duit. 

  Aku nak cerita 3 perkara utama orang akan buat bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka.

Bisnes kecil-kecilan
Bisnes ni dijalankan secara kecil-kecilan bagi menambah wang poket. Untung tidaklah banyak sangat tapi cukup-cukuplah menampung gaji. Lazimnya dilakukan oleh orang yang kerja di pejabat. Contoh-contoh yang dapat aku berikan ialah berjual kain,keronsang,jual krim kecantikan,agen avon atau tupperware dan membuka gerai atau kedai runcit.

Kebaikan: siapa yang pandai pusing modal dan dapat jadikan bisnes mereka aktitviti berterusan maka untung yang mereka dapat tidak putus-putus. Untung walaupun sedikit tapi kalau rajin menyimpan,dah boleh beli hyundai starex. alahhhh,van mewah tu. Silap haribulan,dah boleh pencen dan kembangkan bisnes.

Keburukan : dahlah sibuk kerja pejabat then buat lagi bisnes,mana ada masa untuk diri sendiri. Kalah orang yang bekerja di bidang perhotelan. Lama-kelamaan kerja-kerja di pejabat pun terabai kerana asyik terlalu fokus membuat bisnes. Kalau untung banyak bolehlah berhenti tapi kalau untung sedikit sangat? Terpaksa pakai duit gaji untuk cover. Dah susah bertambah susah lagi. Kalau part untung sedikit mesti orang tu ambil bisnes yang ramai dah orang ceburi. Ataupun bisnes berisiko tinggi.

Kesimpulan: Jangan terlalu ghairah buat bisnes jika masih lagi makan gaji. Perlahan-lahanlah dan atur strategi baik-baik. Banyakkan belajar dari kesilapan. Jangan lupa rajin menyimpan duit hasil daripada bisnes. Pakai saja gaji kalau nak berbelanja. Bila dah time sesak betul-betul baru pakai atau time nak manjakan diri jika tak tahan dah nafsu tu macam pergi spa,melancong dan lain-lain.

Double Job
Siang tukang hantar barang,malam jadi pak guard. Siang kerja jadi cashier di kedai runcit,malam kerja jadi cashier di 7-11. Macam rumah tu hotel je,tempat mandi dan tukar pakaian. Aku buat satu kerja saja macam nak putus nyawa apalagi dibandingkan dengan orang yang buat dua kerja. Aku puji dengan keazaman mereka buat dua kerja sekaligus dalam 24 jam hanya demi mengubah nasib hidup mereka yang kesempitan duit. Tetapi kalau mereka buat dua kerja dalam jangkamasa yang lama dan bukan sekejap,memang nak bunuh diri la tu.

Kebaikan: Double money. Banyak duit. Dijamin dapat membantu meringankan beban kewangan.

Keburukan: Banyak buruk dari baik kalau buat macam ni. I mean badan kita bukan macam badan robot,even robot pun akan ada masa rosak apalagi manusia. Sebab terlalu bekerja,kehidupan pun macam hitam putih,tak ada seri. Terasing dari keluarga dan rakan-rakan. Missed macam-macam event dalam hidup. diri-sendiri tak terjaga,makan minum dan tidur tak tentu. Persoalan yang bermain dalam fikiran aku jika aku tahu seseorang itu buat double job adalah "bagaimana kamu belanja duit gaji kamu?"

Kesimpulan: Double job ni boleh buat kalau mempunyai azam dan daya ketahanan diri yang kuat. Lagi satu,jika betul nak buat double job,maka lakukan dalam masa yang singkat. Jangan lama-lama.

Berhutang
Cara paling senang dapat duit daripada kedua-dua cara di atas. Cakap saja dengan orang nak pinjam berapa ringgit dan sudah ada duit di tangan. Itu kalau dengan member-member atau keluarga. Kalau dengan ah long atau syarikat pinjaman peribadi lain,sengsara sedikit.

Kebaikan: Senang dapat duit.

Keburukan: liat nak membayar balik atau jika pinjam dari ah long,hidup sentiasa terancam. Sudah susah bertambah susah.

Kesimpulan: kalau hutang kecil-kecilan yang kamu rasa kamu mampu bayar bolehlah berhutang. tapi kalau nak meminjam wang dalam jumlah yang besar,baik fikir kali kedua. Sama ada mahu jadi musuh kepada saudara-mara atau member-member ataupun dikejar ah long,dirantai dan dikurung.


  Di atas ni adalah tiga cara utama bagi menyelesaikan masalah kesempitan wang. Bagi aku untuk mengelakkan diri dari kesempitan wang,lebih baiklah berjimat-cermat dan menyimpan duit dalam tabung/bank. Aku tak sanggup lakukan tiga-tiga penyelesaian di atas secara jujurnya. Bagi aku menyusahkan. Sebab bila dah ada satu kerja ni pun boleh merungut macam-macam apalagi nak bisnes dan buat kerja lagi satu? Berhutang? Penat nak bayar sana sini walaupun senang je dapat duit.

  Jadi kita semua harus prihatin terhadap money management kita. Kaji duit tu belanja ke arah mana,adakah barang yang dibeli berfaedah dan simpan duit sedikit-sedikit. Manjakan diri sekali-sekala tapi jangan selalu. Duit susah dicari tapi senang dibuang. Sekian.

No comments:

Post a Comment