Thursday, May 19, 2011

gaya pemakaian tidak ladies

  Aku punya gaya pemakaian ni sebenarnya tidak menggambarkan ciri-ciri keperempuanan. TAPI jangan salah sangka aku suka gaya pengkid atau tomboi(haish apa-apa ja la gelaran untuk perempuan yang bergaya macam lelaki) sebab aku suka simpan rambut panjang,well not panjang betul macam Miley Cyrus tapi aku tengah usahakan. Maksud aku ciri-ciri keperempuanan macam pakai dress,baju kiut-kiut,kasut cantik-cantik. Aku punya pemakaian jenis simple; T-shirt,seluar slack dan selipar getah(crocs). Aku teringin juga nak pakai baju ladies tapi aku malas. Dalam ertikata lain,aku boleh pakai baju ladies tapi aku pilih untuk tidak memakai baju sebegitu.

   Kenapa aku taknak pakai baju yang ladies,yang menunjukkan sisi lembut seorang wanita? Kenapa aku lebih suka pakai t-shirt? Aku sendiri pun payah mahu menjawab persoalan ini. Masa aku kecik-kecik dulu,time sekolah rendahlah lebih tepat,mama aku tidak berapa bagi aku pakai baju dress atau skirt. Jangan salah-sangka mama aku ajar aku jadi tomboy pula,dia tu kalau aku nda duduk sopan,rambut tak ikat bagus-bagus,dibiarkan rambut mengerbang macam pontianak,tak mahu pakai baju kurung konfem kena marah dan diberikan das tembakan mesingan bertalu-talu. Dia ajar aku jadi ladies tapi bukan semestinya dengan pakaian dress,skirt segala. Dia suruh aku pakai seluar dan t-shirt,tapi t-shirt tu ada gambar katun. Kalau aku pakai dress atau skirt,dia suruh aku pakai seluar pendek didalam(samalah dengan baju kurung). Definisi seluar pendek pula ialah ketat dan panjang sampai lutut,kalau time aku budak-budak ada sudah trend pakai legging,konfem aku kena suruh pakai legging. Waktu sekolah rendah,dari darjah satu lagi mesti pakai singlet tak kira pakai pinafore atau baju kurung sekolah. Panas tahu. Aku pernah nda pakai singlet time aku budak-budak sekali tu sebab aku degil tak nak pakai,komplen panas. Sekali macam rasa lain pula,macam malu (time aku darjah dua ni)

   Sebab aku dibiasakan dengan pemakaian sebegitu(t-shirt dan seluar) maka aku perasan tomboylah(time budak-budak). Pernah juga rambut aku pendek macam lelaki tapi kadang-kadang aku pakai klip rambut atau skaf rambut. Aku rasa mungkin sebab mama aku suruh begitu. Dia tak suka perempuan bergaya macam lelaki,tapi dia nda mahu juga anak perempuannya pakai skirt. Lepas hilang perasan tomboy tu setelah meningkat ke usia dewasa ni,aku tetap juga pakai t-shirt dan seluar. Sebab dah terbiasa,nak pakai ladies boleh tapi mesti pakai seluar. Aku rasa lebih selesa pakai style begini. Kasut pun simple. Aku pernah pakai kasut tinggi ni tapi aku rasa tidak seimbang jadi aku lebih suka pakai sneakers dan terbaru,kasut getah(atau crocs). Sebab itulah lelaki tidak pernah nak tengok aku sebab gaya pemakaian aku ni. Tambah lagi dengan perangai garang(sederhana) dan juga pendiam serta muka murung ja memang nda diminati. Sebab itu aku kurang kawan juga tapi aku ni kalau dikenali sebenarnya peramah,mudah didekati,mesra dan suka berlawak(adei,narsistik betul aku puji diri sendiri,hahaha)

   Aku paling malas kalau ada orang tegur gaya pemakaian aku yang tak macam perempuan,tak pandai cantik-cantik(woi,aku tahu apa tu lipstick ok). Aku tahulah aku ni siapa,tak payah pin-point. Karang aku pakai cantik-cantik,kamu yang tercabar pula(aiseh,macam aku ni mempunyai rupa megan fox hahaha). Ada seorang kawan aku ni tegur aku punyalah sakit hati aku ni sebagai tuan punya badan mendengar. Aku masih ingat lagi apa dia cakap "kau ni perangai macam budak-budak,pakai baju pun asyik t-shirt ja cuba pakai baju yang ladies sikit macam aku." Sori der kalau aku nda dengar cakap engkau. Aku dah pakai baju ladies dan hasilnya lebih banyak mata tengok aku jadi bagi mengelakkan aku tak selesa,aku pakailah baju yang buat orang pandang sekali pastu tak pandang lagi. Aku bukannya cantik sangat pun nak pakai baju cantik-cantik ni. Biasa ja. Tapi andainya aku ni Megan Fox,alangkah cambestnya hidup aku,pakai t-shirt mr smurf pun nampak seksi dengan tubuh badan yang menawan. haih~~.

   Bagi aku,apa pun kita pakai,pakaian mencerminkan keperibadian diri kita. Akan tetapi aku tak tahu aku ni keperibadian apa berdasarkan pemakaian aku yang cuma memakai t-shirt dan seluar panjang. Mungkin simple,mungkin selekeh,aku tak pasti,tapi yang penting pakailah baju.

p/s: majulah pereka-pereka baju,kilang baju dan kedai-kedai baju untuk manusia-manusia sekalian walaupun baju yang dikeluarkan kadang-kadang seksi-seksa atau sopan-santun,oh yeah! Hahahaha.

No comments:

Post a Comment