Wednesday, May 18, 2011

tumit kaki pecah

  Waa,tumit kaki aku pecah-pecah pun aku nak bagitahu,dasar annoying betul tapi kelakar pun ada juga. Sebab takkanlah tumit kaki aku pecah aku nak bagitahu orang kan? Walau bagaimanapun aku tetap sengaja nak bagitahu kerana aku ingin berkongsi dengan anda semua(yang singgah membaca blog aku) untuk memahami penderitaan yang aku alami dan kenapa aku masih belum mengubat tumit kaki ni.

   Kenapa aku yang muda ni boleh mengalami tumit pecah?(ataupun tumit merekah) sebab ni adalah perkara biasa yang berlaku,hahahaha. Konfem aku dilempang lepas ni kerana loyar buruk. Apakah yang menyebabkan tumit aku boleh pecah sekaligus menyebabkan aku malu jika orang ternampak tapak kaki aku macam orang tua tapi muka masih kiut macam remaja belasan tahun? (hohoho,perasannya aku,ngee) Aku senaraikan simptom-simptomnya
-kelenjar peluh yang tidak aktif(adakah maksudnya di tapak kaki?)
-Kulit kering
-berdiri lama-lama(ni kalau kerja kedai memang konfem kena gini sebab asyik berdiri dan kurang duduk)
-Obesity
-pakai kasut yang terbuka di belakang(cth,crocs mengikut pemahaman aku la)
-pemakanan yang lemah(bhs inggeris,poor diet)
-size kasut yang tidak ngam
-Penyakit kencing manis(arwah mak aku ni,tapak kakinya always pecah-pecah)
Sebenarnya ada lagi tapi disebabkan aku kurang terer menterjemahkan bahasa inggeris ke bahasa melayu(kes malas rujuk kamus) jadi aku taruh apa yang aku faham,nanti aku paste kat link mana tahu kalau ada sesiapa nak baca(jika ada orang singgah kat blog aku ni la). Aku rasa simptom paling berkenaan sama aku ialah pakai kasut yang terbuka di belakang sama kulit kering. aku ni peminat crocs part time saja cuma yang aku suka pakai crocs ni(jenama selipar,bukan spesis buaya air tawar,laut dan sewaktu dengannya termasuk buaya darat) sebab selesa dan nampak macam kaki badut(tak kelakar). jadi aku rasa tu pasal tumit aku ni asyik pecah-pecah saja,sebab pakai crocs angan-angan nak jadi badut.

   Apakah ubatnya? Eh,salah soalan! Kenapa aku tidak mengubati tumit pecah aku? Begini jawapannya,aku malas nak sapu Rosken Skin Repair Dry Skin Cream kat tapak kaki aku selepas mandi sebab konfem aku pijak lantai dan terasa licin pula lalu mendatangkan masalah lain iaitu tergelincir,jatuh,sakit belakang terus bonus kalau terhantuk kat mana-mana bucu atau lantai. Dapat benjol,saguhati.kalau konkusi otak? Grandprize tu hohoho.Ah,aku ni! Alasan saja,nanti time tidur sakit hati bila selimut terlaga dengan tumit kaki pecah,terasa disturbing pula.Dahlah kasar kalau terpegang tapaki kaki,ish disturbing amat-amat. Ni adalah rawatan bagi mengurangkan tumit pecah-pecah di tapak kaki
-Pakai krim pelembap(jangan malas dan bagi alasan macam aku)
-Perubahan dalam pemakanan,banyakkan minum air dan makan oat untuk melembutkan kulit.
-Pakai batu khas untuk membuang kulit kasar(ala,yang kat guardian tu,penggosok tapak kaki tu,belilah*aku ingatkan diri sendiri*)-mengelakkan pakai kasut terbuka di bahagian belakang atau kasut tapak nipis(baru ja plan nak beli kasut style begini,isk)
-pakai kasut yang tapaknya boleh menyerap shock.

   Oh,kena sapu losyen pelembap di tapak kaki aku sekarang,dah makin mengering ni. Bye =)

*ni dia,cracked heels causes,sila baca ya =D

No comments:

Post a Comment