Saturday, May 7, 2011

pagi sabtu tarikh 7 mei 2011

  Aku saja letak tarikh kat tajuk blog aku bagi memberitahu aku tiada tajuk yang sesuai untuk entry ni. Yalah,dah seminggu nda menaip kerana buat-buat sibuk. Bukannya aku tiada idea untuk menulis blog ini,banyak sangat tapi kena berhati-hati memilih juga agar aku nda ketandusan idea di kemudian hari.

  Selalunya hari sabtu begini,kaki aku gatal mahu pergi berjalan-jalan dan melepak di cp. Tapi memandangkan kakak aku sibuk kerja dan aku harus praktis memasak mulai sekarang jadi aku terpaksa kurangkan aktiviti berjalan. Aku menulis resepi-resepi dan teknik memasak dalam buku nota aku bagi memastikan aku tidak terlupa. Aku yakin kalau aku rajin masak,aku nda perlukan sudah buku nota ni namun aku ndalah mahu yakin sangat sebab banyak benda lagi mahu belajar jadi aku rasa biarlah aku menyimpan banyak buku-buku nota mengenai masakan.

  Cakap pasal masakan,aku teringat nak buat baju raya. Sebenarnya hantar kain pergi tempat orang menjahit,bukan aku yang menjahit. Baju raya aku kali adalah warna biru. Aku sebenarnya tidak berapa kisah raya ni sejak aku tahu satu syawal ni adalah hari raya dan hari-hari selepas syawal adalah hari biasa dan boleh sudah puasa sunat enam hari. Hari pertama sahaja aku sibuk nak pakai baju baru,nak celebrate,ketawa-ketawa,bermaaf-maafan dan banyak lagi. Bila raya kedua everything turns back to normal. Teringat ni tem ada arwah mak bapa aku,malam raya sama raya pertama sibuk bukan main,tapi bila raya kedua,steady ja macam tiada apa-apa sedangkan jiran-jiran lain sibuk beraya.

  Aku ada idea untuk buat entry baru lepas ini,aku berharap bagi sesiapa yang membaca entry baru tidak akan jadi judgemental,kalau iyapun salahkan sahaja aku seorang kerana aku menjadi penyampai berita yang tidak rasmi. Jumpa di next entry,bye2. =)

No comments:

Post a Comment