Aku menulis bukan kerana aku mahu berlagak pandai tapi untuk aku jadikan muhasabah kepada diri ini. Terpulanglah kepada pandangan masing-masing jika anda terbaca entry ini namun aku sudah berkata yang aku ni bukan pandai dan handal dalam isu-isu begini. Aku menulis untuk aku sendiri dan sekadar berkongsi di blog peribadi ini.
Tudung. Ramai sudah aku nampak pakai tudung,even penyanyi(yang bukan nasyid) dan pelakon pun sudah memakai tudung. Syukur kerana mereka telah memenuhi kewajiban agama,menutup aurat kepala. Bersedih kerana mereka hanya menutup kepala tetapi aurat lain tidak dijaga.
Defini aurat wanita menurut aku dan sememangnya ada dalam hukum agama adalah menutup semua badan dan hanya menampakkan tapak tangan dan muka. Walaupun ramai berbuat begitu tetapi mereka sebenarnya tidak menutup aurat. Apa aku cakap ni? Aku dalam pengaruh dadah ke? Sebenarnya apa aku cakap ni adalah betul(maafkan aku jika tersalah,aku hanya manusia biasa). Pakai seluar panjang dan t-shirt panjang untuk orang bertudung belum tentu lagi menutup aurat. Bagaimana pula begitu?
Tahukah bahawa dalam Islam,perempuan tidak boleh memakai baju yang menampakkan bentuk tubuh sampai menaikkan syahwat lelaki terutama sekali yang bukan muhrim? Baju-baju sekarang ni banyak menampakkan bentuk tubuh badan wanita. Contoh-contohnya ialah jeans,seluar slack,legging,baju saiz kecil yang menampakkan bentuk pinggang di bahagian belakang,nampak dada,tidak berlengan,skirt sampai lutut dan kadangkala lebih pendek. Wanita yang memakai tudung sememangnya tidak akan pakai baju tanpa lengan dan skirt pendek tapi mereka memakai seluar panjang dan t-shirt.
Apa yang salahnya dengan seluar panjang dan t-shirt? Di sinilah hukumnya bermula. Wanita dibenarkan memakai seluar panjang dengan syarat seluar itu mestilah labuh dan tidak ketat sehingga menampakkan bentuk kaki. Baju pula panjang lengan mestilah sehingga ke pergelangan tangan dan baju tersebut mestilah labuh supaya tidak menampakkan bentuk badan. Tudung pula mestilah panjang agar dapat menutup kepala,leher dan juga dada mereka. Tapi aku tengok sekarang ni ramai yang pakai seluar ketat-ketat,baju pula nampak bentuk badan(terutama sekali di bahagian pinggang)dan juga lengan tidak sampai ke pergelangan tangan,tudung tu ada yang tutup dadalah,itu bagus tapi sependek-pendek kejadian bah sampai ternampak sikit rupa dada tu. Ada yang pakai tudung style macam pakai anak tudung tu bahaya sebab dadanya dan lehernya konfem nampak.
Aku nda mengkritik mereka yang bertudung ni kerana mereka sudah mendapat pahala dari memakai tudung ini. Cuma yang aku kesali kenapa tutup aurat tak tutup aurat betul-betul? Namun siapalah aku untuk memberi komen sebegini kerana aku sendiri tidak memakai tudung. Agaknya banyak betul mukasurat di buku amalan aku sebelah kiri.
Komen. Manusia tahu cakap dan mengkritik macam dirinya betul. Memang beginilah perangai manusia. Being judgemental is one the most greatest talent that human ever had. Pernahkah dengar komen-komen sebegini;
"walaupun aku nda pakai tudung,ndalah aku mahu buat jahat macam dia yang pakai tudung tu."
"tak pakai tudung tapi sembahyang 5 waktu full pula,cakap pasal agama macam dia bagus sangat"
Kalau pernah,cuba fikir balik,u-turn kepada diri sendiri dulu. Kenapa berkata sedemikian? Adakah kita cuma mampu melihat luaran sahaja? Komen-komen kat atas ni masing-masing mempunyai persamaan. Apa persamaannya? Dapat pahalalah,tu pun nak kena bagitahu. Tapi bagaimana?
walaupun aku nda pakai tudung,ndalah aku buat jahat macam dia yang pakai tudung tu.
Orang yang kamu mengata nilah,yang pakai tudung ni dapat pahala. Ya,memang dia jahat tapi kena ingat manusia bukannya sempurna. Dia dapat pahala kerana dia telah menjalankan kewajiban iaitu menutup aurat. Kamu yang mengata ni dapat apa? Dosa dialah,dia pula dapat pahala yang lebih dari pahala kamu yang kamu secara tidak sengaja telah transfer.
tak pakai tudung tapi sembahyang 5 waktu full pula,cakap pasal agama macam dia bagus sangat
Sembahyang mencegah daripada kemungkaran. Mungkin waktu dia sembahyang tak berapa khusyuk tu pasal dia belum menutup aurat,mungkin juga dia rasa nantilah menutup aurat. Tapi dia dapat pahala kerana mengerjakan suruhan Allah. Dia cakap pasal agama dengan niat ingin menyampaikan dan bukannya bermegah-megah mengenai pengetahuan agamanya juga mendapat pahala. Kalau boleh pakailah tudung kerana wajib,dapat pahala extra. Jadi mereka yang mengata dia tu konfem dapat dosanya dan pahala mereka pula akan berpindah kepada orang yang mereka mengata ni.(lebih senang untuk aku faham,si A yang dimengata oleh si B automatik dapat pahala dari si B yang secara tak sengaja telah transfer.Manakala si B dapat dosa si A secara tak sengaja telah transfer)
Ya,cara aku bercakap dalam entry ini macamlah ilmu di dada dah penuh tapi aku masih belajar lagi. Selagi masih hidup,kita harus belajar bagi menambah ilmu di dada terutama sekali ilmu agama. Macam aku cakap tadi di tulisan biru,aku menulis kerana aku ingin muhasabah diri. Aku tahu aku ni tidak bagus dan aku yakin masih ada ruang lagi untuk memperbaiki diri selagi matahari tidak terbit di bahagian barat. Bagi sesiapa yang memakai tudung,aku ucapkan tahniah kerana telah mendapat pahala mengerjakan suruhan wajib cuma harus berjaga-jaga dengan aurat masing-masing. Pakailah tudung dengan cara yang betul. Jangan main hentam sahaja kerana berkemungkinan pahala akan berkurang secara automatik jika tidak diiringi dengan ibadat lain. Ataupun buat dua-dua sekali barulah selamat di akhirat.
Jumpa di next entry yang ringan dan tidak berat seperti ini. hehehe.

No comments:
Post a Comment