Monday, May 2, 2011

pada hari isnin yang mulia ini-

   Bagaimana kamu spend cuti public holiday kamu hari ini?(kemaren 1st may ahad jd isnin ni sambung cuti) Di sini list aku habiskan cuti hari ni
-pergi pasar beli ikan,kakak aku suruh.
-cuci lantai dapur
-kasik bersih bilik,pasang cadar.
-masak makan malam petang ni sebelum jam 4 petang.
-lipat kain
-makan malam lepas waktu maghrib.
 Atas ni list aku untuk hari ini. Aku sebenarnya nak sangat keluar mahu pergi berjalan tapi tiada siapa yang sudi menemankan aku. Kalau mahu keluar dengan cik abang,sudah jumpa dia hari sabtu tu lagipun aku risau kalau dia sibuk hari ni. Kakak aku pula macam biasa hari ni dia pergi kerja,biasalah bidang pelancongan ni mana ada cuti. Musim cuti lar musim duit banyak masuk. Huhu,kurang sudah masa bersama dengan kakak sendiri,sekarang ni kena berdikari betul-betul (btw,aku lupa macamana cara masak sup ikan :p)
  Tadi masa aku baru balik dari pasar sama abang aku(kinda awkward bila jalan dengan abang aku =|),kami singgah makan di restoran seri dewi di tanjung aru. So abang aku,pusing satu tanjung arulah,(mungkin tak tahu nak makan kat mana,akhirnya memutuskan makan di seri dewi), masa kereta abang aku melalui restoran Rohayu Recipe,aku nampak seorang perempuan berambut pendek macam lelaki naik atas kerusi dalam kedai makan tu dan seperti menjerit ketakutan manakala kawannya pula duduk sambil melihat sesuatu kat bawah. Rupanya tikus gumuk,steady ja berjalan dekat meja dorang. Pelanggan lain dalam kedai tu melihat saja (dan mungkin dorang berdoa yang tikus tu nda berjalan berdekatan mereka)  Aku rasa dorang confuse dengan apa yang jadi dan dalam masa yang sama cuba menghalau tikus gumuk tu(percayalah,sizenya macam anak kucing aku yang umur 3 bulan,x silap akulah). Aku bagitahu abang aku jadi kami dua-dua ketawalah(dalam perjalanan pergi dan balik pasar,kami langsung nda bercakap kecuali part tikus di rohayu recipe).
  Hehe,dah siap part cerita itu. Seronok pula tengok event tu tadi walaupun rasa bersalah mengetawakan orang.
  Semalam aku mimpi aku sambung belajar. Sebenarnya aku balik-balik mimpi pasal sambung study ni,bila aku bagitahu kakak aku dia cakap "maknanya ndalah ko dapat sambung belajar sebab ada hal-hal tertentu". Tapi aku tak mahu percaya juga,sebab mimpi ni mainan tidur. Aku plan nak ambil diploma tahun depan dan mencari-cari course yang sesuai untuk aku sekarang ni. Rasanya nak amik perbankan tapi tengoklah macam mana,still mencari-cari lagi. Aku nda sabar ni mahu sambung belajar balik,mungkin tempat aku continue next year di uitm(kat sabah ja,malas mahu jauh2).
   Cakap pasal sambung study ni,aku sudah plan yang bulan 11 ni aku akan berhenti kerja dan cari kerja lain(jadi part-timer lar) Mungkin aku akan amik driving license jika keadaan kewangan mengizinkan,tapi kalau nda aku tangguhkan dulu. Aku rasa bila niat aku mahu berhenti semakin kuat maka kerajinan aku pergi kerja semakin bertambah(ceh,betul ke?).
  Tapi dalam masa yang sama,aku akan cuba mengisi kembali SPA aku. Manalah tahu kalau dapat kan? Mudah-mudahan juga. Amin.
  Waa,keadaan di luar beranginlah. Aku kena stop menaip. Have a nice day people who stopping by my blog. =) 

1 comment: