Friday, July 8, 2011

demam blackberry

   Blackberry,Blackberry. Everywhere I see Blackberry. It's no even a fruit although there is a real one and expensive-hard-to find-in-Malaysia. It's a cool American's mobile phone. Correct if I'm wrong about the bornplace of Blackberry but I saw on tv the americans using a Blackberry. Apahal aku tulis entry ni dalam bahasa english pula?  Aih,ni la bah kalau tulis barang import,pandailah menjadi orang barat padahal ketara orang asia,mata sepet.

Penulis menulis entry ini pasal dia dengki nampak orang pakai Blackberry tapi apa boleh buat,kalau dia ada bb pin bukan dia ada ramai kawan untuk dihubungi. Boyfriend penulis pun tidak pakai Blackberry.Dalam ertikata lain,dengki harus bertempatlah.

  Asal online facebook ja mesti nampak orang update status "via Blackberry". Lepas tu mesti ada komen dari kawan-kawan mereka "weyh,bagi bb pin ko," Aku mengakulah perasaan dengki dalam diri ni terus timbul sebab aku pun nak pakai Blackberry juga,even planning nak pakai Digi Postpaid after buy Blackberry tapi bila fikir balik,untuk apa? Ya,untuk apa juga aku nak terikut-ikut orang lain pakai Blackberry? Bukankah Sony Ericsson Cedar ni sudah menepati citarasa? Manusia memang,nafsu ja lebih mahu beli itu,beli ini. Tak pandai bersyukur dengan apa yang ada langsung(mengkritik diri sendiri).
   Apakah kelebihan Blackberry sampai dijadikan trend must-have? Apa yang membuatkan Blackberry menjadi kegilaan ramai? Why Blackberry? Why?? Di sini aku membuka sumber wikipedia bagi menyiasat kewujudan Blackberry dan bagaimana benda alah ni mempengaruhi orang ramai untuk membelinya.
   Penyiasat tak bertauliah iaitu aku telah mendapati bahawa tempat lahirnya adalah Canada(wow,no wonder it's a cool phone,it came from the place which people know how to spend their time wisely when they are bored)  dan telefon ni juga dipanggil sebagai "crackberry" sebab penggunanya akan ketagih menggunakannya seperti menggunakan crack cocaine. Wah,sangat influential benda alah ni.
   Aku rasa orang ketagih menggunakan Blackberry kerana ada BBM ataupun Blackberry Messenger dimana free dan boleh chatting beramai-ramai guna bb pin(number untuk bbm). Kenapa BBM free? First BBM hanya untuk semua Blackberry user dan second boleh send pictures,chat dan smiley macam sms biasa tapi free(cuma kepada blackberry to blackberry) operating system BBM ni adalah Blackberry OS. Wow! boleh send music file juga. No wonder orang kalau ada blackberry ni tidak boleh berpisah langsung dengan hpnya. Macam manalah tu kalau time solat? Takkan letak Blackberry sebelah sejadah?
   Sesiapa yang ada facebook,apps untuk Blackberry ada malahan free lagi. Ini membuatkan mereka yang ada facebook dan blackberry akan gila mengemaskini status mereka(see,I guna skema punya bahasa). Untuk maths mudah,sila tengok ni kat bawah.
    facebook+blackberry user = addicted status updater.
Sampai duduk kat kedai makan pun nak bagitahu dari apps places. Siapa yang nak tahu unless stalker atau people yang kamu tak invite belanja makan ja la akan komen atau like status anda. Bukan aku nak kutuk pun cuma kadang-kadang bila aku baca komen orang update status pergi makan,adalah yang lain mula cakap "oh,pergi makan nda belanja orang," tidakkah diri sendiri teraniaya mencari jawapan balas? Unless kamu belajar undang-undang dan terer bagi jawapan bernas,I'm fine with it.
  Ramai user Blackberry terdiri dari student,orang muda bekerja(tak kira gaji besar atau kecil) dan orang muda yang tidak bekerja serta orang tua(bekerja) yang tahu check e-mail guna handphone. Well aku memang mahu pakai pun tapi terpaksalah sabarkan nafsu serakah ni. Hohoho. Lagipun Sony Ericcson hebat juga bah.
  Baik aku continue buat resume. Babai.

No comments:

Post a Comment