Friday, September 30, 2011

suka makan pen.

  My darkest secret ever is eating a pen. Hahaha...macam bohong tapi betul. Bak kata aku apabila mendengar kakak cleaner cerita pasal kehadiran pocong di hotel tabung haji,sembulan KK,"no,no,no...dustaaa," Sebenarnya aku tak makan pen,aku tulis pakai pen. Masa aku kat zaman persekolahan dulu,aku rajin mengarang tapi aku tengok macam tak logik je cerita aku lalu aku tidak menghantarnya kemana-mana syarikat akhbar yang menayangkan cerpen-cerpen dihantar oleh penulis bebas atau orang awam. Lepas tu aku jumpa passion aku writing poem ataupun puisi dalam bahasa inggeris. Best tulis poem ni,lagi-lagi mencari perkataan yang sama rhythm. Kalau aku pandai lagi main alat-alat muzik macam gitar atau piano,dah lama aku compose lagu,mungkin jadi macam taylor swift,ke$ha dan jessie j. Tapi aku tengok industri hiburan malaysia ni nampak suram terutama sekali industri nyanyian. Agaknya belum tentu mereka akan terima penulis lirik naik pangkat jadi penyanyi. Oh,ya aku langsung tak pandai menyanyi tapi aku tau hum rhythm yang sesuai dengan poem aku. Hum dalam bahasa melayu senandung. senandung maksudnya-sila tengok kamus dewan bahasa dan pustaka jilid ke-8 kerana aku tidak mempunyai kamus disebelah aku sekarang.

   Back to the makan pen story. Aku suka menulis,aku suka share my thoughts dalam sebuah kertas atau dalam sebuah buku tulis. Bagi aku menulis adalah sebuah therapy kesihatan bagi orang yang suka memendam perasaan. Lepas tulis,perap luahan hati yang dah tertulis selama 2,3 tahun dan ketawakanlah masa lalu. Ataupun paling singkat dalam masa beberapa bulan. Masa aku jumpa diari aku masa sekolah menengah,aku ketawa dan malu-malu sendiri membaca. Ada juga buat aku geram. Macam-macam feelinglah. Bak kata orang puteh "you are the author of your own story". Sekarang aku masih menulis diari cuma tak rajin macam dulu-dulu sebab hormon remaja perempuan dah stabil jadi wanita. Sekarang aku banyak menulis poem bagi menyampaikan ekspresi aku. Ada terus-terang,ada pula berlapik. Part berlapik tu aku memang sengaja,biar aku saja yang tau. Hehehe.

   Masa aku beli pen di sebuah kedai dekat rumah aku,aku beli mau dekat 10 batang pen. Cashier tu hairan kenapa aku beli pen banyak-banyak. Dia tanya pen cepat rosak ke?(mungkin dengan niat untuk menyindir atau ingin tahu,kita harus bersangka baik) Aku cakaplah dengan muka innocent,aku kata aku beli pen banyak-banyak pasal orang pesan. Dia pun berkata "oh". Jawapan aku paling suka dengar pada masa itu. Aku takut sudah jika aku mempunyai penyakit hoarding kerana membeli barang terlalu banyak masa tu tapi selepas aku membeli pen secara pukal,aku taknak beli pen lagi. Bersyukur aku kalau tak,masuk rancangan hoarders di channel 731(andai ada rancangan sebegitu di malaysia). Lepas tu aku pun menulis dengan gembira. Tulis cerpen dan poem,kebanyakannya adalah poem membuatkan hatiku senang dapat menyuarakan luahan hati yang sering diluahkan separuh hati kalau bercakap dengan kawan rapat atau kakak sendiri. Entah kenapa aku buat begitu,macam lebih kurang selesa bercakap pasal masalah aku depan orang. Kalau menulis,macam-macam emosi keluar. Time marah,kreatif betul aku menyimpan perkataan-perkataan kasar di setiap ayat.

   Kenapa aku kegatalan nak berblogging juga kalau sudah suka menulis di kertas? Sebab aku suka baca blog orang dan memudahkan aku menjadi follower blog-blog mereka. Selain itu,aku juga ingin share thoughts aku di dunia internet yang menjadi playground aku sejak tahun 2007. Aku pernah tulis blog di myspace dulu tapi satu dan dua entry sahaja. Aku pernah juga tulis blog di xanga tapi asyik lupa password menyebabkan aku taknak tulis blog kat situ. Sekarang ni aku pakai blogspot dan inilah satu-satunya blog yang aku rajin update setiap bulan selain facebook(fb update 24-7 sampai muntah). Aku juga post poem aku tak kira dalam bm atau bi dalam blog aku ni.

   Malam ni continue aktiviti makan pen. heee xp

Thursday, September 29, 2011

Falling in love by Siti Nurhaliza...well

   Aku baru sedar yang aku tak pernah post lagu-lagu dari Malaysia. Bukan aku tak suka music scene di Malaysia tapi aku lebih suka dengar music dari barat. Korea tu tak berapa sangat kecuali Super Junior(siap pernah kaler kuku dengan warna biru gitu).

  Jadi ceritanya disini,aku baca kosmo online setiap pagi dan aku selalu buka bahagian local dan dunia sahaja. Sekali aku ternampak kat hiburan(aku tak berapa jenguk bahagian hiburan dalam kosmo) pertaruhan siti selama 16 tahun. Blur kambenglah aku,apa yang siti nurhaliza pertaruhkan? Sebagai manusia yang suka ambil tahu akan hal manusia lain,aku clicklah berita dia. Rupa-rupanya dia terbitkan lagu dalam Bahasa Inggeris. Aku tak hairan pun. Biasa je.

  Lalu aku menjenguk youtube dan taip "Siti Nurhaliza" then kuar kat bawah "Siti Nurhaliza falling in love". Aku dengarlah lagu ni,masa aku dengar lagu ni,aku baca ada banyak komen negatif. Cakap sebutan Bahasa Inggeris Siti tak baguslah,bunyi lagu macam irama melayulah,begitulah,beginilah. Aku dengar ok je pun,tak berdarah telinga aku. Ada juga penyokong siti yang suka dengar siti nyanyi lagu inggeris dan ada juga tidak. Komen atas pagar pun ada juga. Tak kata sedap,tak juga kata tak sedap.

   Apalah komen aku pasal lagu Siti Nurhaliza yang terbaru ni?

   Mula aku dengar lagu ni ada macam irama melayu di intro,lirik dia biasa sahaja macam lirik lagu-lagu melayu dia,sebutan dia bagus dan lancar dalam Bahasa Inggeris. Overall from scale 1-10,aku bagi 5.8 sajalah. Biasa-biasa macam lagu-lagu dia berbahasa melayu sebelum ni. FYI,aku bukanlah peminat Siti Nurhaliza jadi skala aku tentulah berbeza dari peminat-peminat Siti Nurhaliza.

   Bagi aku,percubaan dia merakamkan lagu Bahasa Inggeris agak berjaya setelah lama menyanyi lagu dalam bahasa Melayu. Tapi yang aku tak boleh blah bila orang komen dalam youtube,ni mesti peminat tegar dia ni "...Siti cuba mengharumkan nama Malaysia dan bawa ke persada dunia,klu berjaya lepas ni lebih ramai lagi anak muda malaysia boleh mengharumkan nama malaysia. Sekalipun dia Gagal berduet dgn mana2 Artis Antarabangsa, sekurang2nya dia mencuba daripada hanya bercakap sahaja.. Siti memang layak jadi Artis No 1 Malaysia... Siti The best of the best...".-hafsham86-
Takkanlah nak malaysia terkenal dengan dunia nyanyian pula? Banyak benda belia-belia Malaysia boleh buat bagi mengharumkan nama negara.

   So dato Siti,wish you all the best from not your fan. Bukan anda sahaja artis yang boleh bawa malaysia ke mata dunia,ramai lagi yang masih muda dan berbakat waiting to be discover. Nak tahu,check saja video dalam youtube. Internet make the world small.

p/s: sesiapa saja yang dalam puak peminat siti,jangan mengada-ngada nak hentam aku.

This is the song.Enjoy!

Wednesday, September 28, 2011

kesempitan sementara.

  Bagi aku setiap orang pasti akan mengalami masalah kewangan. Setiap orang mempunyai cara tersendiri bagi menyelesaikan masalah kewangan. Ada antara mereka akan berhutang,buat double job dan bisnes kecil-kecilan.  Kadang-kadang ada yang menggunakan kaedah mistik seperti memanggil duit turun dari langit. Tak logik sungguh sedangkan duit datang dari kilang duit. 

  Aku nak cerita 3 perkara utama orang akan buat bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka.

Bisnes kecil-kecilan
Bisnes ni dijalankan secara kecil-kecilan bagi menambah wang poket. Untung tidaklah banyak sangat tapi cukup-cukuplah menampung gaji. Lazimnya dilakukan oleh orang yang kerja di pejabat. Contoh-contoh yang dapat aku berikan ialah berjual kain,keronsang,jual krim kecantikan,agen avon atau tupperware dan membuka gerai atau kedai runcit.

Kebaikan: siapa yang pandai pusing modal dan dapat jadikan bisnes mereka aktitviti berterusan maka untung yang mereka dapat tidak putus-putus. Untung walaupun sedikit tapi kalau rajin menyimpan,dah boleh beli hyundai starex. alahhhh,van mewah tu. Silap haribulan,dah boleh pencen dan kembangkan bisnes.

Keburukan : dahlah sibuk kerja pejabat then buat lagi bisnes,mana ada masa untuk diri sendiri. Kalah orang yang bekerja di bidang perhotelan. Lama-kelamaan kerja-kerja di pejabat pun terabai kerana asyik terlalu fokus membuat bisnes. Kalau untung banyak bolehlah berhenti tapi kalau untung sedikit sangat? Terpaksa pakai duit gaji untuk cover. Dah susah bertambah susah lagi. Kalau part untung sedikit mesti orang tu ambil bisnes yang ramai dah orang ceburi. Ataupun bisnes berisiko tinggi.

Kesimpulan: Jangan terlalu ghairah buat bisnes jika masih lagi makan gaji. Perlahan-lahanlah dan atur strategi baik-baik. Banyakkan belajar dari kesilapan. Jangan lupa rajin menyimpan duit hasil daripada bisnes. Pakai saja gaji kalau nak berbelanja. Bila dah time sesak betul-betul baru pakai atau time nak manjakan diri jika tak tahan dah nafsu tu macam pergi spa,melancong dan lain-lain.

Double Job
Siang tukang hantar barang,malam jadi pak guard. Siang kerja jadi cashier di kedai runcit,malam kerja jadi cashier di 7-11. Macam rumah tu hotel je,tempat mandi dan tukar pakaian. Aku buat satu kerja saja macam nak putus nyawa apalagi dibandingkan dengan orang yang buat dua kerja. Aku puji dengan keazaman mereka buat dua kerja sekaligus dalam 24 jam hanya demi mengubah nasib hidup mereka yang kesempitan duit. Tetapi kalau mereka buat dua kerja dalam jangkamasa yang lama dan bukan sekejap,memang nak bunuh diri la tu.

Kebaikan: Double money. Banyak duit. Dijamin dapat membantu meringankan beban kewangan.

Keburukan: Banyak buruk dari baik kalau buat macam ni. I mean badan kita bukan macam badan robot,even robot pun akan ada masa rosak apalagi manusia. Sebab terlalu bekerja,kehidupan pun macam hitam putih,tak ada seri. Terasing dari keluarga dan rakan-rakan. Missed macam-macam event dalam hidup. diri-sendiri tak terjaga,makan minum dan tidur tak tentu. Persoalan yang bermain dalam fikiran aku jika aku tahu seseorang itu buat double job adalah "bagaimana kamu belanja duit gaji kamu?"

Kesimpulan: Double job ni boleh buat kalau mempunyai azam dan daya ketahanan diri yang kuat. Lagi satu,jika betul nak buat double job,maka lakukan dalam masa yang singkat. Jangan lama-lama.

Berhutang
Cara paling senang dapat duit daripada kedua-dua cara di atas. Cakap saja dengan orang nak pinjam berapa ringgit dan sudah ada duit di tangan. Itu kalau dengan member-member atau keluarga. Kalau dengan ah long atau syarikat pinjaman peribadi lain,sengsara sedikit.

Kebaikan: Senang dapat duit.

Keburukan: liat nak membayar balik atau jika pinjam dari ah long,hidup sentiasa terancam. Sudah susah bertambah susah.

Kesimpulan: kalau hutang kecil-kecilan yang kamu rasa kamu mampu bayar bolehlah berhutang. tapi kalau nak meminjam wang dalam jumlah yang besar,baik fikir kali kedua. Sama ada mahu jadi musuh kepada saudara-mara atau member-member ataupun dikejar ah long,dirantai dan dikurung.


  Di atas ni adalah tiga cara utama bagi menyelesaikan masalah kesempitan wang. Bagi aku untuk mengelakkan diri dari kesempitan wang,lebih baiklah berjimat-cermat dan menyimpan duit dalam tabung/bank. Aku tak sanggup lakukan tiga-tiga penyelesaian di atas secara jujurnya. Bagi aku menyusahkan. Sebab bila dah ada satu kerja ni pun boleh merungut macam-macam apalagi nak bisnes dan buat kerja lagi satu? Berhutang? Penat nak bayar sana sini walaupun senang je dapat duit.

  Jadi kita semua harus prihatin terhadap money management kita. Kaji duit tu belanja ke arah mana,adakah barang yang dibeli berfaedah dan simpan duit sedikit-sedikit. Manjakan diri sekali-sekala tapi jangan selalu. Duit susah dicari tapi senang dibuang. Sekian.

Saturday, September 17, 2011

Tidak tolong kau,serba-salah. Tolong kau jadi masalah.

   Pernahkah berada dalam situasi dimana "diluah mati emak,ditelan mati bapa"? Aku pasti semua orang mengalami situasi yang sama. Tipulah kalau bilang tidak pernah. Walau bagaimanapun,ini bukanlah cerita aku. This is from someone I know,so mari aku cerita secara lebih lanjut.


   Kawan aku ni suka tolong orang. Asal orang minta tolong,cepat ja tangan dia hulurkan. Kadang-kadang sampai menyusahkan dia tapi dia tak kisah. Janji orang yang dia tolong tu senang hati. Manusia,kalau terlalu disuapkan nasi pakai sudu emas,jadi manja.Tak kenang budi orang yang pernah menolongnya dahulu. Macam tisu,lepas pakai terus buang.

  Adalah seorang kawan kepada kawan aku ni minta tolong kawan aku carikan kerja di tempatnya(kawan akulah). Jadi dia pun tolonglah macam biasa. Then apabila kawan kepada kawan dia dah dapat kerja tu,boleh-boleh pula dia melarikan diri? Pastu sms dengan kawan aku dia dah dapat kerja lain? Bengang giler ah kawan aku tu. Dahlah orang susah-susah menolong,diabaikan begitu ja? Kalau kawan aku tahu,dia takkan tolong tapi apa boleh buat,benda dah jadi. Sekarang dia dah tak kawan dengan kawan dia.

  Hrmm,bolehkan kalau kita bilang kawan kepada kawan aku tu penakut sebab dia delete kawan aku dari facebook dia? Ketaralah dia salah.

  Moralnya disini,kadang-kadang kita tak perlu menyusahkan diri bagi mengelakkan perasaan serba-salah menghantui perasaan. Nanti jadi masalah,panjang lagi cerita. Nasib bos kawan aku tu yang interview mamat lahanat ni tak marah,malah berkata bahawa kawan kepada kawan aku ni penakut. Takut akan cabaran kerja. Boleh tolong orang tapi harus berpada-pada,jangan sampai menyusahkan diri untuk melihat orang senang. Orang kalau senang terus pura-pura lupa,alpa akan kesenangan mereka. Bila dah susah,mereka akan cari balik orang yang pernah tolong mereka dahulu. Apa boleh buat,dah perangai manusia macam tu kan? :)

Hebatkan ciptaan aku?

    Hebat! Macam kau tuhan ni. Memang kau terer ah,terer buat anak.

Aku ada nampak seorang ibu muda post di facebook akan gambar anaknya yang masih kecil. Memang tak dapat dinafikan bahawa budak itu memang comel. Tapi semua bayi pun comel. Ciptaan Tuhan,biasalah.Allah suka akan benda-benda cantik. Aku sebagai seorang manusia yang turut juga menyukai benda-benda cantik ni pun tengoklah gambar tu dan memuji-muji dalam hati. Aku ni kalau korang nak tahu(tak nak tahu pun tak apa) sebenarnya kurang alert. I just saw the bigger picture and missed some tiny details. Mahu tengok 2x baru aku faham. Jadi,aku pun tengoklah description gambar bayinya yang comel. "Hebatkan ciptaan aku?" and I was like "what the fuck?". Kau bukan Tuhan bilang anak kau cute sebab kau yang "cipta" dia. He muncul by the mistake you've done with your boyfriend-now-husband so wake up la perempuan. Bukan everything in the world according to you. Aku terkejut like "hell no!," Istighfar sahaja aku mampu lakukan(sebab lepas memaki baru aku ingat mahu mengucap). Aku tak komen bilang "kau bukan tuhan babe bilang begitu" sebab aku tahu dia ada akal untuk berfikir. So pandai-pandailah fikir when cakap begitu. Arrogant sangat la tu. Oleh itu dalam Islam,ketika mengutarakan sesuatu ayat atau perkataan,kena berhati-hati agar tidak mendatangkan syirik,munafik dan benda-benda yang tak baik.  Mudah-mudahan Allah ampuni dosa dia,amin.

Tuesday, September 13, 2011

Jihad bukan perang suci,Islam bukan pembunuhan.

   Tajuk di atas aku ambil dari lirik lagu Words I never said yang dinyanyikan oleh Lupe Fiasco feat Skylar Grey.  Hehehe,aku sengaja terjemahkan dari bahasa Inggeris pergi ke bahasa Malaysia kerana itu adalah bahagian aku paling suka dengar. Hari ni mau dekat 10x aku dengar lagu yang membuatkan aku bangga menjadi orang Islam. "Jihad is not a holy war...murdering is not Islam..." dimana ayat ini sangat betul. Orang amerika yang bukan beragama Islam selalu menganggap asal dengar perkataan JIHAD maknanya mesti perang. Excuse me,Jihad bukan maksudnya "perang". Jihad adalah kesungguhan. Kosa kata Jihad ni boleh digunakan secara meluas seperti contoh menuntut ilmu(jihad menuntut ilmu).  Kenapa aku guna contoh menuntut ilmu? Sebab dalam Islam menuntut ilmu dapat pahala. Islam pula bukanlah maksudnya pembunuhan. Islam dari bahasa Arab maksudnya harmoni,sejahtera dan dirujuk dari istilah adalah menyerah diri kepada Pencipta yang maha berkuasa dan mentauhidkannya dengan penuh keyakinan.

   Aku sebenarnya nak ceritakan dari mana aku tahu lagu ini tapi takpalah,aku mesti explain kenapa aku suka bahagian lirik itu.

   Aku baru tahu lagu ni dari blog serius oleh obefiend. Aku memang minat baca blog ni,lepas baca kosmo online,aku akan baca blog serius. Bila aku tengok-tengok entry mana yang paling best untuk dibaca,aku nampak video ni. Jadi tanpa membuang masa aku pergi Youtube dan mencari lirik video lagu ini. Bila aku baca lirik ni,aku terus suka dengan lagu ni. Bagi aku,ini bukan sahaja mewakili orang muslim tapi secara terang-terang mengutuk Amerika.Iyalah Amerika ni memang pelik sikit,mereka berabis nak berjuang berlawan dengan pengganas konon tapi negara sendiri tak terjaga. Akhirnya mengalami kemelesetan ekonomi yang serius,masalah sosial semakin teruk dan orang miskin bertambah miskin manakala orang kaya bertambah kaya. Sistem pendidikan?? Hmm,talk to the hand. Tapi Amerika mempunyai universiti-universiti yang berprestij macam Harvard,Yale dan banyak lagi. Sungguh ironik bagi aku sebenarnya apabila sistem pendidikan sekolah lemah tapi sistem pendidikan universiti kuat. Public Health system? Kalah dari britain yang memang bagus healthcare system mereka. Ok,cukup.

  Macam agak melencong pula perenggan atas tadi.  Tapi tak apa,memang ni maksud lagu "words I never said".

  Di bawah ni adalah music video Lupe Fiasco beserta dengan lirik di bawah sekali. Fahamkan maksudnya kerana Lupe Fiasco bercakap benda betul. Dia pernah menggelar Presiden Obama sebagai pengganas dan tindakan itu sangat berani apatah lagi bagi seorang muslim seperti dia.





"Words I Never Said"
(feat. Skylar Grey)

[Skylar Grey]
It’s so loud Inside my head
With words that I should have said!
As I drown in my regrets
I can’t take back the words I never said
I can’t take back the words I never said

[Lupe Fiasco]
I really think the war on terror is a bunch of bullshit
Just a poor excuse for you to use up all your bullets
How much money does it take to really make a full clip
9/11 building 7 did they really pull it
Uhh, And a bunch of other cover ups
Your childs future was the first to go with budget cuts
If you think that hurts then, wait here comes the uppercut
The school was garbage in the first place, that's on the up and up
Keep you at the bottom but tease you with the uppercrust
You get it then they move it so you never keeping up enough
If you turn on TV all you see’s a bunch of “what the fucks”
Dude is dating so and so blabbering bout such and such
And that ain't Jersey Shore, homie that's the news
And these the same people that supposed to be telling us the truth
Limbaugh is a racist, Glenn Beck is a racist
Gaza strip was getting bombed, Obama didn’t say shit
That's why I ain't vote for him, next one either
I’ma part of the problem, my problem is I’m peaceful
And I believe in the people.

[Skylar Grey]
It’s so loud inside my head
With words that I should have said!
As I drown in my regrets
I can’t take back the words I never said
I can’t take back the words I never said

[Lupe Fiasco - Verse 2]
Now you can say it ain't our fault if we never heard it
But if we know better than we probably deserve it
Jihad is not a holy war, wheres that in the worship?
Murdering is not Islam!
And you are not observant
And you are not a muslim
Israel don’t take my side cause look how far you’ve pushed them
Walk with me into the ghetto, this where all the Kush went
Complain about the liquor store but what you drinking liquor for?
Complain about the gloom but when’d you pick a broom up?
Just listening to Pac ain't gone make it stop
A rebel in your thoughts, ain't gon make it halt
If you don’t become an actor you’ll never be a factor
Pills with million side effects
Take em when the pains felt
Wash them down with Diet soda!
Killin off your brain cells
Crooked banks around the World
Would gladly give a loan today
So if you ever miss a payment
They can take your home away!

[Skylar Grey]
It’s so loud inside my head
With words that I should have said!
As I drown in my regrets
I can’t take back the words I never said, never said
I can’t take back the words I never said

[Lupe Fiasco - Verse 3]
I think that all the silence is worse than all the violence
Fear is such a weak emotion that's why I despise it
We scared of almost everything, afraid to even tell the truth
So scared of what you think of me, I’m scared of even telling you
Sometimes I’m like the only person I feel safe to tell it to
I’m locked inside a cell in me, I know that there’s a jail in you
Consider this your bailing out, so take a breath, inhale a few
My screams is finally getting free, my thoughts is finally yelling through

[Skylar Grey]
It’s so loud Inside my head
With words that I should have said!
As I drown in my regrets
I can’t take back the words I never said

sumber maksud Jihad
sumber maksud Islam

Friday, September 9, 2011

terjumpa benda yang boleh menyebabkan orang sanggup berkata "aku takkan kahwin sampai bila-bila!"

   Aku kaki facebook dan seperti biasa aku tengok homepage dulu. Membaca status facebook like evening news la aku ni. Lepas tu aku terjumpa something yang aku rasa tidak interesting dan mustahil untuk mencapai cita-cita itu walaupun benda ni memang diharuskan dan dapat pahala jika melakukannya.

    Mari kita semua tengok gambar yang menggerunkan dan mampu menggugat emosi.
Klik gambar ni jika tak nampak dan tak percaya.

   Ya boys...hantaran kahwin sangat mahal dan nampaknya terpaksalah bercinta sampai tua. Macam menjual anak saja. Harap-harap nanti aku kahwin hantaran aku sekitar bawah rm1000 sahaja. Aku tidak mahu menyusahkan bakal laki aku lagipun lepas kahwin lebih banyak lagi perbelanjaan. Hantaran kat dalam gambar atas ini bukan lagi kahwin,ni macam menjual sudah. Bisnes-bisnes.

   Ok so what I want in my wedding? Nikah,makan-makan,berkenalan dengan keluarga,sanak-saudara baru dan masa bersendirian suami isteri. Hantaran? Bawah RM1000 dan yang penting aku boleh pakai sampai bila-bila. Simple saja permintaan aku lagipun malaslah nak grand. I just want the memorable,lovely,quiet wedding yang aku akan ingat sampai bila-bila.

   Dah enough about wedding. Nanti berangan jauh pula aku. Hahaha.

Thursday, September 8, 2011

murung.

   Entahlah aku ni kenapa rasa sangat stress hari ni. Bila aku rasa begini,masa aku mencari kawan aku yang paling rapat,pandai pula dia tiada,sibuk. But cannot blame her walaupun hati aku ni asyik cakap "kau marahlah dia,masa kau tengah susah hati,mana dia?," lagipun kawan aku tu ada life,tak macam aku,asyik tension ja memanjang.
 
  Sekarang ni aku rasa malas dan asyik mahu tidur sahaja walaupun tidak mengantuk.

    Dah berapa minggu aku down ya? I think I already lost track of time. Even tarikh hari ni pun aku boleh terlupa. Tumpuan aku ketika melakukan sesuatu pandai hilang-hilang macam line DG yang pandai datang bulan,sms asyik pending saja memanjang. Ok,aku mula mengarut.  Tapi betul,kadang-kadang benda yang senang pun aku boleh lupa nak buat macam mana.

    Rasa macam nak merokok kembali pun ada(tapi tak ada duit) dan nak terjun bangunan juga (tapi takut mati).

    Apakah perasaan aku sekarang ni? Secara jujur perasaan aku bercampur-baur tapi aku akan cuba senaraikan.

  1. Marah
  2. Sunyi
  3. Benci
  4. Putus Asa
  5. Mahu ketawa
  6. Loser
 Tak pasti kenapa aku mempunyai perasaan sebegitu sebenarnya. Perasaan-perasaan yang aku senaraikan ni akan datang secara tiba-tiba. Lepas tu aku akan sakit kepala sekejap dan rasa nak muntah-muntah. Sekarang sakit kepala tu dah tidak berapa lagi menyerang aku cuma aku rasa nak muntah sahaja.Sometimes I do vomit too tapi aku pretend aku pesakit bulimia instead of stress sampai muntah-muntah. Aku rasa lebih baik berpura-pura sebegitu.

  Done with this. Aku harap aku akan pulih dari keadaan murung sebegini. Mungkin aku sekarang tengah berusaha menyesuaikan diri dan this is what they called "dealing with lives." Dulu masa di sekolah menengah lagi teruk,sampai tiga biji panadol aku telan untuk hilangkan sakit kepala dan asyik mahu menangis sahaja walaupun tiada benda mahu disedihkan. Marah tu ada juga tapi aku jenis menahan marah jadi aku luahkan melalui air mata. Lemah sangat aku masa tu sampai berfikir hendak menikam diri dengan pisau potong sayur di rumah. Aku tak nak mati juga time tu,aku cuma mahu melarikan diri. Aku cuba mengelar tangan tapi aku tidak melakukannya kerana aku tidak mahu melihat parut. Walaupun dalam fikiran aku,pain is the way getting through the stress namun ada sahaja menghalang aku dari mencederakan diri sendiri. Satu-satunya cara aku boleh cederakan diri tanpa tinggalkan parut,cuma lebam adalah sparring taekwondo. Tak kisah dibelasah dan membelasah orang,I just wanna let go of my pain.

   Too much secret already spilled. Aku harap orang tak anggap aku sebagai individu yang suka merosakkan diri sendiri. Aku sayang diri aku tapi aku tak tahan dengan hidup aku yang agak kurang berjaya dari rakan-rakan sebaya aku.

rage: macam sial pula kau sana.

   Hari ni aku mau marah bukan sebab aku mahu tarik audience untuk baca blog aku yang tak seberapa tapi aku panas dengan sikap sesetengah budak-budak praktikal di tempat kerja aku ni yang melayan kuli macam nobody. Bukan semualah nda baik tapi ada seorang tu aku nda berkenaan langsung dengan perangai macam dia bagus sangat. Macam haram adalah.

  Izinkan aku memaki,menyumpah dan mencarut terlebih dahulu.

   "Hek eleh,tai ko ini mau eksyen depan aku. macam kau bagus sangat??? Kau layan orang kerja bawahan macam kuli tapi bagus lagi kuli dari kau,ada gaji lagi. Yang kau tu apa? bergantung dengan duit ptptn atau biasiswa,kau mana ada gaji macam aku,neyh~~. Suka hati aku la ba mau online pakai laptop ka apa ka,bukan kau yang bayar digi broadband aku. Yang ko ejek2 "online2" macam pukima apasal? Kau ingat kau tinggi macam galah aku nda dapat kasik jatuh kau? Sekali aku tiup badan kau macam papan,fuh terabang terus pergi ke pokok ara sebelah supermarket sunny. Dalam ramai-ramai budak praktikal aku jumpa,kau la bah paling bikin panas. Asal kau datang pergi sini,macam aku mau terkam kau,tumbuk muka kau sampai pecah. Syukur ja la kau jumpa dengan orang penyabar,kalau kau jumpa dengan gila-gila babi?? Mati kau sana. Hish,kau memang sial la! setakat budak praktikal jangan kau eksyen depan aku. At least aku ada duit sendiri,ko mana ada,"

   Ok,stop. Jangan melampau.

   So kids or siapa-siapa yang tiba-tiba terlawat blog aku secara tidak sengaja,maafkan aku atas kekasaran bahasa ni. Aku rasa ni pertama kali aku abuse my freedom of speech dengan menggunakan kata-kata kesat. Apakah moral di sebalik kemarahan aku ni? Janganlah nak temberang dengan orang kerja kuli walaupun cuma pelajar praktikal di tempat kerja government. Belum tentu lagi graduate lepas ni terus dapat kerja bagus-bagus. Aku yang kerja kuli ni pun nda sombong-sombong apalagi kalau orang yang masih mengharap duit bantuan kerajaan dan parents.  Merendah diri okay? :)

   

Thursday, September 1, 2011

I don't want this humilation

  3.00 p.m, 12th June 2010
   This is Julia's last time online her Facebook. She has no idea what to post on her latest status. She seems like divided between update or not but she just proceed anyway. She wants everybody know what's on her mind now. After a long thoughts,she put this as her status.
"Will jumping off building. Bye everyone and don't miss me."
After that,she logged out from her Facebook and going out from her house. She only brought her mobile phone and some money. She deliberately did not carry her identity card because she don't want her parents looking for her.

 *Few days ago
    "That Julia pig is lessie,gay people like her should die," Lisa says to her friends as they in the toilet,fixing their make-up and all that. They didn't know that Julia in one of the cubicle. Julia heard their chit-chat and hold her tears so the girls don't know she was there. 
    "If she dies,the Satan will not accept her and says the place is already full," Amy says as she laughed evilly with the girls. Carol,the other girl said in a tone of insult "She is the same as her gay friends too.they should committed a suicide at the waste dumps. Julia's parent is stupid for giving a birth to a fag. If I was her mother,I should throw her away in a bin and let the stray dogs eat her alive," Lisa was shocked by Carol's statement but in her eyes she support what had just Carol said. Then Lisa says "Well,you're right. We should called the fags as alien," now it's Amy turn to wow by Lisa words just now. Amy says "you are genius. the fags is an alien because their only fucking themselves," they laughed so hard when Amy said that.
   Julia's tears slowly dropped. She can't stand the things they talking about her. She just want to get out and hit them one by one but their in groups and Julia only one. 
   They're cruel! Mean bitches! Selfish! Julia cursed them silently. She didn't ask for the insult,she want some respect but everybody in the world is mean. What have she done wrong to them to deserve this slap in the face?
   After the three mean girls is out,Julia slowly open the door and look herself onto the mirror. She remembered how she was beaten because she just sit next to girl,her bag pack being thrown away from the building and the person who do that ask her to jump to get the bag pack. Her food was once spitted by a boy,student in her same school and she totally don't know who he is. This is all because of Olivia,friend of the three mean girls just now who had took her video and Ashley at a party and spread the video to everybody at school,without their knowledge. Ashley had to transferred school after the unfortunate event but Julia stays because her parent can't afford to move her to other school. as a result,she became the brunt of ridicule subject to people at her school including teachers.

   The night before 12th June
    Julia stared at the ceiling in her room. It's been a long time after the video spreaded,Ashley didn't contact her yet. She felt lonely when Ashley's Facebook account has disabled. Adding more salt to her wound. What's the point of living anymore? People will never stop telling her to go die and burn in hell. 

    5.00 p.m,12th June
     Julia sits at the brink of the building. Her mobile phone hasn't stop ringing since her latest and last status in her Facebook. Many text said "please don't do this dumb act". She ignore it. Even if she live,then people will continue mocking her and her sexual orientation. It still the same thing,she thought. She throw her mobile phone from level 5 of the building and it shattered. Then she stand up and she stretch herself. Julia looks like she fearless to die. Then she plunge,while doing this she smiling.
After this,nobody can hurt me anymore.
Julia died immediately on the ground. People was shocked,screaming surprise while some of them calling 911 for help. Maybe if the ambulant come quickly,she still had the chance to survive. But sadly, a teenager who once smart and active in volunteering activity eventually die from sexual beliefs differ from others.