Sunday, October 23, 2011

Twitter bikin aku malas blogging

  Aku ada twitter. Nama twitter aku Zya Lemon dan anda boleh google nama tu sebab aku biarkan account twitter aku public. Aku lebih banyak meluahkan perasaan di situ. 160 patah perkataan memang memaksa aku menjadi kreatif dalam menulis. Tapi aku suka ni sebab pendek dan mudah difahami. Kita boleh jadi whiny brats dalam twitter tu.
  
  Aku perasan blog aku mula terabai sejak bulan lalu,jadi sebab aku nak biarkan blog ini untuk terus hidup,aku update je walaupun tak ada benda nak cakap. Sebenarnya memang ada tapi aku dah luahkan kat twitter so why bother writing about same things in the blog? Tapi blog nilah yang buat aku teruja untuk membaca blog-blog lain,memberi idea untuk next writing. Sayang sangat nak delete sebab dah banyak thoughts aku share didalam.

  Ok,aku rasa luahan aku ni macam hampir2 melencong,jadi aku pun tutup post ni dengan ayat "aku akan sentiasa blogging walaupun orang tak baca dan aku sudah mempunyai twitter."

Friday, October 21, 2011

rambut berkilat? apa rahsianya?

  Memandangkan aku tak dapat post gambar rambut aku di blog kerana masalah internet yang sangat lembab tapi aku nak share juga macam mana cara nak bagi rambut berkilat,jadi aku hanya mampu bagi tips macam dalam laman web kesihatan dan kecantikan berikan. Ok,ulang balik kepada "...post gambar rambut aku...." di ayat atas,sebenarnya rambut aku dah berkilat macam Fauziah Ghous. Belum cukup panjang tapi berkilat,macam aku mahukan. Aku suka rambut aku berkilat dan lembut. ^_^V

  1.   Pakai shampoo yang sesuai dengan anda. Aku pakai shampoo clear soft and smooth.
  2.   Lepas cuci rambut,rambut yang basah tu sila perah tapi jangan kuat sangat. Setakat mengeluarkan air je.
  3.   Lap sikit-sikit,bagi kering. Jangan lap kuat sangat,nanti rambut kusut dan mudah gugur.
  4.   Siapa yang ada hair dryer cold setting,gunalah untuk keringkan rambutnya. Jika tiada,apa lagi guna fesyen lamalah,hala rambut ke kipas tapi jangan terlalu dekat. nanti tercabut rambut.
  5. Bila dah kering kat bahagian kulit kepala,boleh sisir rambut tapi gunakan sisir rambut bergigi jarang.
Lepas habis lima step macam aku selalu buat ni,kalau nak gayakan rambut gunakan haba panas macam pelurus rambut dan pengeriting rambut,boleh je. Asalkan dah betul-betul kering. Memang lamalah,jadi kalau nak berjalan,sila bersiap satu setengah jam lebih awal.

  Ok,tips tambahan. Pakai hair serum sekali-sekala macam seminggu sekali.itu kira dah paling kerap pakai hair serum. Leave on hair conditoner dipakai setelah rambut separuh kering,kalau dipakai masa basah-basah,it will leave sticky residue on your palm. Ingat,bila pakai leave on,jangan letak berdekatan kulit kepala,nanti berminyak pula kulit kepala. Kelelumur adalah perkara biasa tapi bila sudah gugur macam salji di bahu,sila ambil perhatian serius.

  Masa untuk membelai rambut. kbai.

Thursday, October 20, 2011

Yumminess yang cuma aku sahaja faham.

   Hahaha,yummy maksudnya sedap dan selalu dikaitkan dengan makanan. Bagi aku,yummy bukan sahaja bermaksud makanan sedap,yummy bermaksud lelaki cute dan hensem.

   Ok,agak tak logik untuk mengaitkan lelaki dengan perkataan "yummy" kerana mereka bukan makanan. Tapi suka hati akulah kan? Semua orang ada pendapat masing-masing. I'm sorry to guys because saya samakan kamu dengan makanan,but I just couldn't help it. Hahaha.

  Dari mana lagi aku dapat idea menggunakan perkataan yummy untuk menggambarkan lelaki yang menjadi eye candy? Well,aku kan peminat Jennifer's Body,aku perasan Jennifer bulatkan gambar atlet lelaki dalam majalah sekolah dan meletakkan ayat "yum". Jadi dari situlah aku dapat idea memanggil hensem and cute boys as yummies.

  Kawan-kawan aku masa form 6 yang perempuan tahu aku panggil lelaki hensem dan cute dengan nickname yummy. Dorang usik-usik akulah dengan perkataan "yummy". Aku tak terasa sebab memang aku suka cakap "yummy". Asal nampak lelaki hensem dalam majalah,dorang panggil nama aku dan cakap "naa,yummy," aku ketawa saja ni.

  Sampai sekarang aku panggil lelaki hensem dan cute sebagai yummy tapi dalam hatilah,bukan depan-depan boyfriend aku. Nanti merajuk pula dia (hehe,comel juga dia merajuk). Ok,kakak aku tahu kalau aku sebut yummy apa maksudnya. Hahaha.

   Jadi aku dengan tak malunya malam ni,aku telah berkongsi dengan kamu nickname for eye candy aka cute and handsome boys. YUMMY.

p/s: actually when the 1st time I meet my now-then boyfriend,I never called him as yummy. because I just fall in love with him.

OK,dah. Cukup-cukuplah aku malukan diri sendiri malam ni. hahaha.
 

Sunday, October 16, 2011

what have I done for myself so far?

  For a past few days,I've been thinking what is my contribution for myself as I saw many of my friends living their dream. I still stuck in my same life and do not moving on. What is wrong with me,am I afraid of changes that will happen to me? Or I just being the plain lazy girl with no ambition and vision to makes her life improve better?

  This crazy thought makes me moody for a past few days. Suddenly I can get very annoyed over small things even if it's not important for me to angry about.

  My feeling now is hurt and I can't help crying about it last night. Everything I do suddenly meaningless. Even reading comic book not fun anymore. I just want everything in my life run smoothly. How I wish I could go back being 7 year olds and the hardest decision I do is choosing which color pencil I will use or 43+22 is a big deal for me.

  Well,I try not to give up and work harder to achieve better life for me. I should not whining now. I can do this,I've got a courage. :)

Wednesday, October 5, 2011

oven,blender,mesin basuh dan keinginan tertangguh

   Semuanya bermula kerana ingin memakan sepotong cheesecake buatan air tangan sendiri.

   Nak makan cheesecake buatan sendiri kena ada oven. Tapi sebelum tu kena ada resepi untuk buat cheesecake. Masalahnya aku tahu macam mana nak buat cheesecake cuma oven di rumah ni sudah hampir pencen walaupun belum tiba masanya. Api kat bahagian bawah sejuk je macam kutub utara tapi api kat bahagian panas membara. Jadi jika baking kek dalam oven separa pencen tu,kek tu akan masak di bahagian atas tapi kat bawah tidak masak.

  Tiba-tiba blender pula interframe fikiran aku yang masa tu asyik memikirkan bilalah-aku-nak-beli-oven-baru. Blender kat rumah nak berhenti dari perkhidmatan gara-gara asyik sakit ja. Tapi sekarang masih mampu berkhidmat kepada aku untuk mengisar bawang dan lada kering yang telah direbus.Cuma kadang-kadang ada electric spark dekat suis dia. Penutup dia pun tak macam penutup,nasib masih boleh cover lagi. Janganlah blender ni rosak dulu buat masa terdekat ni. Aku malas nak tumbuk bawang merah,bawang putih pakai lesung.

   Apabila oven dan blender menari-nari dalam kepala aku sambil membuat ballroom dancing,mesin basuh menjadi party crasher. Ahhhh,tension aku memikirkan mesin basuh yang semakin semput di rumah. Nasib manual,kalau auto? Tak ada jawapan. Mesin basuh aku tu nda pandai berenti berpusing kecuali ditutupkan suisnya dan ini menyusahkan kalau nak kasik kering pakaian pakai pengering kan? Nasib abang aku ni ada tangan bertukang,dia modify mesin basuh tu jadi masa keringkan pakaian aku tak perlu dengar bunyi mesin bahagian basah berbunyi padahal tak ada kain dalam tu. Caranya di wash program,kalau pusing antara gentle,normal dan strong maka mesin tu akan berfungsi. Kalau nak kasik stop,halakan je tombol mesin tu ke gentle,normal dan strong maka,mesin basahan tu pun akan berhenti berbunyi. Diharap siapa ada mesin basuh manual faham akan benda yang aku cakap ni.

   Maka keinginan aku untuk makan cheesecake buatan tangan tertangguh sehinggalah oven baru take over tugas oven lama.Blender baru dan mesin basuh baru akan join selepas veteran masuk ICU dan tidak dapat diselamatkan lagi.

   p/s: sebenarnya kakak aku yang buat tu cheesecake,bukan aku.

Tuesday, October 4, 2011

The most screwed facebook moment when I saw this fact from twitter

   Well I love facebook and I don't have a life. Here is my daring confession,hahaha. I love twitter because I love reading the quotes and guess what,I found out something interesting and make me says "so that's why he or she name always on my friendlist, that's because he or she always looking at my page," Amaze but feeling screwed. Suddenly feel embarassed now because maybe my name will pop out somewhere on my friend's facebook friendlist whenever I go to see their page. Hey,I'm not kidding. I go to one of my friend's facebook and found out that my name on her friendlist. I was like "oh,no!".


   Here is the picture prove if you not believe me

See that? Amaze but in the same time embarrass for myself.
  I should laugh right now. Hahaha.

Aku tak suka tahun 2011 ni

    Aku tahu aku tak patut cerita benda private kat blog tapi aku nak share gak... (ayat cliche).  Sebenarnya aku memang nak share dengan harapan jika ada orang terbaca blog aku dengan secara tak sengaja dapat membantu aku yang bermasalah ni. Aku sedih bila fikir masalah aku ni :'(
 
   Hari ni,di bulan oktober aku datang bulan. Bulan september lalu aku tak datang bulan tapi bulan ogos lalu ada datang bulan. Boleh dikatakan dalam tahun ni aku dah selalu period 2 bulan sekali. Januari,Februari dan Mac ok,sebulan sekali tapi bila dah masuk April dan Mei,dari situlah masalah bermula. Mula-mula aku fikir biasa-biasa saja haid dua bulan sekali ni tapi bila dah  macam selalu,rasa lain pula. Takkan pasal stress sedangkan aku ni kurang stress. Tambahan lagi aku belum kahwin(faham-faham je la). Aku ada baca juga di website yang menerangkan masalah datang bulan 2 bulan sekali tapi semuanya mengelirukan aku. Ada yang kata stress,hormon tak seimbang dan macam-macam lagi. Aku takut nak jumpa doktor sebab aku takut dengar bad news. Semua orang tak suka bad news. Penyelesaian masalah yang aku baca di internet adalah jumpa doktor,makan pil hormon(anak dara dinasihatkan jangan makan pil hormon sebab takut kesan sampingan dalam jangka panjang) dan tunggu sahaja.  Well,I hate feeling puzzled over thing I want to know right now.

   Percaya tak senggugut orang datang dua bulan sekali macam mana? Macam ditarik dan ditoreh di bahagian bawah perut,tahap maksimum. Lepas tu buat sesak nafas dan rasa lemah ja kaki nak berdiri lama-lama. Macam nak selesema tapi tak. Time aku datang bulan,sebulan sekali tiada pun sakit senggugut melampau-lampau begini. Paling-paling sakit macam kena tarik ja. Nasib sehari ja seksa sakit senggugut ni.

   Harap-haraplah siapa-siapa yang baca entry ni dapat tolong aku bagi jawapan. Aku takut ada penyakit lain.  Argh,tension aku sekarang sampai rasa macam nak marah diri sendiri. :(

Saturday, October 1, 2011

pengembaraan menghantar borang kerja sambilan ke beach hotel

  Tajuk ja gempak tapi sebenarnya biasa-biasa ja. Tadi pada jam 3 petang aku turun ke beach hotel untuk menghantar borang part time job di beach hotel di pantai tanjung aru. Aku sebenarnya nak pakai bus pergi sana sebab jauh dan penat berjalan kaki. Jarak rumah aku kampung tanjung aru lama ke pantai tanjung aru sejauh 2.8km. Hui,mau 3km! Tapi sekali tiada bus,mengalahlah aku lalu aku berjalan kaki perlahan-lahan ke sana. Dengki ni tengok orang drive kereta pergi ke pantai manakala aku pula kepenatan berjalan kaki.

  Setelah aku sampai di pantai Tanjung aru,aku pakai jalan pantai sebab pavement walk to beach hotel sunyi-sepi. Aku lagi perempuan jadi aku taknak ambil risiko terlalu besar sebab aku berjalan sendiri pun sudah boyfriend aku risau berabis. Macam-macam aku nampak masa aku berjalan di jalan pantai tadi. Ada orang main bola sepak pantai,main layang-layang,try surfing konon,member dan family jalan-jalan,kapel dating bawah pokok sambil duduk kat atas tikar dan banyak lagi. Aku suka tengok orang main layang-layang tadi dan aku pun nak main layang-layang juga. Seumur hidup aku tak pernah main layang-layang sebab mak bapa aku tak suruh main di luar rumah,bercampur dengan budak-budak kat tempat tinggal aku.

  Sampai sudah di beach hotel,aku pun pergi tanya pengawal di pondok pengawal mana nak hantar borang part time yang dah sebulan aku isi tapi belum hantar-hantar lagi. Lalu dia menunjukkan bangunan kecil yang tidak jauh dari pondok itu,orang-orang yang duduk di tempat itu memakai baju uniform berwarna biru. Aku pun buat muka innocent yang sememangnya innocent(eceh!) menghantar borang itu tersipu-sipu. Padahal nervous gila menghantar tu borang dan aku tak tahu kenapa. Lepas aku hantar borang itu di sana,aku kira nak pakai shortcut dari belakang hotel(kakak aku pernah tunjuk dulu) lepas tu masuk ke kampung tanjung aru baru,jadi jaraknya dekat sikitlah. Tapi masalahnya aku lupa di mana dan aku takut sesat jadi nda jadi guna shortcut tu,aku pun guna jalan besar tadi.

  Aku singgah pergi ke pekan tanjung aru,makan di restoran kfc orang bisu dan pekak. Maksud aku pekerja-pekerjanya yang bisu dan pekak. Kepingin aku mahu makan,kalau aku tahan-tahan keinginan aku nanti jadi kepunan jadi aku ikutlah nafsu serakah aku membaham kfc. Makan pun sorang-sorang,macam forever alone je. Lepas habis makan,aku pun keluar dari kfc,balik rumah dan tulis blog. Lepas ni aku nak mengemas bilik kakak aku,dia bilang ada upah. Tersengih-sengih dalam hati tadi pagi bila dia minta tolong aku kemas bilik sambil  berkata "ada upah untuk kau nanti." Ok.dah habis cerita. Aku nak buat spring cleaning dulu di bilik kakak aku. Babai everebadeh!