Monday, February 28, 2011

Kenyataan yang membuatkan aku sedih dan tekanan

  Haih~~ sudah berapa ramai kawan sekolah aku dulu jumpa aku dan bilang "ui na berisi sudah ko ne" nda pun bilang "gumuk juga kau" dan lain-lain komen yang memang aku sedar kenyataan badan aku dah tembam sikit. Ya,aku memang dah sedar sejak seluar jeans saiz 32 aku dah tak muat. Tapi silalah jangan tegur right in my face,just bilang "eh,makin hepi sudah kau ne" nda juga aku kecil hati sebab tue bahasa tersirat untuk menyatakan bahawa aku dah gemuk. at least aku ada teori2 yang boleh menyokong kenapa aku nampak "bahagia".
 
  Kenapa aku menulis entry sebegini? sedangkan selama ini kawan-kawan sekolah dahulu yang aku pernah terserempak sebelum ni bilang aku gemuk aku wat tak kisah ja. Ceritanya bermula begini (masa inilah aku menggunakan teknik penulisan berangkai untuk menaikkan mood bercerita)

 Pada waktu petang yang indah di hari ahad,aku dan kakakku berjalan-jalan di Taman Perdana di Tanjung Aru. Kami bercadang untuk pergi ke tempat itu sejak Taman itu dibuka namun belum ada kesempatan sehinggalah hari ahad itu. Kami berjalan kaki dari rumah (sebab rumah kami di Tanjung Aru) menuju ke Taman Perdana. Setelah tiba di taman itu,kami menikmati pemandangan indah di situ. Kami berjalan di atas trek oren dan melihat ramai orang awam yang berjalan kaki dan juga berjoging di trek itu. Perasaan melintasi trek oren ketika waktu acara tahunan sekolah di stadium likas dahulu kembali. Kelembutan trek dapat dirasakan di tapak kaki walaupun cuma memakai selipar jepun jenama crocs. Kami bergambar,berjalan dan melihat pancutan air yang menari. Waktu itu menyeronokkan. Tiba-tiba aku ternampak kawan aku dahulu ketika sekolah rendah dan sekolah menengah. Dia sememangnya cantik persis model dengan ketinggiannya yang memang cukup. Dia seolah-olah terpaksa bila nampak aku yang berjalan ke arahnya. Sebenarnya aku tak ingin menegur dia tetapi apabila aku nampak ada keluarganya,maka aku pun menegurnya sahaja. Apa yang dirugikan? cuma bual-bual kosong sahaja dan aku kena pastikan perbualan kami singkat kerana aku cemburu melihat bentuk badannya yang langsing. Kami pun bertanya khabar tetapi cuma dia sahaja yang bertanya apa aku buat sekarang kerana aku tahu yang dia sedang belajar di universiti,dalam kursus kejuruteraan. Dia berkata yang dia cuma berjalan-jalan sahaja di sini. Dia menjaga bentuk badannya yang sememangnya cantik itu semata-mata untuk acara dinner minggu depan. Dia berkata dia sudah beli baju,jadi dia harus menjaga bentuk badan agar muat dress yang dia beli itu. Aku pun iyakan sahaja tapi aku seperti mempunyai deria keenam yang dia akan berkata sesuatu mengenai badan aku. Aku bersedia dalam tiga saat keadaan mental aku apabila aku bakal ditanya mengenai soalan ini. Ternyata jangkaan aku betul. Dia berkata badan aku semakin berisi,aku cuma senyum dan menjawab "ya" sambil tersengih-sengih. Pada mulanya ayat "...semakin berisi" tidak meninggalkan kesan kepada aku. Biasalah aku dapat komen begini dari kakak aku juga. Namun semakin lama,beberapa minit kemudian,aku terasa pula. Apa lagi yang menegur aku ni memang cantik orangnya. Dia berkata "kau ngam joging,badan kau berisi" seperti perkataan "berisi" menekankan fakta bahawa aku memang gemuk. Ayat itu melekat di kepala aku sehingga aku berasa aku ni tidak berguna. Aku bukan triple threat(cantik,bijak,berbakat) aku cuma loser yang tahu bahawa jika "kau tidak berusaha,kau dibawah" dan usaha aku boleh dikatakan biasa atau tengah-tengah antara bagus dan tidak bagus. Terus aku terasa tertekan dengan diri sendiri.


  Begitulah perasaan aku. tekanan gila!!! dahlah tertekan,gila pula. Aku benci tengok diri-sendiri. Aku bukan cantik,pandai pun tidak apalagi berbakat. Kawan aku ada bakat melukis,terer matematik dan cantik. *mengeluh* aku rasa cukuplah komen gemuk ni,aku dah tak tahan lagi.

  Sampai sini sahajalah blog aku hari ni. Sekian :)

Wednesday, February 23, 2011

matlamat hidup

  Apakah itu matlamat? Maksudnya apa? Makanan ke? Atau sejenis senaman? Oh,salah jika matlamat itu dianggap sebagai senaman ataupun makanan. Hahaha,aku acah ja tu,sahaja bagi statement yang minta pelempang walaupun aku tak inginkannya. Hehe,mari kita teruskan blog ini.

 Matlamat ini mempunyai dua. Satu matlamat jangka panjang,satu lagi matlamat jangka pendek. Matlamat jangka panjang melibatkan perancangan yang teliti dan proses yang perlahan untuk memastikan sesuatu matlamat yang ingin dicapai berjaya serta halangan-halangan sepanjang matlamat ini dapat dilalui dan diselesaikan. Contoh matlamat jangka panjang ialah beli rumah. Mula-mula simpan duit pastu pilih rumah,kena sedia kertas kerja untuk beli rumah dan voila! rumah jadi milik sendiri setelah perancangan dan proses-proses yang menyakitkan jiwa tetapi berbaloi dihujungnya. Itupun kalau tiada isu ditipu pemaju lagi atau kawasan perumahan yang bakal diduduki atau sedang diduduki tidak selamat, bla bla bla(ngamlah aku jadi pemusnah impian orang,ayat aku akan membuatkan ramai orang berfikir lebih dari dua kali untuk beli rumah lepas ini hahaha) . Matlamat jangka pendek pula simple,contoh lepas balik kerja nak mandi awal. kalau mandi awal,ertinya matlamat dah tercapai tapi kalau masih lagi duduk tengok tv,update blog,main facebook(macam aku ja ni) ertinya tersasar dari matlamat ingin mandi awal.

  Setiap orang dalam dunia ni mempunyai matlamat hidup mereka sendiri tak kira matlamat jangka pendek atau jangka panjang asalkan namanya matlamat. Tipulah bilang "aku mana ada matlamat hidup" sebenarnya dia tipu ja tue,siapa yang tak terfikir kan cuma dia taknak fikir mungkin sebab dia rasa terlalu awal dan belum puas enjoy life atau dia malu,kurang selesa nak cerita. Aku pun ada matlamat juga,mungkin tak jauh beza dari orang lain macam ingin sambung belajar,kahwin,beli kereta audi(uina,jauhnya cita-cita ini). Maka aku pun senaraikan matlamat jangka pendek aku dulu lepas itu baru matlamat jangka panjang

MATLAMAT JANGKA PENDEK
-tukar kerja kepada kerja yang lebih baik.
-mesti ada lesen memandu.
-beli handphone baru.

MATLAMAT JANGKA PANJANG
-sambung belajar sampai peringkat master.
-beli kereta.
-kahwin sebelum umur 30 tahun.

  Matlamat jangka pendek ni boleh dicapai dalam masa 3 tahun tapi matlamat jangka panjang boleh menjangkau sehingga 10 tahun bergantung kepada pelaksanaan dan prosesnya.

  Kenapa aku letak kahwin sebelum umur 30 tahun sedangkan kalau sudah jodoh,boleh kahwin bila-bila masa sahaja? Sebab aku nak fokuskan dulu kepada aktiviti cari duit. Kahwin umur 25,26 okey ja bha asal tidak melebihi 30 tahun sebab aku nak mulakan keluarga pada umur 30 (syukur aku nda taruh nama sebenar dalam blog ini,aku perlukan keberanian untuk meluahkan perkara ini). Hehe,awal lagi aku plan masa depan aku. Tapi aku berserah ja lah,manusia hanya mampu merancang,Tuhan yang menentukan.

  Sementara aku berusaha mencapai enam matlamat ini,aku telah memulakan perancangan sepanjang hayat. Menyimpan duit. Gerun bukan? Terpaksa menahan hati nak shopping baju mahal dan make-up hanya untuk simpan duit demi masa depan. Tapi kesusahan masa sekarang adalah kesenangan masa depan. Fikir positif. Boleh shopping tapi kena kawal nafsu,boleh dapat pahala kawal nafsu beli-belah ni,percayalah. hahaha. Walaupun sikit tapi bak kata peribahasa simpan sikit-sikit,lama-lama jadi bukit. Ada gunanya nanti duit yang disimpan ni.

  Berbalik kepada matlamat,aku berdoa agar semua ini dapat dilaksanakan. Aku tak mahu ada tekanan ketika menjalankan matlamat ini,kalau boleh biarlah perancangan yang dijalankan ini lancar seperti sungai mengalir. Tapi semestinya sungai yang mengalir tenang datang daripada air terjun yang melalui batu-batu dan mengalir deras ke bawah. aisehmen,berbunga-bunga bahasa aku ni namun apa yang aku cakap ni betul,mesti ada halangan Tuhan bagi,ujian yang diuji ketika kita dalam keadaan tidak sedar.

  Tujuan aku menulis entry ini sebab aku bakal berusia 21 tahun jadi aku akan melalui satu lagi peringkat dalam hidup. Muhasabah diri amat diperlukan bagi membantu memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik tapi tentunya tidaklah sempurna kerana kita ni manusia. Manusia pasti akan melakukan khilaf dalam kehidupan (aiseh,ni semua jasa cikgu bahasa malaysia aku walaupun aku dapat B ja dalam subjek ni). Oklah,sampai sini sahaja entry aku. Semoga matlamat-matlamat aku dapat dilaksanakan. amin :)

Sunday, February 20, 2011

petang indah di hari ahad

  Pada waktu petang ini,aku rasa sangat malas tambahan lagi besok dah hari Isnin. Aku tak tahu nak buat apa petang ni selain check facebook dan update blog. Tv pun tiada rancangan best petang-petang gini kecuali jam 6 petang barulah bermula rancangan best di channel Diva Universal. The Real Housewives of New Jersey,Fashion Show: Ultimate Collection dan Oprah Winfrey Show adalah rancangan yang aku tak sabar-sabar nak menonton bagi menghabiskan sisa hujung minggu ini. Aku malas nak angkat kain sekarang memandangkan aku jemur kain tadi waktu tengahari,konfemlah kain-kain tue lambat kering. Mahu main Tekken,console PS2 tak tahu mana abang aku simpan. Tapi kalau aku main pun konfemlah abang aku nak join dan membelasah aku memakai watak Lee sementara aku kalah memakai bermacam-macam watak dalam Tekken itu. Haha,buat malu ja aku ni,boleh2 noob main Tekken dengan abang aku yang baru kenal game itu 1 bulan yang lalu.
   Oh,perut ini terasa lapar yang amat pula. Tadi tengahari aku tak makan,bukannya nak diet(tipu,aku memang tengah diet) tapi aku makan mee goreng jam 12 tengahari. Memanglah tak hairan makan mee goreng jam 12 tengahari tapi mee goreng itu sarapan aku yang aku makan pada waktu tengahari. Dipendekkan cerita yang memang pendek,kami serumah lambat bangun,abang aku bangun nak dekat jam 10 pagi dan balik hampir-hampir tengahari semasa dia membelikan sarapan untuk aku dan kakak aku. Jadi aku yang waktu itu bersusah-payah menjemur kain sementara kakak aku tengah chat dengan kawannya dari Jerman,maka kami pun lambat sudah untuk menikmati sarapan kami. Aku rasa aku patut taruh ni " " pada perkataan sarapan tapi untuk apa? Ternyata aku ni sudah semakin sot.
   Selena Gomez approved friend request aku dalam facebook. Aku tak pasti adakah dia Selena Gomez yang sebenar atau bukan tapi aku tengok macam profile dia ja. Tapi bosan ni sebab dia kurang update facebook dia,biasalah artis Hollywood ni ada dua sebab ja dorang kurang update facebook dan twitter dorang. Pertama,dia tidak berapa terer dalam ilmu internet(mustahillah Selena Gomez tak tahu main internet,umur macam umur anak buah aku,belasan tahun) dan kedua amat sibuk. Aku rasa sebab kedua ni masuk akal sikit sebab masih muda lagi Selena Gomez tue jadi time ginilah dia hot giler.
  Aku rasa ini sahajalah bebelan aku pada petang ahad ini,aku nak habiskan sisa hujung minggu ini dengan keluar dari bilik dan mengambil udara segar sekejap lepas tue aku buat mana-mana aktiviti berkenaan seperti cuci piring dan menonton tv. Nampak sangat aku ni tiada life,hahaha. Ok,jumpa lagi :)

Saturday, February 19, 2011

Lagu yang aku suka- Kissin u by Miranda Cogrove

Sparks fly, it's like electricity.
I might die when I forget how to breathe.
You get closer and there's no where in this world I'd rather be.
Time stops like everything around me is frozen,
and nothin' matters but these few moments,
when you open my mind to things I've never seen.

'Cause when I'm kissin' you my senses come alive.
Almost like the puzzle piece I've been tryin' to find,
falls right into place, you're all that it takes,
my doubts fade away when I'm kissin' you.
When I'm kissin' you it all starts makin' sense,
and all the questions I've been asking in my head,
like, Are you the one? Should I really trust?
Crystal clear it becomes when I'm kissin' you.

Past loves, they never got very far.
Walls up, made sure I guarded my heart.
And I promised I wouldn't do this 'til I knew it was right for me.
But no one, no guy that I met before could make me feel so right and secure.
And have you noticed I lose my focus,
and the world around me disappears.

'Cause when I'm kissin' you my senses come alive.
Almost like the puzzle piece I've been tryin' to find,
falls right into place, you're all that it takes,
my doubts fade away when I'm kissin' you.
When I'm kissin' you it all starts makin' sense.
and all the questions I've been asking in my head,
like, Are you the one? Should I really trust?
Crystal clear it becomes when I'm kissin' you.

I've never felt nothing like this.
You're makin' me open up.
No point even tryin' to fight this,
it kinda feels like it's looooove.

'Cause when I'm kissin' you my senses come alive.
Almost like the puzzle piece I've been tryin' to find,
falls right into place, you're all that it takes,
my doubts fade away when I'm kissin' you.
When I'm kissin' you it all starts making sense,
and all the questions I've been asking in my head,
like, Are you the one? Should I really trust?
Crystal clear it becomes when I'm kissin' you.

Miranda Cosgrove - Kissin U .mp3
Found at bee mp3 search engine

p/s: ketaralah aku ni peminat siri icarly di Nickelodeon ...hehehe nnt aku post lagu Jeannette Mccurdy pula.

Friday, February 18, 2011

hari meleter si tukang tulis blog-makan

  Makan. Keperluan atau kehendak? Kehendak atau keperluan? Kepala aku pening bila berfikir akan istilah "makan". Ada yang makan melampaui keperluan,oleh itu menjadi kehendak. Ada yang makan kurang daripada keperluan. Aku adalah golongan yang menjadikan "makan" sebagai kehendak. Ya,aku malu untuk mengakui kenyataan ini. Tapi aku suka akan makanan.  Dari kecil sampai sekarang,apabila aku nampak makanan sedap,aku serta-merta ingin mencubanya. Namun aku terlupa,aku sudah berusia 20-an. Dalam usia begini agak susah untuk menurunkan berat badan kecuali menjaga pemakanan sihat(blah,x best) dan bersenam(malas).

  Aku pernah mendengar istilah anorexia dan bulimia. Apakah kaitannya mengenai "makan"?  Aku pernah baca sebuah novel hasil karya dari penulis Singapura. Novelnya best,mengenai permasalahan remaja-remaja sekarang di sana. Aku baca cerita mengenai seorang gadis yang tidak gemuk,biasa,sedang-sedang saja ingin menjadi kurus. Bermacam cara dia lakukan untuk kurus seperti minum teh kurus dan bersenam separuh mati. Walau bagaimanapun dia tetap tidak puas hati dengan dirinya. Pada suatu hari dia berlapar(dia selalu berlapar untuk kurus),tetapi dia pengsan waktu kelas pendidikan jasmani dan kesihatan. Nurse di sekolahnya nampak yang badan dia sudah betul-betul kurus tapi gadis itu nampak dirinya gemuk di cermin. Itulah anorexia nervosa,dia takut makan gara-gara berat badannya bertambah dan dia akan jadi gemuk. Dia akan makan dalam kuantiti yang amat sedikit tapi jika dia terambil kuantiti yang banyak(baginya,padahal kita tengok macam besa sahaja) dia akan buat gila dengan bersenam tiba-tiba bagi membakar kalori atau memuntahkan makanan yang dimakannya dan ada istilah tersendiri bagi orang yang memuntahkan makanan kerana takut berat badan naik,Bulimia nervosa.  Ok skipping part,gadis itu akhirnya dihantar ke hospital oleh ahli keluarganya dan doktor mendapati hampir semua organ di badannya berhenti berfungsi dan terpaksa diberikan rawatan intensif. Nasib watak gadis tue tidak mati akibat anorexia dan bulimia.

 Gemuk? ermm,aku taknak cakap banyak mengenai hal ini tapi yang penting golongan ini lebih senang dipulihkan berbanding golongan yang mengalami anorexia dan bulimia. kenapa aku bilang begitu? tengoklah biggest loser,kena bagi kata-kata semangat,tekanan sedikit dan akhirnya jadi kurus padahal orang yang mengalami anorexia dan bulimia,setelah menjalani rawatan di atas katil pastu kena jalani kaunseling lagi. Aku belum pernah nampak atau tahu lagi siapa-siapa yang terdekat aku mengalami anorexia dan bulimia dan aku berharap perkara sebegini tidak akan berlaku kepada mereka.

 Apakah kaitan gemuk,anorexia dan bulimia kepada "makan"?
 Makanlah selagi ada makanan itu masih ada didepan mata tapi berhentilah sebelum kenyang.

sekian.

Penantian

Jangan kau buatku begini,
Menanti jawapan yang tak pasti,
Jangan biarkan ku tergantung di sini,
Tertanya-tanya sendiri,

Sampai bila aku harus menunggu?
Aku cuma ingin kau disisiku,
Tak ingin aku menanti lagi,
Cukuplah hingga saat ini,

Mindaku sudah cukup berserabut,
dengan kelakuan keanak-anakanmu,
Andai kau mengerti
Perasaan hati ini,
Tolonglah kembali,
Janganlah lari,
Kalau tidak terus-teranglah disini,
Aku tak sanggup menunggumu lagi.

Wednesday, February 16, 2011

Rancangan Tv dari luar negara yang diMalaysiakan : Top Chef

 Aku terbayang bagaimana kalau rancangan kegemaran aku,Top Chef diubah kepada style Malaysia. Mesti kekok kan? hmm,rasanya tak salah aku membayangkan rancangan Top Chef dalam versi Malaysia...wahahahaha.

(Menurut sumber dari wikipedia) Top Chef adalah rancangan realiti dimana para chef bertanding dan diadili oleh hakim-hakim yang hebat dan dikenali dalam bidang masakan. Hadiah mereka adalah 100 00 dolar u.s untuk memulakan perniagaan restoran mereka sendiri dan dalam majalah Food and Wine Magazine.

Ermm,kalau Malaysia agaknya apa hadiah mereka ah? Hadiah mereka adalah rm50 000 untuk memulakan perniagaan mereka (bagus,boleh mengelakkan karenah birokrasi di bank bagi meminjam untuk memulakan perniagaan jadi tak payah pajak gadai rumah dan macam-macam) dan dalam majalah Rasa (terbitan karangkraf).

Ok,to the contest. Dalam Top Chef terdapat dua,one is quickfire challenge dan satu lagi elimination challenge (elimination ni menakutkan sebab maksudnya penyingkiran). quickfire ni best sebab bagi imuniti kepada peserta yang berjaya melakukannya dan tidak akan tersingkir. Tetapi sejak imuniti balik-balik disalahgunakan dalam season 2,maka dalam season yang seterusnya bila dah makin kurang peserta,imuniti tidak akan diberikan dalam quickfire challenge. Ok,cukup. quickfire ni cabaran dia agak senang dan cepat dalam setengah jam. elimination challenge lebih panjang jarak masanya sebab challenge ni penting bagi menentukan siapa yang tersingkir dan siapa yang kekal dalam pertandingan.

Mungkin quickfire challenge versi Top Chef Malaysia ada suruh wat kuih yang senang-senang macam karipap,masak nasi goreng,kuey tiaw goreng. Elimination Challenge agak susah lar sebab makanan kat malaysia ni banyak menggunakan beras (macam nasi briyani,nasi lemak,nasi kuning). Hehe,aku terbayang klu dorang masak su un goreng. Mesti namanya Vermicelli Secret Garden..kikiki. Padahalnya bahannya su un dan campur sikit sosej.

Cakap pasal challenge ni kan aku terlupa pula pasal cheftestant dari Malaysia. Kalau dalam Top Chef,para peserta datang dari pengusaha restoran,pembantu chef,tukang masak peribadi,tukang katering. Cheftestant dari Malaysia pun begitu juga tapi yang lagi best ada mungkin antara dorang ni datang daripada restoran mamak dan restoran masakan cina yang biasa-biasa tue,bukan versi restoran mewah punya(tapi yang dari restoran mewah pun tentu akan bertanding) Memandangkan pertandingan ini bersifat individual(atau persendirian)maka maruah restoran tidak terlibat. Inilah masanya chef-chef kurang terkenal bertanding dalam pertandingan ini.

Pengacara Top Chef dari season 2 sampai sekarang ialah Padma Lakshmi (season 1 Katie Lee Joel). Mungkin pengacara Top Chef Malaysia ialah Serina Redzuan. Dia juga merupakan pengacara dalam Jalan-jalan Cari Makan di saluran TV3. Errmmm,janganlah(sebab dia sudah mengacarakan rancangan berunsurkan makanan dan let just say we women hard to lose weight when at the age above 18) mungkin Maya Karin atau Emelda Rosmila ngam jadi pengacara Top Chef di Malaysia.

Siapakah yang layak untuk menjadi hakim dalam Top Chef Malaysia? Kalau dalam Top Chef,Tom Colicchio menjadi ketua hakim tapi kalau di Malaysia? Aku kurang kenal chef-chef di Malaysia ini sebenarnya huhu tapi aku harap sesiapa saja yang akan menjadi ketua hakim telah mempunyai restoran sendiri dan tak pernah muncul di tv. Ya,that will be original hehe.

Tajuk Top Chef ini juga harus diubah. Sebab rancangan ini merupakan hakmilik BravoTv.com dan mahal juga kalau nak beli hakcipta ini serta melibatkan rundingan yang lama(mungkinlah,aku mana pernah terlibat dalam bidang penyiaran). Oleh itu,aku dengan bangganya mencadangkan tajuk Top Chef dalam versi Malaysia "tukang masak hebat". Hahaha,grand kan?

Cukuplah buat hari ini. Aku rasa aku tiada idea dah ni. By the way,aku harap tiada orang dari BravoTv.com pakai Google Translator translate entry ni. :)

Top Chef is the copyright of BravoTv.com and is produced by Magical Elves Production.

Idea menulis entry ini diaspirasikan daripada idea kakak aku dan aku yang merupakan peminat Top Chef.

Rutin Harian (versi berirama)

Setiap hari aku bangun jam 5 pagi,
Selalu hatiku berbelah-bahagi,
Sama ada nak bangun atau sambung tidur 5 minit lagi,
Jangan,jangan tidur lagi. Nanti,nanti kau lambat lagi.
Maka aku terpaksa menentang kehendak hati semata-mata taknak
lambat pergi kerja lagi.

Bila waktu kerja,aku harus menghadap orang,
Muka mesti senyum berseri,
jangan murung macam muka diconteng arang,
Walaupun waktu bekerja aku lama tapi kerja aku senang sahaja,
ada cuti sabtu ahad dan hujung minggu juga,

Aku balik rumah dengan perasaan ceria,
Akhirnya aku dapat berehat dirumah,
Iya,iya aku dirumah. Boleh cas telefon dan main internet dirumah.
Pada waktu malam aku menonton tv sambil menikmati
makan malam yang dimasak tadi,
Lepas itu mata mula mengantuk dan itu tandanya aku harus tidur
dan menghadap lagi hari esok.

Bila aku fikir ini benda yang sama aku buat hari-hari,
Mahu bilang bosan tapi inilah hidup,
Kalau nak senang harus bekerja,
Kalau nak susah duduklah rumah menonton telenovela.
Haih,inilah kita,semakin tua semakin lupa makna berseronok,
Tapi walau bagaimanapun janganlah risau,
Hari ini susah besok akan senang.
Teruskan berdoa,jangan putus asa.
Bila suatu hari nanti kita pencen,pasti kita akan nikmati cuti juga.

Tuesday, February 15, 2011

Lagu yang aku suka : Fuckin' Perfect dari P!nk

 Hari ni mood aku untuk berkongsi lagu kegemaran aku sekarang dalam blog ini. Aku tak berapa sangat dengar lagu-lagu yang terbaru kecuali lagu-lagu yang menarik perhatian aku. Hahaha,kalau zaman sekolah menengah dulu,aku rajin sangat dengar Rick Dee's Top 40 di Hitz.fm untuk mengetahui lagu-lagu yang terbaru keluar dan lagu-lagu femes pada waktu itu. Sekarang nda lagi sejak ada internet tapi kurang ambil tahu sudahlah lagu-lagu terbaru dan artis-artis baru kecuali kalau aku dah balik-balik dengar macam like a G6 dari Far East Movement(kakak aku hampir sot sebab aku jadikan lagu tue sebagai ringtone aku,dan dia nda mau tolong downloadkan full version like a G6,hahaha). Tapi aku tak kisah artis-artis dari Korea,aku cuma tahu pun sikit ja tak macam anak buah aku,dia mcm korean artist wikipedia.
Okay,daripada aku terus membebel,bagus aku kongsi sekarang.

P!nk - Fuckin Perfect .mp3
Found at bee mp3 search engine
Lagu ini berkata tidak perlu jadi sempurna untuk menjadi sempurna,sebaliknya jadilah diri sendiri. heheh,say no more,listen this song and nilaikan sendiri :)

Monday, February 14, 2011

hari valentine...ooo,okay~

   Aku sebenarnya tidak menentang hari valentine ni tapi tidak juga menyokong. Boleh dikatakan aku ni atas pagar. Bagi aku valentine ni macam halloween. Ada public holiday dorang (yeke,boleh pakai ke fakta aku ni?) di U.S. Aku sememangnya tak sambut halloween pun tapi aku tak menentang gak. seronok ni tengok orang luar sambut halloween dan valentine. Okay,hampir-hampir tersimpang pergi halloween(tak hairanlah esei sejarah dunia aku boleh-boleh dapat 15 pasal terer menyimpang dari konsep asal).

 Hari ni ramai pasangan kekasih berdua-duaan,bertukar-tukar hadiah. Hadiah yang paling femes ialah teddy bear,cokelat dan bunga ros. Masa inilah juga orang-orang single akan cuba bertapuk(bersembunyi) bawah katil,tidak mahu keluar rumah. hehe,ayat melampau aku :p. Nda la bha,janganlah bha begitu wahai orang-orang single,kasik terbaliklah hari valentine ni jadi hari perjumpaan kelab bujang lelaki wanita. wahahahaha...jahatnya aku mentang-mentang aku dah ada boyfriend.

 Ya kan,walaupun aku ada boyfriend tapi aku nda sambut dengan dia bha. ada beberapa faktor kenapa aku tak sambut valentine.
 +Aku Islam jadi para ilmuwan Islam berkata tak perlulah sambut valentine.
 +Hari Valentine jatuh pada hari Isnin,hari bekerja. Malam aku perlukan rehat dan update blog.
 +Aku ada anniversary bulan march ni dengan boyfriend aku. bagi menjimatkan bajet,aku hanya sambut anniversary sahaja dengan bertukar-tukar hadiah.sambutan ala kadar sebab hari anniversary kami pun jatuh pada hari Rabu..(cis)

 Tapi aku ada sms dia petang tadi bilang "will you be my valentine?" pastu dia reply "I will". Ouuo~~ n_n hahahahaha. Kata tak sambut tapi ingin aku ulang ayat perenggan pertama "atas pagar". Tidak menyebelahi mana-mana pihak pun. Mungkin satu-satunya waktu aku menentang valentine's day adalah ketika aku berada di tingkatan enam atas di sebuah sekolah lelaki yang menerima pelajar perempuan untuk mengambil sijil STPM. Punya aku cemburu tahap kambing biri-biri tengok kawan-kawan kelas aku dengan kapel masing-masing sambil berharap dalam hati "kalaulah aku ada sidia waktu ini..." namun aku cuba mengawal diri(kesan pengaruh rakan sebaya). sedangkan di waktu sekolah menengah aku steady ja cuma waktu hantar coklat kepada teman-teman dari sekolah lain,aku agak berdebar nak hantar coklat kepada sorang budak lelaki yang aku minat dulu. Dia sekolah lelaki,aku sekolah perempuan(how irony our schools is neighbour) pastu aku batal niat nak hantar coklat. Sebab waktu tue belanja sekolah tak mengizinkan(see,this is why aku suka betul zaman bekerja) dan aku malu tahap gaban. hahahaha,cinta monyet dulu. sekarang ada boyfriend dah,memang I sayang dia so much :p (konfem kakak aku muntah tengok perenggan ni)

 Oklah sampai sini sahaja entry mengenai hari valentine. tak kisahlah siapa yang menentang atau menyokong sambutan hari valentine ini,apa yang penting hargailah orang yang disayangi. ^_^

Sunday, February 13, 2011

ui,di sini ada hantu...huu~~

  Hehehe,sebenarnya aku nak bagitahu aku dah menonton filem Di Sini Ada Hantu tadi petang bersama dengan kakak aku kat Growball Cinemax,Centre Point,Kota Kinabalu (aku dapat rasakan ayat aku di sini skema yaw). Best ceritanya juga (aku nda pandai komen filem hehe) walaupun ada part yang membosankan tapi hey semua cerita pun ada part yang membosankan kan? Bahagian yang menghiburkan ialah bahagian dimana pemandu dan pembantunya (mereka bekerja untuk syarikat delivery) bercerita mengenai hantu-hantu yang mereka dengar dari kawan-kawan atau saudara-mara mereka. Memang menakutkan ceritanya tapi ada juga lawak. Terdapat 3 cerita hantu dalam filem ni. Aku sebenarnya nak isi masa lapang aktiviti berjalan kami petang tadi. Takkan asyik nak makan waktu jalan-jalan,nda lama gedebab. Maka aku pun memberi cadangan bernas mengajak kakak aku pergi menonton Di Sini Ada Hantu. Tambahan lagi ada kawan aku dalam facebook update statusnya hari tue kata movie ni best maka aku pun tertarik nak tahu apa yang best dalam cerita ni.

   Ok,aku letak trailer Di Sini Ada Hantu kat entry ini. Terpulanglah nak menonton di pawagam atau tunggu kuar kat tv pada waktu perayaan. Tapi aku berani gerenti,best critanya ni,rugi tak tengok...hehe ;)

Saturday, February 12, 2011

Kehidupan liar

 Tajuk di atas tidak mempunyai kaitan dengan entri yang aku tulis ni. Mungkin ada jugalah kaitan sikit-sikit tapi aku bukanlah kaki clubbing,kaki minum,kaki pukul,kaki ugut orang dan segala macam kaki lagi. Aku cuma perokok tidak tegar yang cuma melepaskan tension melalui asap ringan tapi sekarang aku tak merokok. Orang kata tak manis perempuan merokok tapi ramai perempuan sekarang ni merokok. Aku tak berani macam dorang ni merokok di hadapan khalayak ramai. Paling-paling pun di tandas atau di rumah ja masa abang aku tiada di rumah. Pengecut kan aku ni? Tapi 1 kotak rokok boleh habis oleh aku dalam 1 hari,hahaha macamlah ada spare set paru-paru kalau paru-paru yang digunakan sekarang ni rosak akibat tabiat merokok. Aiseh, hampir-hampir menyimpang aku ni.

  Kehidupan liar bermaksud dalam kamus hidup aku adalah bangun lewat di hujung minggu,makan sarapan masa hampir nak tengahari,berjalan-jalan habiskan duit,mandi hampir tengah malam,makan makanan ringan banyak-banyak dan nda kira masa serta gila online hampir 12 jam. Whoa,what a life! hahahaha. Mungkin bagi orang,ceh biar betul budak ni,klu benda ni memang aku selalu wat. Tapi ingin aku bagitahu bahawa dulu sebelum mak bapa aku meninggal,hidup kami ni teratur. Selalu bangun tepat jam 7 pagi pada waktu cuti,sarapan pada jam 7.30 pagi. Jam 8 pagi sudah start buat kerja-kerja di rumah. Jarang keluar rumah,kalau kawan-kawan bawa jalan time sekolah dulu jawapan paling cambest selalu kuar dari mulut aku "mama aku nda suruhlah". Kalau main sms(dengan member ok),adeh konfem kena tanya dengan siapa aku sms. Sekarang ni,mana tapuk-tapuk lagi bersms. Online sekejap ja,nda lama kalau tidak nanti lalai,sekarang ni komputer mesti di depan mata. Memang jauh amat perbezaan hidup aku berbanding dulu dan sekarang. Sekarang agak bebas tapi masih terikat lagi sebab ada kakak-kakak dan abang aku. Biasalah anak bongsu hehe.

  Walaupun sekarang nda berapa terikat macam dulu lagi,aku rindu dengan mak bapa aku. Memanglah rindu tambahan lagi dah yatim-piatu. Dengki aku ni bila tengok orang lain yang masih ada mak bapa atau salah seorang daripada mereka. At least,dorang ada tempat bermanja. Aku manja gak dengan kakak aku tapi aku mana boleh terus manja dengan kakak aku,kakak aku pun need a life juga huhuhu. Dulu,masa arwah mama aku masih hidup,aku selalu kena marah sebab degil betul. Kalau ada bapa aku,hari-hari dia pergi jalan. Kalau nda turun ke KK,mesti pergi tanjung aru. Time dia nda sihat ja baru dia nda keluar rumah. Aku cuba juga kembali kepada kehidupan dulu,cuba bangun awal,kurangkan aktiviti berjalan tapi aku susah dah nak bangun awal dan aku boring sangat kalau nda keluar rumah time cuti.

  Sebab itulah aku katakan bahawa aku sekarang mempunyai kehidupan liar. Bukan liar yang negatif,tapi hidup aku ni nda lagi teratur macam dahulu. jadi sekarang antara matlamat jangka panjang aku ialah mengatur kembali hidup aku agar menjadi lebih tersusun. Apabila aku berjaya mengurus hidup aku yang agak selekeh(akibat tabiat pemalas aku) dan tidak teratur,aku akan rasa senang hati sebab aku telah mencapai matlamat aku dan aku akan teruskan niat suci murni ini. hehe. ok.sampai sini sahaja. kekurangan idea sudah ni hehe. bye =)

p/s: ooo,baru aku perasan,dah beberapa hari dah aku tak update blog aku...

Tuesday, February 8, 2011

Peminat Setia Top Chef

Dulu masa Top Chef mula-mula main di tv(channel 702,diva universal) aku akui yang aku tak minat sangat nak tengok rancangan ni. Bukannya apa,rancangan ni nda menarik perhatianku langsung. Tapi entah bila aku mula berminat nak tengok Top Chef,mungkin dari season 4 dan juga kakak aku degil taknak menukar rancangan kegemarannya kepada Spongebob Squarepants di Nickelodeon,maka aku mengalah dan ikut sekali menonton rancangan pertandingan memasak itu. Sekali lepas lama-lama tengok rancangan,best pula. Hahaha,terpikat dan boleh bikin ketagih ni. Setakat ni aku dah tengok sampai season 6 Top Chef (season 1,2,3 ulangan d diva universal. season 5 ulangan d axn beyond,currently air Top Chef Season 6 axn beyond)

  Top Chef ini adalah rancangan berformat masakan. Para peserta(mereka ini merupakan chef) atau lebih dikenali sebagai cheftestant (perkataan asal,contestant) akan bertanding bagi mendapatkan  hadiah sebanyak 10 ribu dolar US untuk memulakan perniagaan restoran mereka dan gelaran sebagai Top Chef. Memang banyak dramalah dalam rancangan ni. Menyumpah,memaki,bergaduh,masakan sedap dan tidak sedap serta banyak lagi. Kakak aku bilang memang perangai chef-chef begini,kasar.

   Pengacara Top Chef season 1 ialah Katie Lee Joel. Cara dia bercakap "please pack your knife and go" agak kejam(menurut kakak akulah) berbanding Padma Lakshmi,pengacara dari season 2 sampai sekarang. dahlah hot (aku straight ar) cara dia membuang cheftestant pun nda kejam macam Katie Lee Joel. Chef Tom Colicchio adalah head judge Top Chef. aku dan kakak aku suka gelar dia "abang botak". haha tak kisahlah bukan dia dengar pun,klu dia dengar bukan dia faham bahasa melayu. hahahaha. tue antara star yang tetap dalam Top Chef. Gail Simmons pula judge ketiga dalam Top Chef tapi dia juga pengacara dalam Top Chef Just Desserts yang menampilkan chef-chef pastry. Yalah,takkan nak tampilkan ja chef-chef kulinari,chef pastry pun nak tunjuk taring juga. hahaha.

 Cheftestant? hmm,actually I don't care as long they can cook it's fine with me. Lagipun mereka membuatkan memasak kelihatan senang padahal indah khabar dari rupa (bagi orang malas memasak macam aku) untuk memasak. Lagipun semua cheftestant ini pandai memasak,cuma apa yang membuatkan mereka terkeluar adalah membuat pilihan yang salah ketika memasak. okay,souffle patut disediakan dalam 1 jam dan bukan 15 minit dan that's a very bad decision to make (Top Chef season 5,lupa episod keberapa) dan blini patut disediakan sewaktu customer inginkannya dan bukan jadi hidangan buffet( top chef season 4).

  Ini adalah senarai adik-beradik rancangan Top Chef dan semestinya Top Chef adalah abang/kakak sulung dalam adik beradik ni. Tidak disusun mengikut turutan.
  +Top Chef
  +Top Chef Masters(chef2 yang lebih berpengalaman dan mempunyai kedai makan sendiri)
  +Top Chef Just Dessert
    +Top Chef all stars(menampilkan cheftestant dari season-season dulu)
Rasanya itu sahajalah. hehe,aku kalau nak tengok Top Chef Just Dessert buka youtube ja.

  Oklah,ini sahaja ulasan daripada peminat setia Top Chef.Banyak lagi aku nak cerita tapi aku lupa yang aku harus masak nasi untuk makan malam ni,hehe. bye~ :D

Monday, February 7, 2011

mari update kisah2 lalu yang telah ditulis dalam blog ni

-aku dah jumpa dvd Jennifer's Body (sebenarnya kakak aku yang jumpa dvd,aku pula tengok dia mencari dvd tue)
-aku akhirnya pergi pasar sama kakak aku sekitar jam 10 pagi. ikan-ikan memang kurang yaw.

dan semuanya berlaku pada 6/2/2011..cool~~ B-)

Rutin harian

  Bila sudah sampai hari isnin,aku dah tau rutin biasa aku. Bangun pagi,pergi kerja,pulang kerja,online sekejap,mandi,tengok tv sambil makan malam lepas tu tidur. Mula-mula aku rasa macam sekolah,yalah bangun awal. Tapi lama-kelamaan persepsi aku pergi kerja macam pergi sekolah ni hilang. Takkanlah di sekolah,engkau sanggup habiskan masa 10 jam. Mestilah ada masa untuk escape,balik rumah sekejap,balik awal(sempat lagi tengok rancangan waktu petang,malam baru fikir pasal kerja sekolah). Aku rindu ni zaman sekolah aku,huhu. Tapi buat apa juga mau rindu sedangkan zaman bekerja ni zaman paling best? Boleh pegang duit sendiri,bayar bil sendiri(dalam kes aku,prepaid hanpon aku),beli macam-macam. hahaha,seronoknya.

  Namun,terus-teranglah aku cakap yang aku sebenarnya dengki tengok kawan-kawan aku yang sekarang melanjutkan pelajaran di universiti. yalah,impian dari darjah 1 nak masuk U tapi sekalinya nda dapat. Redha sajalah kan memandangkan aku ni yatim-piatu,aku manalah ada mak bapa yang nak tanggung aku belajar. Sebab itulah aku mesti cari duit sendiri untuk sambung belajar.

  Hehe,aku ni nak menceritakan pasal rutin harian aku tapi aku tercerita pasal penderitaan si yatim-piatu. Hahaha,menderita sikit ja bha ni,ada lagi orang lebih teruk nasibnya dari aku.

  Aku rasa hidup aku ni macam lesu dah. Yalah,asyik ulang rutin yang sama sahaja. Sabtu dan Ahad pula klu nda berjalan,duduk rumah berhibernasi macam beruang di musim sejuk. Padahal bukan musim sejuk pun. Aku nak sedikit adventure bha tapi aku tak tau macamana aku nak dapatkan sedikit adventure. Mungkin aku perlu tukar kerja juga,tukar suasana. Tapi buat masa ni,aku nak kerja lama sikit di tempat sekarang ni sementara mengumpul duit sikit-sikit. Iya,aku perlukan duit sangat-sangat sekarang ni sebab aku bukan lagi disara oleh mak bapa. Harus belajar berdikari sekarang ni.

 Oklah,baik aku meneruskan rutin hidup aku yang membosankan ni sekarang. hahaha...

Sunday, February 6, 2011

aktiviti pergi pasar hari ni tertangguh

  Hari ni hari Ahad,sepatutnya aku dan kakak aku pergi pasar beli barang. Tapi cuaca dari pagi asyik hujan saja dan kami seperti orang lain,waktu hujan begini adalah waktu yang sesuai untuk memberi alasan bangun lewat,sedap tidur dibawah selimut pada waktu hujan. Jadi sekarang ni,mata aku yang telah segar-bugar dari jam 7.45 pagi ni membuka tv dan kebetulan pula ada rancangan rerun supernatural season 5 d axn beyond (OMG!!!) walaupun tiada sarikata tapi aku tetap juga maw menonton rancangan ni dengan menguatkan sikit(sebenarnya,banyak) suara tv tue. abang aku yang sedang enak tidur dikerusi panjang pun terkejut oleh aku,nasib nda kena marah. hahaha.
  
 Aku dah lost count time bila KK ni cerah 1 hari,semalam cerah tapi macam tak lama,kira-kira 1 jam begitu. Huhuhu,bukan aku nda suka hujan. Aku suka hujan ni sebab aku boleh malas mandi,tidur saja dan makan maggi panas-panas depan tv (aku selalu makan maggi panas2 tak kira hujan atau cerah depan tv). Tapi susah nak bergerak ni maw jalan pergi mana-mana. Klu aku pandai driving tue lain ceritalah tapi ni aku sama kakak aku pengguna bas awam yang setia. Katalah klu tiba-tiba kredit telefon habis atau maw beli barang yang betul-betul penting (seperti contoh,pergi pasar beli ikan sebab ikan dah habis dalam peti sejuk) pastu hujan lebat betul,macamana?  Reminder to myself : wajib belajar driving.

  Tapi klu pergi pasar sekarang time hujan-hujan begini,konfem tiada ikan(atau lebih tepat,kurang ikan) di pasar. Tambahan lagi,semalam ombak kuat (aku tinggal dekat area laut) dan itu sudah tentu membahayakan bot-bot kecil untuk pergi menangkap ikan,menambah rezeki. Jadi sudah tentu pilihan makanan ketika musim hujan adalah ayam dan daging (jangan lupa sayur,hehe) serta makanan segera seperti sosej,nugget dan crab stick. (sebut pasal crab,aku kepunan maw makan ketam,huhu)

  Rasanya sudah teduh hujan ni semasa aku tengah menaip entry tapi tengoklah klu nak keluar pergi pasar. Lagipun memang kurang pilihan ikan kat pasar tapi klu tak beli ikan....weyh,ada bha ayam daging di Sunny Supermarket,Tanjung Aru. Ok,aku kekurangan idea jadi aku berhenti sampai sini sahaja. bye =)

Saturday, February 5, 2011

My God,dvd Jennifer's Body hilang yaw!!!

  Tajuk di atas telah menceritakan segalanya,dvd cerita kegemaran aku dah hilang. Aih,dimanalah aku simpan dvd tue? Kakak aku cari dah dvd Jennifer's Body tadi. Menggelabah juga sekejap tadi tapi pura-pura steady bilang "nantilah bha cari tue," sambil berdoa dalam hati agar dvd tue ada,huhuhu.

 Ok,kenapa aku kipas-susah-mati (die hard fan) cerita Jennifer's Body? Ni adalah sebab-sebabnya:
   +Hasil karya Diablo Cody yang juga penulis filem Juno
   +Megan Fox dan Amanda Seyfried dalam filem tue
   +Sebab aku nak jadi seksi macam Megan Fox(angan-angan semata-mata)
   +Kisahnya pasal makan budak lelaki untuk kekal cantik (yang remaja,ok) hahaha
   +Sebab kebanyakan band yang aku suka nyanyi lagu soundtrack untuk movie ni.Contoh akan diberikan kemudian.
  
  Setelah mengira faktor-faktor kenapa Megan Fox- eh,silap,hehehe.... kenapa aku suka giler dengan movie Jennifer's Body ni,hanya 5 sahaja namun cukup memberi bukti kukuh kenapa aku sangat movie ni yang sebenarnya ntah apa-apa ceritanya. Hahaha,ntah apa-apa konon,skalinya maw dekat 6 kali aku tengok movie ni (aih,terbuka rahsia).

  Band peberet aku yang nyanyi dalam soundtrack Jennifer's Body
    *Toxic Valentine by All Time Low
    *New Perspective by Panic! At The Disco
    *Chew Me Up,Spit Me Out by Cobra Starship
    *Finishing School by Dashboard Confessional
    *Through the Trees by Low Shoulder(lagu ni aku first time dengar dalam movie ni)

  Aku harap-haraplah dapat jumpa dvd tue selewat-lewatnya tengahari besok,klu tak,habis aku. huhuhu. ok papai =D

Friday, February 4, 2011

fuiyo!!!

 Baru ja aku buat kemunculan pertama aku tadi rasanya setengah jam yang lalu,aku buat kemunculan kedua. hahaha,ketaralah aku ne dah mula ketagih tulis blog memandangkan klu nak update status facebook aku,memang akan menjadi terlalu panjang dan boring utk d"like" dan dikomen. hahaha,sebenarnya status facebook aku bukanlah panjang sangat pun tapi ye lah,dh boring aku asyik update status ja. orang pun bosan maw like status aku. tapi aku heran dengan facebook sepupu2 aku di brunei,rjin betul orang2 di sana like status walaupun status dorang tue "duh,whatever~". kenapa begitu ar? klu aku nak tanya mungkin jawapan dorang "suka hati ku lah ku kan like status urang,knp kan kau sibuk?" (suka hati aku nak like status orang,kenapa juga aku nak sibuk). hehe,btl juga. apasal aku nak sibuk kan? baik aku sibuk buat hal sendiri.
 Tadi masa aku hias blog,aku rasa susah sangat. dahlah aku noob tahap dewa,baru kenal apa itu blogspot. sori aku ada blog lain dahulu tapi tak aktif sebab aku lupa passwordnya(sangat menyedihkan,dah cantik blog tue aku hias,huhu) tapi blog lama tue bukan blogspot. sekarang tukarlah produk baru,baru ada perubahan hahaha. Ok,berbalik kepada cerita menghias blog. Aku rasa macam nak hempas ja laptop ni,aku google search layout yang cambest utk blog aku tapi nak kena download,aku malas nak download sebab aku guna broadband (digi ok hehe) tapi aku desperate nak pakai layout lain,skali aku try copy paste,aik naa teda apa2 yaw. pastu nak tukar template,google search template lain,sekali aku download ( cuma sekali download ) dan upload,nda pula dapat dibaca tue HTML. dalam hatiku berkata "lawalah,jahanam betul," pastu aku delete template yang aku download (may u RIP inside the recycle bin waiting to be empty)skalinya aku perasan blog ne dah ada sediakan template designer,aiseh~ maka aku pun gunakanlah kelebihan template designer utk menghias blog aku.
 Selepas selesai hias blog aku sikit-sikit,aku lapar. hehe,biasalah cuaca sejuk,dari pagi sampai petang kk ni asyik hujan saja hari ni jadi memang patutlah aku rasa lapar. Jadi aku tutuplah laptop kecil aku ni dan pergi ke dapur mencari makanan. makan nasi dan lauk daging masak lada hitam,nyum~ punya sedap =D
 Semasa aku makan nasi dan lauk kegemaran aku tue( ya,daging masak lada hitam tue peberet aku) adakah patut aku berniat nak tulis entry sekali lagi. aku cuba menenangkan diri dengan berkata kepada diri sendiri(dalam hati) "ui,sabar2 ba ko maw update blog,bisuk pun ko ble update bha" namun aku nda tertahan lagi lalu lepas makan aku pun dengan ghairahnya membuka kembali laptop (terdapat penggunaan perkataan yang agak melampau) dan menulis entry kedua ni dengan tajuk "fuiyo!!!". hahaha,aku harap lepas ni aku tak hangat-hangat tahi ayam untuk update blog aku. aku mesti rajin tulis hari-hari (itupun klu aku nda penat).
 Oklah,sampai sini sahaja. selamat malam,besok aku kena bangun awal temankan kakak aku pergi pasar.

Aku orang baru belajar guna blog

 Nilah kali pertama aku baru buat blog. aku sebenarnya dengki tengok kakak aku buat blog tapi aku nda taw maw tulis apa dalam blog aku lagipun aku bukan terer sangat tulis blog dalam bahasa inggeris macam kakak aku tulis. Oleh sebab aku noob jadi aku kena bersabar dengan diri sendiri tem buat blog,huhu.
  Sebab aku rasa teruja sekarang kerana berjaya membuat blog,aku kena mengucapkan tahniah kepada diri sendiri (tahniah cik Kee,awak berjaya buat blog) hehe,makasih kepada diri saya yang sanggup memuji saya hahaha...
  Nampaknya mulai malam ni(sebab aku wat blog baru ne pada jam 8.54 mlm) aku harus rajin update blog aku,meluahkan perasaan yang aku tak boleh luahkan dalam realworld,chewah statement minta pelempang bha ne.
  Klu sesiapa yang baca blog aku(harap2 ada yang sudi baca) mesti akan perasaan penggunaan perkataan "bha". hehe,aku asal dr sabah bha,orang kuat kota kinabalu(konon). aku memang tak pernah keluar dari sabah kecuali pergi ke brunei tue pun 10 tahun yang lalu. aku keturunan brunei tapi orang sabah jatilah. klu orang brunei bawa aku cakap brunei,konfem aku nda pas huhu~ nama ja brunei tapi dibawa cakap brunei,kalah terus.
  Oklah,aku nak menghias blog aku ni dulu. terus-terang aku cakap,aku teruja giler buat blog aku hahahaha (kesian aku,dhlah teruja,giler lagi) bha jumpa di next entry k.