Wednesday, November 30, 2011

I think about him when I hear just a kiss from lady antebellum. :)

Just a kiss on your lips in the moonlight
Just a touch in the fire burning so bright
And I don't want to mess this thing up
I don't want to push too far
Just a shot in the dark that you just might
Be the one I've been waiting for my whole life
So baby I'm alright, with just a kiss goodnight

  Well for the first time I hear this song,my reaction was like "oh,my what a great song!" and I keep listening over and over again. Every time I heard-

Lyin' here with you so close to me
It's hard to fight these feelings when it feels so hard to breathe
Caught up in this moment
Caught up in your smile

I smiled,my heart beats fast and I think about him. How we met and first time we hold our hands together. I like his smile,I like his eyes,his long lashes. The way he talked to me,his words,linger in my mind. I can't help but just smile when I hear this song on the radio while I'm busy at work.


   I paste this lyric video below and let's enjoy this song with me if you in love :D

Monday, November 28, 2011

losen yang tidak pandai habis sampai bila-bila.

  Sebagai seorang perempuan,losen merupakan bahan penting untuk dipakai selepas mandi. Tujuannya adalah untuk melembutkan kulit. Bukan aku cakap "mesti" pakai selepas mandi,maksud aku bila-bila masa,masa kulit tengah kering dan tidak sibuk melakukan apa-apa. Ok,aku telah mengelirukan pembaca. Mari aku buat ayat tu semula.

  Losen selalu dipakai oleh perempuan yang rajin menjaga kecantikan diri. Losen selalunya dipakai selepas mandi,bila kulit terasa kering atau ketika tidak melakukan apa-apa. Terdapat pelbagai jenis losen yang ada di pasaran. Antaranya ialah losen mencerahkan kulit,melembutkan kulit,menenangkan diri,melembapkan kulit,pelindung matahari dan banyak lagi. Pelbagai jenama dijual di pasaran tapi jenama paling terkenal ialah johnson's,vaseline dan nivea.

   Oii,lebih-lebih pula intro aku ni. Macam ayat intro esei. Tapi boleh dapat markah juga ba ni kan kalau ada? hehehe.

   Aku mempunyai satu ketagihan. Ketagihan aku adalah membeli losen. Losen sebotol belum habis,dah aku pergi beli losen baru. Akhirnya berbotol-botol losen di atas almari,ada yang sudah pakai,ada yang belum pakai. Punya membazir tapi sudah tahu membazir,aku tetap akan beli juga. There is something about lotion that makes you keeps buying and buying and then next thing you know,you already had 5 bottles of lotion and planning to buy a bottle again. Aku sekarang ada tiga botol losen yang belum habis pakai tau,pening kepala nak kasik habis.

  Jangan cakap akulah,aku tahu ada juga perempuan-perempuan spesis aku ni,tak sengaja jadikan aktiviti membeli berbotol-botol losen sebagai hobi masa lapang. Pakai kurang tapi beli tak henti-henti. Hahaha.

  Maka aku pun sekarang gigih menghabiskan tiga botol losen di rumah(tidak termasuk losen menguruskan badan) supaya dapat beli losen baru. Hahaha,semakin lembutlah kulit I lepas ni yuuu.

Saturday, November 26, 2011

makin besar gaji,makin besar tanggungjawab

  Tadi aku baru pulang makan malam sama-sama kawan aku,jadi tadi masa makan banyak benda kami cerita. Kawan aku tu,walaupun usia kami sebaya 21 tahun, tapi fikiran dia lagi matang dari aku. Secara diam-diam aku jadikan dia sebagai idola untuk mendorong aku menjadi seorang yang berfikiran jauh dan berusaha memajukan diri.  Dia sudah 21 tahun sudah ada kereta sendiri,baru punya,sedangkan aku baru saja mahu mengumpul duit untuk membeli kereta secondhand.
 
  Walau bagaimana pun,dia mengaku dengan aku,sejak ada kereta ni,gajinya habis ke kereta sahaja. Aku pun macam terpukul dengan kebenaran yang aku baru saja tahu ni. Sedangkan tutor aku bilang best ada kereta ni,boleh plan budget,plan perjalanan dan lain-lain. Tapi kawan aku dengan ekspresi muka yang yakin,mengatakan tidak seseronok itu. Sehari mau rm70++ isi minyak,sebulan mau rm200++. Lepas tu nak bayar kereta,insurans lagi,cukai jalan pun nak bayar. Terus angan-angan indah aku seperti dihancurkan sedikit. Tidaklah banyak sebab aku memang perlukan kereta untuk pergi dan pulang kerja,terutama sekali kalau kerja lebih masa,pulang lewat malam.

  Ayat yang aku paling ingat tadi,yang keluar sendiri dari mulut kawan aku "semakin besar gaji kau,semakin besar tanggungjawab kau," lepas tu dia cakaplah sebab selera membeli semakin besar jadi memang susah sikitlah kalau dibandingkan dengan gaji di bawah seribu ringgit. Aku pun mengiyakan sebab bila gaji besar,kita fikir kita boleh beli semua barang. Dia bilang juga,rajin-rajinlah menyimpan duit,biarpun rm10,simpan saja. Sambil makan nasi goreng,sambil aku mengangguk tanda faham. Betul juga cakap dia,aku mana boleh membazir membeli barang-barang yang tak perlu. Mesti fikir untuk masa depan.

   Jadi mulai sekarang ni aku mesti rajin simpan duit supaya nanti bila aku susah,aku tak payah minta tolong orang. "kita harus survive sendiri" bak kata kawan aku masa bercerita tadi. Sekarang ni aku rasa happy sangat sebab aku sekarang ada duit sendiri dan aku tak jadi macam kawan-kawan aku yang sedang sambung belajar di universiti,meminjam duit ptptn. Lepas habis belajar dah umur 24,25 tahun. Mana nak cari kerja untuk bayar hutang ptptn sama melayan kehendak sendiri. Macam contoh,beli kereta. Aku bukannya apa,aku memang minat nak sambung belajar tapi buat masa ni aku hold dulu sebab aku sudah enjoy bekerja. Aku enjoy bekerja sebab aku boleh simpan duit awal-awal,kumpul harta jadi time umur 25,26 tahun,aku taklah terkapai-kapai mencari tapak untuk berdiri teguh dalam kehidupan ini(penggunaan hiperbola secara tiba-tiba oleh penulis blog ni menyebabkan dia sendiri bingung)

  Apa-apa pun,semoga aku berjaya simpan duit dalam account bank lebih dari rm1000. Berusaha!

Friday, November 11, 2011

mencintai kau macam itu lagu cinta-menyampah!

  Sekarang ni femes lagu I love you like a love song baby oleh selena gomez. Ala,girlfriend si justin bieber tu. Aku bukan anti dia la sebenarnya,aku suka dengan dia. Aku suka tengok dia berlakon,natural ni. Time menyanyi,lagu-lagu yang dia bawa semuanya aku suka dengar.  Ya,emang aku ngefans dia  cuma yang menjadi kejelikkan utama aku(atau dalam bahasa orang puteh,big annoyance)  lagu dia  "I love you like a love song baby" terlalu banyak dimainkan di radio. Asal buka channel radio ni,lagu tu kuar. Tukar lain,lagu tu juga kuar. Macam takde lagu lain. Aku yang menjadi fans terawal mendengar lagu tu menjadi muak dan benci. Terus aku tak dengar lagi lagu tu dalam mp4 aku.

  Agaknya pasal Selena Gomez sibuk bercinta dengan Justin Bieber tu pasal lagu ni balik-balik keluar? Benci ni. Selena,please release another singe. I can't bear to hear this song anymore. Please~~~

p/s: tiada orang bercinta macam dalam love song. semuanya tak logik. sekian makasih.

Tuesday, November 8, 2011

tak mampu makan tiramisu.


tak mampu makan tiramisu

Sesiapa yang ingin mencuba bakat melukis komik meme sendiri,sila ke Rage Comic Memebase bagi meluahkan perasaan anda. Hehehe.

bila mental sudah sampai ke tahap nak maki orang puas-puas

  Hari ni aku penat,aku hantar bunga dari bilik ke bilik. Dari tingkat 2 sampai tingkat tujuh,di kinabalu wing shangri-la tangjung aru. Aku mabuk naik turun lif balik-balik dengan troli angkat bunga. Lepas tu pergi ke tanjung wing hantar bunga,sudahlah mengelirukan jalan kat tnjung wing,nasib satu bilik. Aku bersyukur yang aku ni bukan room maid,kalau nda timbul segala urat hijau di kaki. Dahlah setiap hari kena bersihkan bilik sebanyak 13 buah bilik setiap hari,makan pun nda tentu,rehat pun ada lagi kerja nak buat. Itu belum lagi part guest complain. Eh,kenapa aku cakap macam aku ni room maid? Padahal aku florist.

   Mari kita mulakan di perenggan yang baru agar aku dapat sampaikan cerita aku.

   Disebabkan aku penat jalan-jalan,aku punya selera makan bertambah. Nasi dan lauk-pauk macam bukit masa aku kaut tu,nasib free. Cafe kat tempat kerja aku tu memang free makanannya,khas untuk pekerja sahaja. Dahlah aku penat menggubah bunga,pastu jalan-jalan lagi menghantar. Nasib aku tak kena suruh tolong menggubah bunga di lobby,kalau ya,konfem aku tak tulis blog malam ni.

    Ok,skip part. Aku rasa aku makin melencong. Harus kembali ke pangkal jalan. Hahaha.

     Bila aku dah sampai di rumah,ampai-ampai menonton tv,rancangan scare tactics kat axn beyond yang membuatkan aku ketawa terbahak-bahak bila tengok orang ketakutan,tiba-tiba ada pula sms. Rupanya kawan aku ba pula. Aku ingatkan dia tanya khabar aku,senyum-senyumlah aku ni,perasan popular. Sekali,dia tanya aku pasal pendapat  aku tentang gay. Mata aku terus macam ni =.=.... Aku punya jawapan "gay tu salah,napa?," menyesal pula aku tanya kenapa sebab lepas itu dia balas sms "sila huraikan?,"

    Aku ni gink,penat ba dari kerja siang tadi,mental aku dah berada kat tahap dimana mulut aku ni tak ada dah kata-kata indah nak keluar dari mulut. Kalau aku cakap p word pun tak ada hal beb. Bilang babi pun senang ja terkeluar dari mulut aku,sampai boyfriend aku cakap,kalau aku cakap begitu depan dia,dia nak tarik mulut aku. Tapi bukan kau sorang ja lah aku nak maki,siapa-siapa ja yang bikin hangin memang silap sikit,keluar perkataan "indah" dari mulut aku. Aku pun sakit kepala dengan perangai haram aku ni.

   Maka bagi mengelakkan aku tercakap benda bukan-bukan,aku cakaplah "wat pa susah-susah mau fikir? da terang2 benda tu salah," lepas tu kawan aku pun kecil hati jawab "ok la...tq,"

  Aku tahu aku punya jawapan memang sangat bikin panas tapi aku penat dan aku nak kawan aku tahu,aku tiada masa nak berfikir pasal benda-benda songsang ni. Bagus dia buat joke ke,cerita benda yang menghiburkan,ringan dan tidak menyebabkan kepala otak aku ligat berfikir. Aku kadang-kadang rasa bila bersama dengan kawan-kawan aku,tak semuanyalah,semua pun nak memberatkan kepala otak aku. Tidaklah pandai kasik senang hati aku,kasik happy aku,asyik aku kena dengar cerita benda-benda yang bikin aku ikut stress.

   Ok,aku nak siapkan komik foreve alone aku. If kamu mahu buat komik forever alone sendiri,sila ke website ni Rage Comic Builder Memebase. Nanti aku post di entry lain sebuah komik forever alone aku yang dah siap dalam blog ni. Hahaha.

Sunday, November 6, 2011

♫Macam di kk,ada di kk...aramai♫

   Aku dengar lagu ni di suria fm sabah masa tengah busy buat kerja. Iya,kat tempat kerja aku,kami pasang radio supaya tak boring dan stress. Banyak bunga mau digubah,memang stress gilerlah. Sekali aku dengar lagu ni,tiba-tiba ja aku nyanyi sendiri "macam di kk,ada di kk...," best pula lagu ni. Tapi kakak aku tak berapa suka lagu ni. Tekanan dia tu kalau dengar lagu begini,hahaha.

    Tanpa banyak cakap lagi,aku taruhlah video lagu Macam Di KK. Tidak jumpa lirik video dia tapi tak payah lirik pun ok juga ba sebab automatik terus hafal terutama sekali part korus dia. "Macam di kk,ada di kk,semuanya macam di kk,aramai....semua ada di sini," Hehehe. Selamat mendengar. :D


Off day ngam2 time raya haji

  Sambil makan ketupat dan kari ayam aku update entry ini dengan rasa gembira yang kemain lagi. Sambil menonton spongebob dan update blog dengan rasa perasan sibuk. Pedas sungguh kuah kacang aku buat pagi-pagi subuh tadi dan nikmatnya kari ayam ni(masih tak pandai masak rendang). Membalas sms si dia dan bertarung dengan kucing mempertahankan makanan aku. tak rasa hari  ni macam hari ahad langsung. Ok,panjang juga intro aku ni.
 

    Kerja dalam bidang perhotelan ni merupakan kerja paling penat pernah aku lakukan. Senyum ja memanjang,nda kau penat tu? Demi keselesaan guest,pekerja-pekerja hotel buat terlalu banyak kerja. Kemarin aku banyak tolong bos aku mencuci pasu dan masukkan daun willow dalam balang bulat sebanyak 22 buah untuk satu function. Hari sebelum kemarin pula tolong potong bunga untuk wedding function kemarin. Matilah,aku hampir-hampir ja nangis masa buat kerja tapi aku paksa diri tahan hati ja. Iya,aku bukan pernah buat kerja begitu berat dan banyak,mestilah aku nak nangis. Berlari-lari lagi ke sana dan ke mari,baru aku faham bagaimana kakak aku boleh jadi begitu tegap sebab angkat barang berat naik turun. Dia kerja di bahagian dapur.

    Aku rasa aku nak tahan sampai dua bulan ja jadi part time ni. Aku sebenarnya betul-betul tidak tahan. Huhuhu,lemah semangat aku ni.

      Tapi tak apa,semuanya adalah pengalaman. Nanti time aku ada anak cucu,aku boleh cerita yang aku ni pernah kerja hotel.Housekeeping bahagian florist lagi. Hahahaha.

       Besok turun kerja lagi. Huhu.

Thursday, November 3, 2011

hari pertama bekerja

  Hari ni hari pertama aku bekerja di Shang-ri la Tanjung aru hotel di bahagian housekeeping(florist). Hahaha,ketawakanlah aku kerana berurusan dengan bunga-bungaan tap sebenarnya aku amat enjoy dengan kerja ni. Kerja tadi sibuk sampai tak sedar masa balik jam 5 petang.

  Eh,macam mana aku dapat kerja ni? Bacalah Pengembaraan ke beach hotel menghantar borang kerja sambilan.  Hari Isnin pada 31hb Oktober 2011,jam 6 petang aku kena interview. Interview aku macam biasalah,kena tanya-tanya. Lepas tu gubah bunga untuk room. Aku bilang dalam hati "aisehmen,macam mana ni? seumur hidup aku,haram aku menggubah bunga,last time gubah time ada mama,itupun dia yang terpaksa gubah sebab anaknya tiada daya kreativiti yang cukup tinggi. kesian," tapi aku paksa diri aku,lagipun aku ingin mencuba sesuatu yang baru,bila dah mahir,itulah masanya aku kena mencari kerja baru. Walaupun hodoh,tapi aku telah diterima masuk kerja,sebab dorang cakap skill boleh belajar.

  Kerja lama aku menjaga kedai di wisma perkeso tanjung aru? Aku dah berhenti dah pada hari Isnin tu,hehehe. Sebab aku berhenti adalah pasal aku dah kerja kat sana setahun lebih dan memang berniat nak mencari pengalaman baru dan gaji besar sikit. Tapi sebenarnya sebelum aku dapat part time housekeeping ni,aku berfikir juga macam mana nak cari kerja sebab tiada cerita selepas sebulan aku hantar borang ni. Tiba-tiba ja masa aku layan blues di tengah hari yang mulia itu,kena call suruh datang interview lepas kerja. Berbunga-bunga hati aku masa tu. Hehe,padahal baru lepas gaduh dengan boyfriend.

   Aku tahu aku lambat pick up tapi aku janji aku akan master gubahan bunga ni dalam masa seminggu. Sekarang aku tengah menghafal nombor-nombor bilik untuk hantar bunga. Oh,susahnya namun aku yakin aku boleh buat. Tanamkan sikap positif. Hahaha. Tadi berabis aku memasukkan daun kelapa dalam vase,daun kelapa tu untuk simpan bunga,cantik ni. Maksud aku kalau bos aku buat,kalau aku buat,aduh,aku yang sesak menengok.

  Kakak aku cakap nasib aku amat baik. Lepas berhenti kerja,terus dapat kerja baru. Bersyukurlah aku tak payah susah-susah dalam sebulan ni aku jalan-jalan cari kerja sama buat resume. Huhuhu. Walau bagaimanapun aku tak plan nak stay lama sangat dalam bidang kerja perhotelan ni. Selepas aku mahir dalam bidang kerja ni,aku akan pindah tempat lainlah,mengumpul pengalaman baru. Mentang-mentanglah aku malas nak sambung belajar sudah.

  Sebenarnya aku memang ada plan nak sambung belajar tapi aku nak tangguhkan dulu,aku nak kahwin baru study. Ya,aturan hidup aku terbalik. Sepatutnya belajar dulu baru kahwin tapi ni kahwin dulu baru belajar. Well,aku kerja kumpul duit kahwin dan belajar. Ok,yang part kahwin tu,aku dan boyfriend aku sama-sama kumpul duit. Part belajar,aku kumpul sendiri. Mungkin ambil course yang senang-senang sahaja. Bekerja sambil belajarlah,nanti tak ada duit aku untuk membayar yuran belajar.

   Life's getting better because we know we can achieve the good life. :)